"TAK BOLEH HIDUP TANPA GULA". Ini merupakan statement poyo. Sebab pernah aje mommy berbulan-bulan tak guna gula masa ekzema Anis Insyirah meradang.

Tapi, sejak-sejak kenali GULA ORGANIK, mahal pon kami beli. Kebetulan hari Sabtu lepas kat Giant stok habis. 

Kononnya mommy kata tak apa lah, seminggu ni kita takyah la minum air manis.

Sekali mommy lupa beli plastik sampah. Plastik sampah wajib ada. DaddyG pon kata "Esok i cari plastik sampah".

Hari Ahad kami pergi Midvalley. Mommy ada date dengan Geng Kelab Blogger Ben Ashaari. Pastu siap dating dengan Yaya yang comel. 

Petang jam 6 mommy ada temujanji Scan 4D di Klinik Dunia Medik, Seksyen 23 Shah Alam. Keluar dari Midvalley masih ada masa lagi. Mommy bagi cadangan pergi Giant Shah Alam.

So daddy pon pergi la masuk Giant Shah Alam seorang diri sebab Adam Rayyan tidur. Okey la tu. Ramai-ramai masuk melambatkan dan memenatkan. 


Nak beli ni aje tapi setengah jam daddyG beratur nak bayar. Ramai sangat orang.


Terima kasih daddyG. Walaupon mahal, daddy masih berbelanja juga untuk kesihatan kita sekeluarga. Yang penting anak-anak sihat dan bebas penyakit. Kalau anak sakit, lagi banyak belanja. 


2Semua orang dah bersurai, mommy dan blogger Yaya masuk jalan-jalan semula dalam Hijabs & Beauty Expo.


Mommy pergi ambil Adam Rayyan dan Anis Insyirah dekat daddyG dulu. Anak-anak dengan daddy dari pukul 11 hingga 3 petang.


Anis Insyirah taknak join Adam Rayyan bergambar dengan Acik Yaya.


Okey, sambung test muka. Haha tak puas hati kan tadi. So tengok kulit muka mommy. Ouchh ngeri tengok kulit muka sendiri.


Hari ni last expo, maka ada sale BUY 1 FREE 1. Apa lagi, mommy dan yaya pon memborong la.


Kami memang pengguna tegar Cosmoderm. Sapa yang belum pernah qtry boleh la try produk Cosmoderm.


Beredar dari booth Cosmoderm, akak-akak comel ni promote lipstik pula. Macam tau-tau aje mommy memang tengah mencari lipstik. Mommy pulak nak color merah. Haaa merah sama bibir dan baju. 


Yaya pon beli juga lipstik. Lipstik Brand GR Golden Rose Malaysia.


Okey dah dah! Jom kita balik yaya comel. Nanti lagi banyak kita memborong kalau lagi lama kat dalam ni. Hehehe



28 Disember 2014, mommy join lunch Kelab Blogger Ben Ashaari bersama Puan Mawarni Hassan, CEO of Vanity Cosmeceutical Sdn.Bhd iaitu lebih dikenali dengan nama Cosmoderm.

Kami berkumpul di booth Cosmoderm 3009, Hijabs and Beauty Expo, Midvalley.


Masa ni tak semua ada lagi. Sementara menunggu, ada yang membuat pemeriksaan kulit muka. 

Elok mommy tengah check muka, diorang dah panggil pergi lunch. Sempat tahu kulit muka kering dan berminyak. T-zone berminyak. Yang bahagian lain kering. Kena banyakkan minum air.

Sebelum makan, bergambar kenangan dahulu dengan semua.


Mommy pon sempat bergambar dengan Puan Mawarni sesudah selesai makan.


Dah habis makan, bergambar kenangan lagi. Geng mak dara dan anak dara. Mommy tak pakai baju sama macam diaorang. Tengok perut la, tak muat baju tu. Uhuk


Bergambar sekali lagi depan pintu masuk ke Hijabs & Beauty Expo.


Selfie! Sempat yang ni aje masukkan muka sekali. Hahahaha


Love this family member #kelabbloggerbenashaari


Mommy irra dan Aten.


First time jumpa Ruby. Ruby yang putih gebu. Mommy cerah pakai foundation je. Mommy siap dapat kiss lagi. Hehee


Nak jugak bergambar dengan Ben Ashaari! Founder Kelab Blogger Ben Ashaari.


Seronok dapat jumpa ahli keluarga #kelabbloggerbenashaari


Hari Sabtu lepas, 27 Disember 2014 mommy ada appoinment untuk second MGTT di Klinik Dunia Medik. MGTT yang pertama dah buat di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Shah Alam. Lepas tu mommy dah tak pergi buat pemeriksaan di klinik kerajaan kerana kekangan masa daddyG. 

Masa temujanji itu la daddyG ada meeting. Bila daddyG tak ada, mommy tak boleh nak uruskan kedua-dua mereka di klinik. Dah la tunggu berjam, anak-anak pon bosan dan meragam. Tak kira mereka berlari keliling tempat pesakit menunggu. Ohhh mommy tak larat! 

So, lepas tu kami hanya buat pemeriksaan ibu dan anak di Klinik Dunia Medik Seksyen 23 Shah Alam. Jauh dari rumah tapi layanan doktor kat situ sangat  memuaskan hati. Terbaik lah! 

Hari ni nak buat MGGT, so malam tadi start berpuasa jam 11 malam. Pagi ini temujanji jam 9 pagi. 

Mommy rajin update status kat facebook:
"2nd MGTT" at Klinik Dunia Medik Seksyen 23 Shah Alam.

Mommy dah register semua, cuma tunggu nak jumpa doktor sahaja. Dapat komen "Elak MGTT, ia mencetuskan candida overgrowth".

Apa perasaan bila mana anda sedang dalam proses MGTT. Dah puasa dari jam 11 malam tadi. Tiba-tiba member bagitau , "Elak MGTT, ia trigger candida overgrowth". 

Apa itu candida overgrowth? Haa mommy pon tak tahu menahu sangat. Mommy bukannya doktor. Nak study lebih-lebih, elok lah kita bersederhana. Study lebih-lebih tapi yang faham dan di ambil pusing sedikit sahaja buat apa kan. Dapat disimpulkan di sini candida overgrowth ada kena mengena la dengan ekzema. So mommy cuak la. Mommy taknak babyB ada ekzema.

MGTT done! Tapi hati masih resah gelisah. 

So mommy pon bertanya herbalist Melayu dan herbalist cina pasal candida overgrowth ni.

Mommy bertanyakan herbalist cina yang juga merupakan seorang doktor dan pengamal perubatan tradisional cina.


Kemudian herbalist melayu pulak. 


Alhamdulillah. Apabila berubat, sila ada connection yang baik dengan mereka yang mengubati/merawat anda. Walaupun ekzema Anis Insyirah boleh dikatakan hampir pulih sepenuhnya, mommy masih berhubung dengan herbalist yang merawat Anis Insyirah.  

Ibu-ibu mengandung yang pernah ada anak ekzema rasanya boleh faham message di atas kan. MGTT tak ada kaitan dengan ekzema.


Semua parent nak yang terbaik buat anak-anak. Mommy sendiri memilih kaedah rawatan tradisional yang menggunakan 100% bahan semulajadi dan rawatan pemakanan sihat. Semoga anak-anak mommy sihat.

Hurmm...Result MGGT keluar minggu hadapan. Harap tak ada kencing manis semasa mengandung anak ketiga ni. 


Ingat tak posting-posting mommy irra sebelum ni berkaitan kalendar berformat .ics?

Sempena tahun baru yang bakal tiba beberapa hari lagi, daddyG dah create dedicated subdomain untuk memudahkan capaian kepada fail-fail .ics tersebut pada masa akan datang.

Taip saja url di bawah di browser

          calendar.irrayyan.com

Landing page seperti ini akan terpapar.


Untuk page baru ini daddyG sediakan 3 link untuk memudahkan subscription; yang mana apabila diklik, kalendar .ics secara automatik akan ditambah ke dalam iOS calendar, Google Calendar dan Yahoo Calendar.

Untuk subscription secara manual boleh refer pada posting mommyirra sebelum ini.

Kepada sesiapa yang pernah subscribe file .ics sblm ni, boleh subscribe semula untuk dapatkan url ics yang baharu kerana link lama tidak lagi akan disupport selepas ayam berkokok pada pagi tahun baru :p

Kiranya url yang baharu ini adalah permanent link bagi file ics tersebut untuk tahun-tahun mendatang.... hehehe