Penyusuan Susu Ibu Tidak Semudah ABC

Penyusuan Susu Ibu Tidak Semudah ABC | Rata-rata semua ibu masa kini menginginkan penyusuan susu ibu sepenuhnya buat bayi mereka. Malah ibu bekerjaya juga mampu menyusukan anak mereka dengan susu ibu sehingga berusia 2 tahun. Penyusuan susu ibu adalah cara terbaik untuk memberikan bayi yang baru lahir dengan nutrien yang mereka perlukan. Bayi diberi penyusuan eksklusif sehingga berusia 6 bulan dan terus menyusu dengan makanan tambahan sebagai pelengkap nutrisi sehingga dua tahun atau lebih.

Kelebihan susu ibu kepada bayi

  • Susu ibu adalah susu yang paling sihat untuk bayi. Kolostrum, susu yang keluar selepas kelahiran membantu dalam pembesaran dan fungsi sistem pencernaan bayi. 
  • Susu ibu mudah dicerna dan bayi yang diberi susu ibu cenderung mengalami sembelit dan masalah pemakanan yang kurang berbanding dengan bayi yang diberi susu formula.
  • Bayi yang disusui mempunyai risiko jangkitan yang lebih rendah, cirit-birit, asma, obesiti, alahan, dan kolik. 
  • Antibodi dalam susu ibu membangkitkan imunisasi bayi, yang bertanggungjawab untuk melawan penyakit. 
  • Bayi yang diberi susu ibu mempunyai risiko yang jauh lebih rendah daripada keadaan yang disebut sebagai sindrom kematian bayi yang tiba-tiba (SIDS) 

Kelebihan penyusuan susu ibu kepada ibu

  • Menyusukan membantu mewujudkan ikatan emosi yang unik antara ibu dan anak "baby bonding"
  • Ia sentiasa tersedia dan lebih murah berbanding dengan suapan botol.
  • Penyusuan susu melepaskan oxytocin, hormon yang membantu kontraksi rahim dan kembali ke saiz normal dengan lebih cepat dan seterusnya membantu dalam mengurangkan pendarahan yang berlebihan selepas bersalin. 
  • Ia membantu menurunkan berat badan lebih cepat. 
  • Penyusuan susu ibu akan mengurangkan risiko mengembangkan kanser payudara.

Pengalaman menyusukan anak 

Mommy mempunyai tiga orang cahaya mata. Anak pertama menyusu selama setahun sebulan, anak kedua menyusu selama setahun dua bulan dan seterusnya anak ketiga menyusu lebih dua tahun. Bukan semudah ABC untuk menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu. Begitu juga sangat sukar untuk anak "putus susu".
Baby Amal Insyirah, sekarang berusia 2 tahun 4 bulan

Tindakan selepas mengetahui diri sedang hamil

Perkara yang mommy lakukan untuk penyusuan susu ibu yang berjaya adalah:-

  • Niat. Apabila mommy mengetahui diri sedang hamil, mommy berniat untuk menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu. 
  • Tidak memikirkan langsung apa-apa jenama susu formula di pasaran
  • Meminta suami urutkan urat belikat setiap malam. Jururawat di Klinik Kesihatan yang mengesyorkan urutan ini. Selain rasa lega, boleh melancarkan penghasilan susu ibu.
  • Trimester ketiga perlu selalu mencuci puting payudara
  • Terus berurut sebaik sahaja pulang ke rumah selepas bersalin
  • Pedulikan kata-kata orang luar seperti "Anak lapar tak cukup susu"
  • Sentiasa positif untuk mengekalkan kesihatan dan melancarkan susu ibu
  • Suami sentiasa menyokong 100% penyusuan susu ibu.
  • Beli pump susu sesuai mengikut kemampuan

Masalah yang mommy hadapi sepanjang menyusukan anak adalah sama seperti ibu menyusu yang lain iaitu demam susu. Demam susu berlaku akibat bengkak susu. 

Cara menangani bengkak susu

Setiap orang, berlainan caranya untuk menangani bengkak susu. Bagi mommy, mommy hanya tuam payudara yang bengkak dengan kain yang dibasahkan dengan air suam. Kemudian pam susu untuk membantu melancarkan susu. Kebiasaannya bengkak susu akan terjadi:-
  • pada awal penyusuan. Susu yang pekat dan tersekat menyebabkan pengumpulan susu. Bayi pada awal kelahiran juga belum pandai menghidap susu. Oleh sebab itu, selepas melahirkan ibu perlu segera berurut untuk melancarkan penyusuan. 
  • terlalu lama tidak menyusukan anak. Ibu perlu pam susu supaya susu yang terhasil tidak membengkakkan payudara.

Penyusuan susu ibu bagi wanita bekerjaya

Menurut pengalaman kawan mommy, Nor Hidayah Abd Halik yang berjaya menyusukan kedua anak-anaknya sehingga berusia 2 tahun. Hidayah bekerja 8 pagi sehingga 5.30 petang. Setiap hari bekerja Hidayah mengepam susu sebanyak 4 kali, 3 kali di tempat kerja dan sekali di rumah. Tidak menjadi masalah baginya untuk menguruskan susu ibu setelah banyak membaca dan mengamalkan secara konsisten. Menurut Hidayah lagi, niat untuk menyusukan anak perlu ditanam sejak mengandung lagi. Selain itu kena kuat semangat dan tidak boleh mudah putus asa.

Tiada lagi alasan untuk tidak memberikan anak anda dengan susu ibu sama ada anda adalah seorang ibu yang bekerjaya. Buat bakal ibu, mommy doakan anda berjaya memberikan anak anda susu terbaik dalam dunia iaitu susu ibu.

Tollyjoy Breast Pump

Breast pump akan membantu menjayakan penyusuan susu ibu. Jadi miliki satu breast pump yang anda mampu milik dan terbaik. Terdapat dua jenis breast pump iaitu manual dan electric. Bagi mommy, kedua-keduanya sangat membantu.
Manual Breast Pump w/Feeding Bottle Set
Manual Breast Pump w/Feeding Bottle Set
Tollyjoy Double Electric Breast Pump Set
Tollyjoy Double Electric Breast Pump Set
Untuk kelahiran anak mommy yang keempat, mommy merancang untuk mencuba Tollyjoy Breast Pump. Mommy menggunakan kebanyakan barangan bayi Tollyjoy dan ia tidak pernah mengecewakan. Contohnya baju bayi, botol susu, baby wipes dan sebagainya. Pump susu yang lama pon dah digunakan oleh adik beradik mommy yang lain. Haha so lets check it out
👉👉 http://on.fb.me/ZflMUn
👉👉www.tollyjoy.com.sg,

20 comments:

  1. Wah mcm best je tollyjoy breastpump

    ReplyDelete
  2. Untungnya mommy ada pengalaman menyusukan anak sampai umur 2 tahun..akak dulu sebab bekerja dan susu badan pun berhenti sebaik dania berusia 6 bulan..dah macam- macam akak buat nak banyakkan susu..tapi takde rezeki.. product tollyjoy memang bagus setanding product2 jenama mewah yang lain

    ReplyDelete
  3. Support breastfeeding too! Tengah menyusukn Malique.. hopefully leh smpi 2thn..

    ReplyDelete
  4. Proses penyusuan bayi sangat memerlukan gajet untuk memudahkan buat stock susu untuk bayi kesayangan

    ReplyDelete
  5. Breastfeeding is the best. Bukan mudah nak susukan anak. Banyak cabaran dan dugaan. Hanya yang betul2 kuat semangat dan jiwa kental akan berjaya.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...Sha pun usaha juga suskn smpi 2 thun wlupun xsepenuhnya..ni tggu masa nk putus susu ngn Adik Thia

    ReplyDelete
  7. Anak pertama ,akak tak de peluang nak menyusu ..Anak kedua nekad dah..Berjaya jugak..

    ReplyDelete
  8. Support breastfeeding walaupun takde anak lagi. Belum rezeki. Datang sini kutip ilmu dulu.. hee~

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah saya masih lagi fully bf...harap harap sampai dua tahun inshaAllah =)

    ReplyDelete
  10. Penyusuan susu ibu memang tak mudah tapi insyaa Allah ia nya terbaik buat anak kita. Kena ada ilmu & semangat yang tinggi juga. Doakan next baby pun boleh fully BF.

    ReplyDelete
  11. Selalu baca kalau nak menyusu bby kena positif..okey, akak akan positif😊 untuk bakal bby akak nnti..hehe

    ReplyDelete
  12. teruskan usaha untuk bf...saya pun masih bf kan anak...insyallah selagi mampu

    ReplyDelete
  13. wow dah nak masuk ke4 dah! Semoga baby & ibu sihat2 je

    ReplyDelete
  14. Anak ketiga je tak sempat nak penuh... Anak pertama kedua mmg cukup 2 tahun... Tollyjoy ada brestpump..menarik utk dicuba..

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah. Terima kasih atas infonya

    ReplyDelete
  16. Tak ada pengalaman lagi. Berdebar pula baca artikel ni. Huhuhuhu...

    ReplyDelete
  17. Owahhhh. Info yang baru bagi Pakcu nie, Thanks yer share

    ReplyDelete
  18. Tak kisah breastpump jenis apa, janji kena rajin

    ReplyDelete