Mommy : 55.5kg
19/8 8minggu 6hari 46.5kg
13/9 12minggu 3hari 46kg
18/10 17minggu 3hari 49.5kg
23/11 22minggu 4hari 53kg
27/12 27minggu 3hari 55.5kg


DaddyG: 52kg
2010 49kg
2011 59kg
2012 56kg
2013 53kg
2014 52kg
Maintain ja kurus walaupon dah 3 series :D

Adam Rayyan: 15kg

Anis Insyirah: 10kg

Hehehe mommy takde kerja tunggu nak jumpa doktor jam 12 kejap lagi. 


Petua berat ideal: Makan makanan yang sihat dan seimbang. :D


Semua orang ada dugaan masing-masing. Dulu duduk rumah flat, dugaan anai-anai. Kemudian diserang cikti. Macam-macam lah sehingga di halau oleh owner baru, kami berpindah. Itu pon hampir 4 tahun kami tinggal di situ.

Masalah tinggal di rumah flat ni adalah  bilik air hanya satu dan ruang yang kecil. Bila family datang, berebut la bilik air. Bila kawan-kawn datang, dah macam sardin. Rasa tak selesa dan panas. Almaklum lah rumah batu ni panas. Nak pasang aircond tak mampu. Nak buat makan-makan panggil kawan-kawan pon segan.

Bila pindah ke rumah teres. Mula-mula sekali family persoalkan harga sewa yang mahal. Puas nak terang. Kalau kami duduk rumah sewa yang murah dari sekarang, kami terpaksa naik banyak anak tangga. Tingkat 3 atau 4 sahaja yang ada masa tu. Tempoh masa berpindah tak sampai sebulan dan tiada rumah flat yang rendah. 

Bayangkan, rumah tingkat 3. Tiada lift. Sewa bulanan RM800. Maintenance RM44. So setiap bulan kena bayar RM844, manakala setiap hari kena panjat tangga 3 tingkat. Yang memanjat pula adalah ibu mengandung. Ermmm senyum ja la bila daddyG ajak pergi tengok rumah yang tinggi-tinggi ni. Memang mommy say NO la. DaddyG pon kata jenuh dia nak angkut barang 2-3x naik anak tangga bila balik dari beli groceries. Haaa tau pon! 

MUNGKIN sudah tiba masanya kami berpindah ke tempat yang lebih selesa. Anak pon nak masuk 3 dah. 

Tinggal di rumah yang selesa, bayar lebih la sikit. Duduk mana-mana pon dekat area Shah Alam tiada yang murah. Kami pindah jauh sikit tetapi masih berjiran dengan Shah Alam. Rumah luas anak nak main kat dalam rumah pon puas. Bila bosan boleh main di halaman rumah. Tapi tinggal di mana sekali pon akan ada dugaannya. 

1. Cikti masuk kawasan belakang rumah. Mommy dah dapat penyelesaian. Settle satu hal.

2. Anjing masuk ikut pagar. DaddyG pasang jaring di pagar. So anjing tak boleh masuk.

3. Kucing berak di halaman. Sehingga ke hari ni ada lagi kucing masuk berak di halaman rumah. Penyewa sebelum ni bela kucing. So dah biasa kucing datang ke rumah ni. Hurmmm. Dah letak air cuka pon tak jadi apa. Sampai kami dah malas nak buat apa-apa. 

4. Soket rosak. Kipas rosak. Bilik air dan sinki tersumbat. 3 masalah serentak. Soket tu tak mengganggu sangat kehidupan seharian kami. Kipas rosak memang masalah. Berpeluh akan menyebabkan Anis Insyirah gatal dan muka naik ruam merah-merah. Hari Jumaat lepas tuan rumah datang dan tukar kipas baru.

Dua hari lepas, 24-12-2014 tuan rumah hantar orang repair bilik air tersumbat. 


Sudah la busuk dan kotor, mereka keluar masuk. Jenuh la mommy nak kena cuci dapur ni.


Mop mommy pon jadi mangsa. Dah la busuk! 


Hairan jugak la. Baru duduk 3 bulan dah tersumbat. Tak ada pulak la aku buang apa-apa yang tak patut sampai tersumbat. Bangla tu kata sebab masak. Grrr memang la hari-hari aku masak! Adoi la... Kita tengok la lepas dia cuci ni, berapa lama boleh bertahan sebelum tersumbat lagi.

Bangla yang buat kerja tu pesan suruh siram sinki dengan air panas seminggu sekali. Bagi lemak-lemak makanan tak membeku. Katanya laluan perparitan yang sempit memudahkan sistem perparitan rumah tu tersumbat. 


Berketul-ketul keluar. Apa dia pon tak tahu. 3 bulan makanan boleh jadi macam ni? Yang pelik tu, taugeh pon boleh naik dalam bilik air. Tak pernah sekali pon mommy irra beli taugeh sejak pindah kat sini. 

Sayang lah. Rumah dah cantik sangat. Tetapi ada masalah perparitan. Hahahaha

Macam tu juga manusia. Nampak luaran semua indah belaka. Tapi hakikat sebenar kita tak tahu. Hehehe 


Sumbangan anda diperlukan.

Boleh salurkan melalui kenalan mommy Irra iaitu En Wan M Redzuan. Maybank 553104050506.

Mommy dan daddyG pernah berurusan dengan En Wan M Redzuan dan isteri, Kak CikSiti Bawal CtRedzuan.

Mereka hanya orang perseorangan yang tiada sebarang kepentingan. En Wan akan menyalurkan sumbangan anda terus kepada mangsa banjir.

RM1, RM2, atau berapa-berapa tak kisah.

Jom niat kerana الله!


Boleh ke facebook kak Ct untuk sebarang update mengenai banjir di kelantan.

Gambar di bawah, En Wan bersama sukarelawan lain dalam usaha mengagihkan makanan kepada mangsa banjir.


Update terkini.





Semoga sumbangan anda dapat mengurangkan beban mereka. 


Mommy tak tahu hari ni daddyG cuti. Public holiday la mommy oi! Dok sibuk mendapatkan info banjir sampai terlupa akan cuti. Padahal cuti atau tak sama je pon. Hehe

Tapi kalau tau cuti, boleh plan pergi mana-mana kan. Yang mommy plan semalam adalah pergi Pasar Klang cari ikan dan buah mangga. Sekarang pukul9 pagi masih belum ke mana-mana lagi.

3:30 pagi tadi mommy terjaga. Perut masuk angin. Tak selesa. Cuaca pon panas malam tadi. Bila duduk sebelah daddyG rasa lagi hangat. Mommy gagau-gagau panasnya badan daddyG. Demam! Tapi mommy nak jelum daddyG taknak.

Pagi ni keluar pergi makan kemudian nak ke pasar. Selfie dengan Anis Insyirah yg taknak senyum.


Orang demam nak makan soto. Sampai ke Shah Alam kita mencari soto.


Mommy makan mihun sup. 


Ada pula berlaku masalah sikit. Kami terus balik ke rumah. Sedihnya tak dapat makan mangga.

Balik rumah mommy jelum daddyG dengan air asam jawa. Sama je kaedah mommy buat kat Adam Rayyan hari tu. Adam Rayyan demam satu hari tanpa mommy bagi dia makan apa-apa ubat.


Demam ni bukan penyakit. Ia merupakan gejala yang selalunya menandakan pesakit demam mempunyai jangkitan kuman atau virus.

Apa yang boleh dilakukan di rumah bila anda mendapati ahli keluarga anda demam? 
  1. Demam yang ringan <38°C dan tiada komplikasi
  2. Minum air dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
  3. Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup (patut daddyG nak makan soto tadi)
  4. Cuba mandi dengan menggunakan air suam untuk meredakan demam. (Air rumah ni memang tak sejuk)
  5. Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan. (DaddyG berselubung dah tadi, mommy dah buka selimut)
  6. Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam (daddyG bukan jenis makan ubat dan memang mommy taknak bergantug dengan ubat. Adam Rayyan demam pon mommy tak bagi apa-apa ubat)
  7. Mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan abdomen dengan tuala basah boleh juga menurunkan suhu badan (yes, demah/jelum dengan air asam jawa)

Sekiranya tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari, sila berjumpa doktor.
Sumber : demam

Semoga daddyG cepat sembuh! 


Minggu ke 27 baby bersaiz rutabaga!

Apa itu rutabaga? First time mommy dengar ni. Jom study! 

Haaa... Rutabaga adalah sayuran akar atau ubi yang berasal dari penanaman silang antara kubis dan lobak ubi. Ia boleh dimakan dalam pelbagai cara, dan daunnya juga boleh dimakan sebagai sayur-sayuran daun. (More info sila google :D)


At 13.6 to 14.8 inches and 1.5 to 2.5 pounds, she's not just getting bigger, she's getting smarter.

She's practicing inhaling and exhaling with her rapidly developing lungs.
It's official: Baby's showing brain activity! And her brain will keep on getting more complex.

So, tinggal kurang 13 minggu sahaja lagi. 

91 more days. 

3 bulan sahaja lagi.

Jantina baby tak tahu lagi.

27-12 MGTT lagi.

Please no more GDM mommy!