Tetiba member PM. Private message la, bukan Prime Minister.

"Weh Irra, cuba ko tengok baju tunang Hanez Suraya dengan baju akikah Scha Alyahya."

Terus mommy pon google tengok. So gambar ni sumber dari google:


Hanez Suraya bertunang baru-baru ni.


Baju yang Scha Alyahya pakai masa majlis Akikah Lara Alana.


Ermmm ermmm ermmm..korang boleh tengok sendiri kan. Sama ke? 

Designer kedua-dua baju ni sama tau iaitu Fizi Woo.

Eh ada gambar lagi mommy ambil dari instagram @fiziwoo


Tak sama, tapi lebih kurang la. Hihihi



Semalam mommy singgah DIY beli barang untuk berkebun ni. Kenapa tak tanam atas tanah je? Haa masalah banyak kalau tanam atas tanah ni.


Pertama: tak tahu tahap kesuburan tanah tersebut. Mommy tengok aloe vera yang ditanam atas tanah hidup tak subur seperti lalang dan parasit yang terlebih subur. Maknyanya aloe vera kalah bertarung dengan parasit? So mommy beli pasu untuk menanam sayuran. Permulaan 6 pasu sahaja. Hehehe


Kedua: nak kena beli baja. Ini kali pertama nak menanam sayuran. So kalau tak menjadi mesti kecewa kan. So mommy nak elak perkara-perkara yang akan menyebabkan tanaman tidak menjadi. Mana tau mommy terlebih letak baja ke. Terkurang ke. Dah la bukan pakar. 

Ketiga: diserang serangga. Semut boleh hidup bawah tanah. Patut la aloe vera tak berapa nak subur sebabnya semut menumpang sekali. Kalau dalam pasu semut tak ada ke? Mommy letak serbuk untuk menghalang serangga mendekati pasu dan tanaman mommy. 


Keempat: atas tanah tu dapat matahari direct. Mommy rasa cuaca yang terlampau panas boleh mengganggu tumbesaran pokok sayuran mommy. So mommy letak pasu di tempat yang teduh tetapi masih mendapat cahaya matahari.


Mommy nak tanam sayur apa?


Ini antara biji benih sayuran yang mommy beli. Menjadi atau tidak kena tunggu dan lihat. Uncle kedai DIY kata sebulan dah boleh dapat hasil. Wahhh so kita nantikan 5/2/2015.


Mommy terlayan jugak la Gegar Vaganza sebab Anis Insyirah baru bangun pukul 10:30 tadi. Pastu tak tahu la bila dia nak tidur.

Sambil-sambil main handphone, mommy layan kumpulan Kristal nyanyi. Eh kenapa la nyanyi lagu omputeh kan. Pastu siap ada "break dance" lagi. 

Siapa la yg menari tu? Hairul Azreen. Yang mommy boleh kenal mamat ni dia berlakon cerita Setia Hujung Nyawa. Pastu cerita Misiku Kuza. 

Kemudian si Nabil dan Jihan bawa naik Hanis Zalikha. Mommy ni bukan jenis ambil tahu sangat bab artis ni. Yang mana muncul kat wall facebook tu, mommy tau la. 

Mereka bercinta ke? Tak pernah dengar pon sebelum ni. 

"Saya nak awak jadi isteri saya yang sah"

Waaaa mommy dah sengeh2 depan tv sampai Anis Insyirah tengok pelik je mommy dia ni.

Sebak bila mak ayah keknis restukan mereka. Teringat masa mommy nikah dulu, takde nak nangis-nangis. Tapi bila tengok member nikah, menitis air mata.

Masa adik nikah hari tu pon, air mata laju keluar. Tak dapat nak tahan. Lari pergi jauh-jauh tak nak orang kesan mommy nangis. Ibu ngandung ni sensetif sangat kot? Masa member nikah ritu pon tengah ngandung Anis Insyirah.

Semua tertunggu-tunggu jawapan kek nis. "Will you marry me?", soal hairul.

"YES". 

Pastu baru la mommy godek2 instagram Hanis Zalikha. Jumpa gambar ni.


Oh dah berkenalan 2004 lagi. Mereka ni bisness partner. 

Apa pon, so sweet lah Hairul Azreen ni. Semoga cepat-cepat kahwin. 


Anak bertuah seorang ni meragam lain macam juga. Bila dah kita pakaikan dia kasut, dia tarik tangan kita ajak keluar jalan-jalan di luar pagar rumah.

Bila kita dah masuk dalam kereta, daddy keluar pergi ambil barang tertinggal, dia dah menangis. Lambat sangat nak gerak kereta ni. Itu la gamaknya yang dia marahkan.

Bila dah keluar dari kereta, kita nak masuk semula dalam kereta, menangis tak nak masuk. Tak puas berjalan lagi?

Bila mommy turun kereta sekejap aje, dah menangis nak ikut. Mommy bukan larat nak dukung awak 10 kg sayang.


Bila bagi dia berlari main di padang. Haa nak sangat berjalan kan. Lari lari lari, jatuh. Lari lari lari, jatuh. 


Kemudian buat-buat jatuh.


Badan kotor-kotor dan berpeluh, gatal. Lepas tu mula menggaru sana sini. 


Dia bukan tahu dia ada alergik. Ini baru betul meragam sebab nak dapat adik. Memang jadi semacam lah bila lagi dekat dia nak jadi kakak. 

Mommy tak tahu lah camana Anis Insyirah jadi kakak nanti. 



Mommy tak tahu apa kes Adam Rayyan nak makan bersuap. 

Adam Rayyan tak akan makan kalau mommy atau daddy taknak suap.

Biarkan anak kelaparan? 


Hurmm takkan la dia boleh lupa macam mana nak suap makanan kan? Maybe saja la tu meragam nak dapat adik lagi.

Sabar je la mommy daddy. Sekarang belum dapat solution nak bagi dia nak makan sendiri. Paksa pon tak jadi.

Harap tak lama la angin begini.