Dutch Lady 7-Day Milk @ Breakfast Challenge

Dutch Lady 7-Day Milk @ Breakfast Challenge | Mommy tak pernah kena gastrik. Sehingga suatu hari mommy rasa macam nak pitam. Buka mata je kepeningan. Dunia rasa berputar. Selepas minum segelas susu dan berehat sekejap, keadaan kembali normal. Skip sarapan pagi adalah sangat tidak bagus. Apabila Dutch Lady membuat cabaran Dutch Lady 7-Day Milk @ Breakfast Challenge, mommy tidak melepaskan peluang untuk menyertai cabaran ini.

Setelah kejadian hampir pitam itu, mommy tidak lagi meninggalkan sarapan pagi. Bila mommy sakit, susah mommy nak menjalankan kerja seharian terutamanya menjaga keperluan tiga orang anak mommy.

Dutch Lady 7-Day Milk @ Breakfast Challenge
Dutch Lady 7-Day Milk @ Breakfast Challenge

Apakah kebaikan sarapan pagi

Pertama, sarapan pagi dapat memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh badan. Sarapan pagi yang baik adalah makanan yang mempunyai karbohidrat atau berserat tinggi seperti oat, bijirin dan roti gandum kerana ia dapat memberi tenaga dan tidak cepat lapar.

Kedua, sarapan pagi dapat mengurangkan berat badan. Haa korang tahu tak sarapan pagi dengan perut yang kosong akan mempercepatkan pembakaran kalori dengan lebih baik. Rajin-rajin lah berserapan selepas ni ya. Hehe siapa tak nak kurus kan..

Ketiga, sarapan pagi dapat meningkatkan daya tumpuan. Masa kita bangun pagi, sebahagian tenaga dalam bentuk glukosa dan glikogen telah digunakan pada hasparapanumnya. Oleh itu, makanan berglukosa dapat menjana perkembangan otak dan daya tumpuan. Tanpa glukosa, badan akan rasa letih dan kurang tumpuan terhadap kerja yang dilakukan.

Akhir sekali, sarapan pagi dapat mencegah sakit jantung. Kandungan serat dalam bijiran dapat menyerap kolesterol yang terdapat dalam badan. Sekali gus dapat mengurangkan tahap kolesterol.

Susu yang dibekalkan Dutch Lady untuk cabaran ini di hantar sampai depan rumah.

Kenapa perlu bersarapan pagi dengan susu? 

Pertama, susu dapat mengelakkan osteoporosis, hipertensi dan kanser kolon. 

Kedua, susu boleh melindungi kita dari kerosakan gigi dan masalah kaviti. 

Ketiga, lemak susu tidak memberi kesan kegemukan. Malah badan mereka yang kerap minum susu lebih langsing. Badan akan sentiasa sihat dan cergas apabila minum susu.

Keempat, susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari keradangan. Ini yang mommy alami. Minum susu juga akan mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain.

Kelima, minum banyak susu dapat menjadikan tulang, gigi, kuku dan rambut kuat.

Keenam, susu boleh menjadi pembuka baik perutama jika lewat makan. 

Ketujuh, minum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot-otot yang tegang. Sebab itu lah minum susu sebelum tidur dapat memberi tidur yang lebih cepat. 

Kelapan, minum susu boleh menyejukkan badan dan mengekalkan tahap air atau cecair dalam badan.

Kesembilan, susu juga dapat mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) kerana susu merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat dan juga meningkatkan tenaga dalam badan.

Kesepuluh atau yang terakhir, susu penuh dengan nutrien. Badan kita memerlukan nutrien untuk beroperasi dengan betul. Ia mengandungi 
  • vitamin (untuk sel-sel darah merah) 
  • kalsium (untuk tulang yang kuat)
  • karbohidrat (tenaga) 
  • magnesium (untuk lentur otot) 
  • fosforus 
  • kalium (baik untuk sistem saraf)  
  • protein (untuk proses pertumbuhan dan penyembuhan) 
  • riboflavin (untuk kulit sihat dan berseri)
  • zink (untuk meningkatkan sistem imun)


10 sebab ini dah boleh mewajibkan kita bersarapan dengan susu Dutch Lady samada membancuh sendiri susu atau kalau rajin sangat boleh beli siap dalam kotak atau botol. 

Menyahut cabaran Dutch Lady 7-Day Milk @ Breakfast Challenge, berikut adalah sarapan pagi mommy dan anak-anak:-

Day 1 : Dutch Lady 7-Day Milk @ Breakfast Challenge

Day 2 : Dutch Lady 7-Day Milk @ Breakfast Challenge

Day 3 : Dutch Lady 7-Day Milk @ Breakfast Challenge

Day 4 : Dutch Lady 7-Day Milk @ Breakfast Challenge

Day 5 : Dutch Lady 7-Day Milk @ Breakfast Challenge

Day 6 : Dutch Lady 7-Day Milk @ Breakfast Challenge

Day 7: Dutch Lady 7-Day Milk @ Breakfast Challenge

Jadi kawan-kawan, jangan skip breakfast tau! Nak mudah boleh je breakfast dengan segelas susu Dutch Lady. ^_^

Sedapnya susu Dutch Lady

6 comments:

  1. Wahhh sarapan jadi bertambah sihat dengan minum susu ^-^

    ReplyDelete
  2. Susu segar diblend dgn kurma pun sedap buat sarapan..kenyang smpai tengahari.. :)

    ReplyDelete
  3. Tak shuke susu *emoji monyet tutup mulut*

    ReplyDelete
  4. makin berumur, keperluan kalsium makin tinggi.. hee~ mula dari sekarang.. sangat bijak..

    ReplyDelete
  5. Biasa siqah minum susu sebelum tidur. Hehe. Pagi2 hentam kafein je selalu. Aigoo ~ Sedap susu. Dan sedap nampak nasi goreng tu. Hee

    Btw, siqah BW sini jugak dan follow #802. Thanks irra follow siqah :) Salam perkenalan :)

    ReplyDelete