Aktiviti cuti sekolah ke Kidzania GO, Quill City Mall Kuala Lumpur

Kidzania GO, Quill City Mall Kuala Lumpur | Cuti sekolah dah tak lama lagi. Kidzania ada di Quill City Mall Kuala Lumpur yang diberi nama Kidzania GO. 

Sebelum ini mommy pernah bawa Adam dan Anis ke Kidzania. Boleh baca entry ini:- http://www.irrayyan.com/2015/12/kidzania-kuala-lumpur-ajar-anak-berdikari.html

Adam masa tu baru 5 tahun. Anis pula 3 tahun. Aktiviti untuk budak 5 tahun tak tak banyak. Apatah lagi aktiviti untuk budak berusia 3 tahun. Namun sekarang Adam sudah 7 tahun. Pasti sangat berbeza berbanding dahulu. 

Dahulu Adam seorang pendiam. Tak pandai bersosial. Sekarang Adam ligat nak berkawan. Pantang cuti, dia nak habiskan masa dengan kawan. Sudah pandai rasa bosan.

Di Kidzania kanak-kanak di ajar untuk belajar berdikari dan menjadi seorang yang berani untuk melakukan kerja-kerja yang ditawarkan.

Mommy memang rancanh nak bawa adam ke Kidzania bila Adam dah sekolah. Jadi dapat ke Kidzania GO pon okey lah! 😁😁

Kidzania GO, Quill City Mall Kuala Lumpur

Kidzania GO, Quill City Mall Kuala Lumpur
Kidzania GO, Quill City Mall Kuala Lumpur

Acara   : KidZania GO! @ Quill City Mall Kuala Lumpur
Tarikh  : 19 – 25 Mac 2018
Masa    : 10.00 pagi – 9.30 malam setiap hari

Tiket KidZania GO! @ Quill City Mall Kuala Lumpur boleh didapati secara percuma apabila anda membelanjakan RM38 dalam satu resit di mana-mana outlet dalam Quill City Mall Kuala Lumpur. 

Antara aktiviti  di sana adalah :-
- Sharp Air Quality Control
- Scott's Research Lab
- Mc Donald's Fitness Centre
- Magic Studio
- TV Studio
- Volvo - Stop
- Look and wave
- Court house
- a Recycling centre

Mesti kanak-kanak terutamanya anak-anak mommy excited nak pergi ke sini. Jom jumpa di sana Quill City Mall Kuala Lumpur! Have fun di sana😃😃

Nanti mommy share cerita Adam di Kidzania GO dengan kau orang ya!

#kidzaniaGo

3 comments:

  1. My nuha sekolah dia ada lawatan ke kidzania esok . Harap dia enjoy la sebab tak jadi balik kampung. huhuhu

    ReplyDelete
  2. seronoknya kalau dapat bawa anak2 kesini

    ReplyDelete
  3. seronok anak2 ada tempat macam ni kan

    ReplyDelete