Bila keputusan SPM keluar

Throwback lebih kurang 12 tahun yang lepas. Esok keputusan SPM keluar!

Tidur tak lena!

Mandi tak basah! <-- yang ni tipu

Jantung berdebar. Dug Dag Dug Dag

Bila keputusan SPM keluar 

Keputusan SPM keluar lepas beberapa bulan habis peperiksaan SPM lah. Masa tu umur kita dah masuk 18 tahun. Apa lah keputusan peperiksaan SPM ni ye?

Mommy yakin Matematik A. Yang lain tak tahu. Because I really LOVE Math.

Esok keputusan SPM keluar! 

SPM bukan lah segalanya. Keputusan semua A tak menjamin kejayaan 10-20 tahun mendatang kamu. Keputusan tiada A pun tak menjamin masa depan kamu. Hanya KAMU sendiri penyebab kejayaan hari mendatang kamu.

Ingat, apa sekali pun keputusan SPM kamu, bertenang, jalani kehidupan dengan lebih bersemangat.

Semak keputusan SPM melalui SMS

Taip SPM jarak nombor kad pengenalan jarak angka giliran dan hantarkan ke 15888


Keputusan SPM mommy? Matematik 1A, Matematik Tambahan 2A. Heeee tu je yang boleh dibanggakan. Boleh sambung masuk matrik. Tapi mommy tak nak cadangkan adik-adik masuk matrik. Banyak lagi pilihan lain seperti:-
1. Sambung Diploma, Sijil matrik tak ada nilai bila nak mohon kerja
2. Masuk SPA mengikut kursus yang adik-adik minat
3. Jadi cikgu. Jadi cikgu pon katanya tak best dah. :D
4. All the best to you


2 comments:

  1. Sy recomandkan msk matrik...

    ReplyDelete
  2. huhhu...yang penting buat pilihan dengan bijak...gagal spm bukan bermakna gagal terus..

    ReplyDelete