Turun berat badan dengan minum kopi?

Setiap awal tahun pastinya semua orang akan mulakan hari baru di tahun baru dengan azam baru. Apa azam tahun 2018 anda? Mommy sangat yakin ramai wanita termasuk mommy berazam untuk menurunkan berat badan. Persoalannya, berjayakah anda? Mommy sendiri gagal dengan jayanya tahun lalu. Dari 49kg pada awal tahun, berat naik mendadak sebaik sahaja berhenti menyusukan Amal pada bulan 7 yang lalu. Awal puasa, berat susut sekejap, kemudian naik sehingga 56kg.. Menangis di bucu katil pon tidak menguruskan mommy.. Malah baju dah semakin mengecut..

Adakah korang masih meletakkan azam yang sama pada tahun 2018? Atau dah tak kisah gemuk pon gemuk lah, asalkan aku bahagia.

Mommy rasa semua wanita masih berimpikan bentuk badan yang cantik. Bukan nak tayang kat orang lain pun. Malu kat laki ja sebenarnya bila dah gelebeh sana sini. Tak salah pon kita berazam untuk menurunkan berat badan. Mana tahu usaha kali ini membuahkan hasil? Kannn....
Kopi Hijau Alana
Kali ini mommy cuba Kopi Hijau Alana. Korang pernah dengar tak mengenai kopi hijau? Mommy kali pertama dengar kopi hijau ni. Bila seorang demi seorang blogger bercerita pengalaman masing-masing mencuba Kopi Hijau Alana, mommy pun terpengaruh dan terasa nak cuba. Kuat betul terpengaruh bab kurus ni.

Apa benda la kopi hijau ni?

Kopi hijau adalah biji kopi asli yang belum di panggang. Jadi zat-zat dan kelebihan biji kopi masih ada. Oooo biji kopi je la sebenarnya...

Zat-zat dalam biji kopi seperti polifenol, flavonoid, proantosianidin, kumarin, asam klorogenat, dan tokoferol adalah zat antioksidan. Biji kopi hijau ni berfungsi untuk merangsang minda dan meningkatkan metabolisme badan.

Rupanya dah banyak produk kurus menggunakan biji kopi hijau. Mommy ja la yang ketinggalan keretapi ni.

Kelebihan biji kopi hijau

Biji kopi hijau banyak kelebihannya seperti:-
1. Kaya Anti-Oksidan
Kopi hijau sangat kaya dengan antioksidan yang boleh mengurangkan kesan kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas dalam tubuh.

2. Meningkatkan Metabolisme
Kandungan Asam klorogenik yang terdapat di dalam biji kopi hijau boleh meningkatkan Basal Metabolic Rate (BMR) dalam tubuh sehingga mampu meminimumkan pelepasan glukosa berlebihan dari hati ke dalam darah dan boleh meningkatkan kemampuan pembakaran lemak.

3. Membantu Membakar Lemak Ekstra
Kandungan nutrisi dan mineral dalam kopi hijau mampu menjaga kadar nutrisi dalam tubuh. Ia membuatkan badan boleh membakar lemak dan kalori yang tidak diingini dengan cepat.

4. Menahan / Menekan Rasa Lapar
Kopi boleh menahan nafsu makan secara efektif, sehingga kita boleh mengawal keinginan makan berlebihan.

5. Memperlambat Penuaan
Kandungan Gamma-aminobutyric Acid (GABA), Teofilin, epigallocatechin gallate, dan lain-lain boleh menjaga kesihatan kulit, melambatkan penuaan dan mencegah kedutan.

Baca kelebihan biji kopi hijau kat atas tadi buat mommy lebih teruja nak cuba kopi hijau alana. Mommy nak kurus. Mommy nak cantik. Hahaha siapa taknak kan?

Kopi Hijau Alana

Selain biji kopi hijau, Kopi hijau Alana juga mengandungi susu kambing, habatussauda dan chia seed. Jadi Kopi Hijau Alana ni bagus untuk tenaga dan menjaga kesihatan badan.
Kopi dah berada di tangan mommy
Mommy usha laman facebook Kopi Hijau Alana HQ untuk mengetahui lebih lagi mengenai Kopi Hijau.. Terus order Kopi Hijau Alana..

Nak lagi pantas, korang terus hubungi 6018-355 7010 (ika).. kalau korang tak dapat contact ika, boleh contact 6018-236 6332 (ema).

Dalam kotak Kopi Hijau Alana ada pita pengukur. Ya Allah besarnya perut mommy. Masa mula-mula ukur, ukur lilit perut mommy 39 inci. Korang memang tak perasan sebab mana ada orang sanggup tayang lemak. Mommy sorok kemain sampai orang tak nampak. 
Bancuh satu sachet kopi hijau alana dengan secawan air panas
Untuk kesan yang lebih efektif, kena amalkan minum Kopi Hijau Alana secara konsisten. Tapi tak payah risau lah.. sekali dah minum, wajib esoknya teringat. Sebab kopi hijau alana ni sedap sangat. 
Kopi hijau alana bau wangi dan sedap sangat
Satu lagi faktor kuat yang membuatkan mommy memilih Kopi Hijau Alana adalah harganya yang sangat berpatutan. Harga yang mampu milik untuk mommy amalkan secara konsisten dan berterusan.
Minum secawan Kopi Hijau Alana setiap pagi

Testimoni Kopi Hijau Alana

Setelah seminggu lebih mommy amalkan Kopi Hijau Alana, berat turun 2kg. Dari 56kg dah jadi 54kg. Ukur lilit perut dari 39 inci dah menurun jadi 37inci.. 

Setiap pagi tanpa gagal akan membuang. Haha..
Kopi Hijau Alana ni sangat melawaskan sistem penghadaman. 

Walaupun sibuk bekerja ke sana ke mari menguruskan anak yang baru masuk Tahun Satu, mommy rasa bertenaga sepanjang hari.

Mommy tak rasa nak makan banyak dah. Makan sikit pun dah kenyang. Jadinya dengan mengamalkan Kopi Hijau Alana ini telah mengawal selera makan yang berlebihan

Dan mommy tak lupa untuk berdoa supaya cepat kurus. Hehehee... Tak malu dengan orang lain pun, malu kat cik abang sayang ja.. 

Betul ke turun berat badan dengan minum Kopi Hijau Alana? Jawapan mommy adalah ya. Mungkin mommy akan cepat lagi kurus kalau mommy rajin senaman. Mommy kalut tak sempat nak bersenam. Tapi rasa senang hati bila badan mula rasa ringan. Korang pon yang dah cuba bermacam-macam cara nak kurus tapi tak kurus-kurus macam mommy, boleh cuba Kopi Hijau Alana. Jom kurus sama-sama. Selamat mengurus! 




6 comments:

  1. Wahhh mommyy tahniahhh pinggang dah mengecil sebanyak 2 inci! Daebakk la kopi hijau alana ni. Siap ada chia seed terkandung dalam kopi ni. Adehh rasa tergoda plak nak beli ni hahaha

    ReplyDelete
  2. bila nak kurus wajib kena bersenam..badan berpeluh rasa segar je..makanan dan minuman kesihatan untuk kurus cuma sebagai bantu proses buang lemak saja..Bersenam adalah yang terbaik..

    ReplyDelete
  3. Memang menarik ni mama dah le kena turunkan beberapa kilo lagi ni dah gumuk

    ReplyDelete
  4. first time dengar kopi hijau ni untuk kurus..

    ReplyDelete