Berat baby hanya 1.1kg

Berat mommy naik 9kg selama 5 bulan. 

So far mommy alhamdulillah. Tak ada apa-apa masalah. 

Blood pressure normal. 

Hemoglobin (hb) normal. 

Urine ok.

MGTT, modified glucose tolerance test. Normal. Tiada GDM,gestational diabetis mellitus (kencing manis semasa mengandung). 


Apa-apa pon keluarga mommy tetap mengamalkan pemakanan sihat. 

Mommy patut berbangga walaupon berbadan besar kerana membawa zuriat keluarga. Hehehe


Malam tadi daddy tengok cerita hindustan bertajuk PK. Mommy pon layan sekali. Cerita apa tu?


PK (tajuk adalah perkataan Hindi bermaksud mabuk) menceritakan mengenai alien (lakonan Aamir Khan) yang turun ke bumi. Cerita ini membuatkan orang india marah kerana heroin jatuh cinta dengan seorang warga Pakistan; kecewa kerana ditinggalkan. Kemudian dia bertemu alien yang mencari remote control yang berbentuk rantai leher. Akhirnya alien itu dapat kembali ke planetnya apabila menemui semula remote control dan heroin bersatu semula dengan teman lelaki yang beragama Islam.


Bagaimana alien bertemu semula dengan remote control? Macam mana alien survive di bumi? Bagaimana heroin bersatu semula dengan teman lelakinya?


Haaa jawapannya korang kena tengok cerita ni. Baru je lagi keluar wayang Malaysia Disember 2014.


Best ke? DaddyG tau yang layan cerita ni. Semalam dah tengok. Malam ni tengok lagi. DaddyG layan cerita Aamir Khan ni berulang kali, iaitu 3 Idiots dan Taare Zameen Par.

Member share kat facebook. Comel sangat! 12 months shots of baby life. Nak buat nanti kat babyB!


Teringat zaman sekolah rendah. Bila sambutan maulidur rasul tiba, pasti ada pertandingan nasyid. Semua kelas sibuk mengambil tempat dalam pertandingan nasyid. Mommy tak terkecuali.

Sayang kan masa tu tak ada kamera. Tak ada gambar kenangan. Tapi memang seronok lah. Bila waktu rehat, berkumpul untuk berlatih. Lagu apa?

Rasulullah - The Zikr

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ 
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ 

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ 
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ 

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد 
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ 
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ 
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد 
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ 
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد 
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ 

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ 
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ 
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ 
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْك 

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى 
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ 
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا 
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ 

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد 
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ 
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد 
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ 

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْه


Salam maulidur rasul 12 Rabiulawal 1436H / 3 Januari 2015