Pasta & Pizza di Capricciosa Sunway Pyramid

Restoren Itali Capricciosa Pasta & Pizza

Ini kali pertama mommy makan di Capricciosa Sunway Pyramid. Kalau dengar nama macam seram je nak makan. Tapi...Restoren Capricciosa ini ada sijil Halal JAKIM. Tambahan pula mommy irra dan daddyG sangat menggemari spageti. Bila dapat review pasta dan pizza, memang WAJIB lah pergi.


Restoren ini sentiasa penuh. Pelanggan pula sanggup beratur menunggu meja kosong. Mommy pergi ni hari Sabtu. Semua ibu-ibu suka gantung kuali pada hujung minggu. Hahaha betul tak? 

Apa yang dihidangkan kepada kami adalah seperti berikut:

Trio platter (appetizer) RM22.90

Calamari Fritto (Sotong Celup Tepung) dan chicken wing kat atas sedap. Yummy.

Chicken Caesar salad RM16.90

Mommy ingatkan menu utama adalah ayam. Rupanya ini adalah salah. Bawah daging ayam penuh daun salad. Bagus untuk kesihatan makanan ni.

Ocean Platter RM69.90

Satu hidangan Ocean Platter boleh dimakan oleh 2-3 orang. Set ini terdiri daripada Creamy Garlicky Salmon, Calamari Fritto, Black Mussels, Rice Croquette, Capri Superstar Pasta, dan Mixed Veggies.

Adam suka sangat dengan Creamy Garlicky Salmon. Mommy suka pasta. Kuah pasta memang best sangat.

Squid ink pasta RM27.90

Masa makanan ni sampai, mommy dah rasa pelik. Adehh, hitam apa ni. Spageti bersama ink sotong. 

Mommy pernah tengok papablogger masak sotong jadi hitam. Kata papablogger makanan jadi sedap. Cuma kaler sahaja tak menarik. Ya betul! Squid ink pasta ni rasanya ok. Tak ada rasa pelik. 

Carbonara pasta RM25.90

Creamy porcini RM33.90

Capricciosa pizza RM27.90

Pizza ni Adam Rayyan suka sangat. DaddyG kata nak belanja Adam makan pizza ni lagi. Wahhh. Belanja Adam, maknanya mommy pon dapat merasa lagi Pizza ni.

Quattro formaggi pizza RM29.90

Tiramisu RM11.90

Tiramisu memang awesome! Sedap sangat.

Chocolate brownie RM11.90

Yang ni anak-anak mommy suka sebab mereka penggemar coklat. Mommy pon suka! Hantu kek coklat. Yummy

Air RM11.90

Air pon semua best. DaddyG pon cakap air sedap bila kami dah sampai rumah. Eh baru sampai rumah dah sebut-sebut lagi. Memang ada peluang besar repeat makan di sini sebab makanan dan minuman di sini sedap-sedap. 

Capricciosa bukan hanya ada di Sunway Pyramid, malah anda boleh ke Capricciosa di Pavillion atau Sunway Putra Mall. Untuk maklumat lanjut boleh ke laman web http://www.capricciosa.com.my

6 comments:

  1. nyum nyum nyum...terasa-rasa lagi keenakkannya.... #ehhh bila nak pergi lagi nih....

    ReplyDelete
  2. Belum ada Rezeki lagi SA nak buat review kat sini sebab dah 2 kali dah postpone atas kesilapan teknikal...nanti nak terjah jugak la sebab nampak menarik...cuma x tau la ada promosi ke tak

    ReplyDelete
  3. fuh.. gugat iman tgk.. harga dia pun.. hii

    ReplyDelete
  4. hitam nya spaghetti tu..ingt kan kicap..akak macam tak boleh masuk dengan makanna gelap2 ni..tapi paling terasa macam nak rasa,tu...Quattro formaggi pizza..:)

    ReplyDelete
  5. Sedap juga tgk menu tu.. Cuma pasta dgn ink sotong tu agak pelik...

    ReplyDelete