Behca Adam - Edutainment

Pergi Farm In The City hari tu, masa balik tu mesti wajib lalu kat kawasan barang-barang yang akan menarik perhatian Adam Rayyan. Ha laa, ada superhero dia laa.. Ada macam-macam.. Tapi daddyG wajib takkan beli segala jenis mainan. Mahal kot kat situ..

Tapi mommy ternampak benda alah dalam gambar bawah ni. Menarik sangat. Satu RM21.90. Kalau beli 3 RM50. Mommy pulak ada voucher RM5. Jadi satu jatuh RM15. Ok la kot.. Mommy dah berkenan, sure Adam ada harapan dapat. Hahaaa

Beca ke? Rolling Automobile

Daddy pon berkenan. Benda yang jarang ditemui dan menarik. Balik tu terus tak sabar Adam buka terus pasang. Adik-adik pon menyibuk sama.

Operasi menjadikan "behca"

Adam kata "Ini behca.". Ni mesti kes pergi Melaka tengok beca. Hehee

Serius betul

DaddyG tolong Adam pasang juga. Mommy dah kepenatan nak melayan sebab dah penat pergi Farm In The City.
Mommy jadi tukang ambil gambar sahaja. 
Yeay! Siap!

Lagi dua daddy suruh tunggu esok. Sampai Adam cakap " Lambatnya esok".. Sabar lah sayang...Lepas dah siap tu, dia buat macam mainan pulak.. Habis la "behca" awak tu...

Apa adam dapat belajar? Belajar mengikut arahan untuk memasang.. 

3 comments:

  1. bgs aktiviti cam ni sis, melatih kepintaran anak dan kreativiti mereka berfikir...

    ReplyDelete
  2. best pulak tengok mainan ne kak irra. Tapi tak kan nak beli mainan ne sampai ke farm city. hehe

    Done follow akk follower 802

    ReplyDelete