Korban lembu di Aidiladha

Bila raya korban, akan ada lembu dikorbankan. Selepas sembahyang sunat hari raya, kami terus ke tempat lembu nak disembelih.


Tiga kali lembu ini berjaya menggagalkan usaha direbahkan. Pakcik berbaju pink tak ada pada mulanya. Bising lah dia kenapa tak begitu begini. Garang weh.. Dia lah tuan lembu tu.. 


Dah berjaya direbahkan, selamat lah lembu dikorbankan. Banyak kali tengok lembu disembelih tapi tak berjaya merakam detik-detik itu. Lepas tu terus lupa dah macam mana usaha menyembelih lembu dibuat.. Haha


Nak rebahkan aje yang ambil masa. Besar lembu ni. Sebahagian RM540. Nak sembelih sekejap sahaja.


DaddyG minta mommy buat LIVE aktiviti melapah lembu. Lama dan panas nak siap melapah seekor lembu.


Kerja melapah dibuat oleh mereka yang mengambil bahagian berkorban. Antaranya ayah mertua mommy, adik ipar dan biras. Yang lain mommy tak kenal.


Kerja melapah tak habis, kami dah balik rumah. Ayah balik pukul 1.30 tengahari. 




Tahun depan mommy boleh la ambil satu bahagian korban. Raya haji di Baling. 

2 comments:

  1. satu minggu ni memang makan daging je lar
    hehehe..

    ReplyDelete
  2. Tahun nie tak jumpa daging.. hehehe.. Sebok dengan kenduri adik..

    ReplyDelete