Kisah si anak kecil mommy Irra. Dah 2 kali mommy bawa ke Taman Permainan dekat kawasan perumahan ni. Dua kali jugak la dia menangis-nangis bila mommy letak dalam buaian.


Gambar ni boleh tahan nangis sebab ada makanan di tangan. Bila mommy hayun buaian, lagi meraung.


Naik jongkang jongket ni pon nangis. Padahal dia yang beriya nak naik. Ehee sebab mommy jauh dari dia, terus nangis.


Tapi dia boleh menonong jalan sorang-sorang pergi ke tengah padang. Berani pulak! 


Abang yang prihatin tolong mommy pergi ambil adik. Si kecil tu dah masuk lopak air. Basah habis baju seluar dia. Aduhhh


Pastu terus balik rumah la. Kuyup anak bertuah hamba ni. Anak yang berani tapi gayat!

Hari Ahad hari tu kan mommy Irra g checkup baby and mommy kat Klinik Dunia Medik, Seksyen 23 Shah Alam. Mommy masa tu tak larat nak melayan Adam Rayyan dan Anis Insyirah bermain. So mommy biar je mereka main.

Gambar satu pon tak ada. Haa selalu mommy la cepat bab snap gambar anak-anak. Mood ke laut hari tu. 

Mula-mula mereka main dalam kawasan kanak-kanak bermain. Mommy join lepak dalam tu sekali sebab tempat duduk dah penuh. Hurmm ramai orang hari ni. 

Bila mereka dah mula bosan, mereka keluar dari kawasan kanak-kanak bermain tu. Berjalan ke sana-sini. Sekejap tarik itu ini. Mommy jerit je kat daddyG suruh tengokkan Anis Insyirah. 

Main sakan la. Dia tak tahu dia ada ekzema tu. Mommy daddy yang tahu kenapa tak selamatkan anak itu? Hurmmm budak dah dapat kaki dan reti bermain, mana nak duduk diam. Dia menegur orang sana sini. 

Hasilnya, belum lagi sampai di rumah, dia dah kegatalan. Menggaru sana sini. Badan dan pakaian dah tercemar. So nak tak nak kena tunggu balik rumah baru boleh mandikan.

Malam tu si kecil ni tidur tak lena lah. Dia gatal di semua pelipat, dahi dan hidung. Dia tenyeh hidung kat baju mommy. Mari kita tengok kesan gegatal itu. 

Keesokkan paginya. Tinggal parut lah. Camana nak bagi tak garu kalau dah gatal. 


Bila eh gegatal tu nak hilang? Apa yang korang faham tentang ekzema? Alergik?


Ini yang terbaru pagi ini. Masih lagi tidur.


Kadar alergik dalam badan Anis Insyirah dah tak tinggi. Cuma tunggu immune sistem tubuh dia kuat iaitu bila dia dah masuk 2 tahun. 


Dengan alergik yg masih ada dan sistem immune tubuh yang tidak stabil, badan tidak dapat melawan bendasing. Tu yang masih ada kesan rangsangan. Tapi mommy dah tak risau sangat dah. Jauh berbeza semasa ekzema meradang dahulu. 


Resepi mudah dengan Pes Tradisional Tok Mommy Kitchen. Semudah ABC.
Panaskan pes masak merah. Masukkan sedikit air, bergantung kepada citarasa anda. Nak pekat masukkan sedikit sahaja air, nak kuah banyak masukkan banyak air. Kemudian masukkan sotong. Gaul dan masak hingga pekat. Siap!

Taraaaaa...


Memang sedap lah makan nasi dengan sotong masak merah ni. Rasa nak tambah nasi lagi. Tapi mommy tak boleh makan berlebihan sebab preggy. Yummy.

Korang kalau berminat boleh contact Tok Mommy Kitchen. Boleh tengok entry mommy sebelum ni di SINI.

Checkup private yang sebelum ni 18 October 2014. Sepatutnya next checkup 15/11/2014. Tapi doktor tak ada masa tu. Haa mommy memang nak doktor ni je. Tak nak doktor lain. So far jumpa mana-mana doktor, doktor ni yang terbaik.


Hari ni 22 minggu 4 hari berat mommy 53kg. Last checkup semasa 17 minggu 3 hari berat mommy 49kg

5 minggu 1 hari berat mommy naik 4kg.
Sepatutnya seminggu 500gx5= 2.5kg sahaja. Aiyoyoo makan apa ni berat naik banyak. Patut rasa kulit mengembang sakan.


Lepas tu scan baby. Kedudukan babyB punggungnya di bawah. Disebabkan kedudukan baby di bawah tu yang menyebabkan mommy senang sakit kat kawasan bawah perut. BabyB sihat. 

Video babyB:

Uri semua kat atas. Gender baby tak nampak. Okey suprise la ye tak tau girl or boy. 

Next month kena minum air gula. Hari tu minum dah resultnya ok. So harapan menggunung result MGTT kedua pon ok.

Sejak dua menjak ni mommy Irra suka tengok makanan yang CheMat post kat Instagram.com/matgebu. Nak tengok resepi CheMat terus ke blog http://www.tiffinbiru.com/

Bila la nak dapat masak best-best macam CheMat. Semua masakan menggiurkan. Terus lapar dengan hanya tengok gambar. 


Entri terbaru CheMat pasal Pes Tradisional Tok Mommy Kitchen sangat menarik perhatian mommy irra. CheMat komen sedap, confirm la sedap kan. Haaa tak boleh jadi ni. Mommy Irra kena try jugak!


Mommy Irra call dan buat order semalam. Tapi bayarnya pagi tadi 7:37 pagi. Semalam sibuk dari pagi sampai malam. DaddyG tanya awal-awal pagi "Dah transfer ke duit you nak tu?" 

"Belum lagi. I lupa.". Terus mommy Irra transfer RM40. Mommy Irra nak try semua pes sekali. Ehee bab makan memang i suka sangat! Thanks daddyG.


Yang menarik di Tok Mommy Kitchen adalah penghantaran PERCUMA dengan pembelian minimum 3 pek Pes Tradisional Tok Mommy Kitchen.


Yang bertambah menarik, tadi mommy buat pembayaran 7:37 pagi kan, Pes Tradisional Tok Mommy Kitchen berada di hadapan rumah pada pukul 12:15 tengahari. 


Kebetulan hari ini ada delivery. So sebelum order, korang tanya la bila penghantaran. Atau tengok kat facebook.com/tokmommykitchen . 


Dah ambil pes tradisional dari delivery tadi terus snap-snap dulu. Tengok siapa yang over kat situ. Ada jemari gebu Anis Insyirah yang menyibuk kat situ.


Ada 4 jenis pes tradisional:
  1. Masak merah
  2. Asam pedas
  3. Kari kepala ikan
  4. Mee bandung johor

Jom mommy nak masak dulu!