Kantoikan diri sendiri

Mommy irra dilahirkan berkulit sawo matang. Namun mommy suka nampak cerah. Kalau dulu, mommy sanggup makan produk untuk cerah dan menggunakan skincare peeling untuk mendapatkan kulit cerah. Tapi sekarang tidak lagi. Tambahan pula mommy tengah mengandung. Satu risiko besar kepada bayi untuk mendapat macam-macam penyakit. 

Baiklah nampak cantik di gambar/media sosial daripada menggadaikan diri sendiri.  Dapat penyakit, aku juga yang kena tanggung. Apa guna ada teknologi canggih iye? Guna lah sebaiknya. 

Macam handphone ViVo V9, front kamera bukan main flawless wajah. Tak perlu nak makeup sangat. Tapi rear kamera, nampaklah warna sebenar itu. Haha! 

Selepas edit. Mommy tak suka muka gelap. Haha

Terima kasih Celcom anjurkan contest me mommy menang ViVo V9. Best sangat kamera ViVo V9.

Haa... DaddyG juga lah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aplikasi Snapseed pada mommy. Install dan ajar macam mana nak guna. Selebihnya mommy akan godek. Aplikasi ini untuk edit kecerahan gambar. 

Selepas VS sebelum Snapseed

Daddy sendiri tak suka mommy post gambar yang tak elok sama ada gambar dia atau gambar anak-anak. 

"Gelap tu. Tak edit ke?"


Dengan front camera vivo mommy tak perlu edit dah. Kecuali tersalah pakai warna tudung. Ada juga warna yang tak sesuai dengan mommy menampakkan mommy semakin gelap. Kalau sesuai, terus nampak putih gebu. 

Sebelum VS selepas Snapseed

Sebab tu mommy akan kata "Terima kasih Celcom & ViVo" apabila orang komen mommy makin cantik dan berseri. Seri handphone tau. 

Untuk gambar real kamera, terima kasih aplikasi Snapseed. Muahahahaha. 

Mommy kantoikan diri sendiri!

Tapi pipi i memang licin tau. Kahkah! Kaler je tak boleh nak ubah. Dah azali kan. 



5 comments:

  1. Wowwwww...semakin canggih kannn..
    Betul tu, kita kalau boleh nk tutup aib kita kan...yang tak lawa bt apa nak tunjuk kan...zaman canggih ni, guna aje selagi mampu, tipu pun tipu ler..janji puashati kann ...

    ReplyDelete
  2. sama la suka edit gbr guna snapseed..ks cerah dulu baru post..hahaha

    ReplyDelete
  3. sekarang phone semua kamera canggih2 and apps pun dh mcm2. :D
    https://faradidi.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Memg senang guna snapseed...ringkas je penggunaannya

    ReplyDelete