Asid Folik Supplemen Ibu Mengandung


Ibu mengandung mesti akan mengambil apa-apa supplemen untuk baby dalam kandungan. Macam mommy sendiri hanya mengambil asid folik sepanjang trimester pertama. 

Memang menjadi sinonim bagi ibu mengandung dengan asid folik. Setelah berbincang dengan doktor, untuk trimester pertama ini tak perlu supplemen lain selain asid folik.

Apa itu ASID FOLIK?
Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.


Siapakah yang boleh mengambil asid folik dan apakah fungsi/kebaikan asid folik?

1.   Bagi individu yang berhasrat untuk mendapatkan zuriat
Sesiapa yang berhasrat untuk mendapatkan zuriat boleh mengamalkan asid folik kerana asid folik berfungsi untuk merawat kesuburan. Asid folik bukanlah ubat ajaib untuk mendapat anak. Akan tetapi kita boleh mencuba dan berusaha.  InsyaAllah rezeki akan berpihak kepada kita.

2. Bagi ibu mengandung
Kepentingan asid folik bagi ibu mengandung adalah:
-  untuk membina sel-sel baru baby
-  membaiki DNA yang rosak dalam sel.
-  mengurangkan masalah bayi yang dilahirkan dengan kecacatan saraf seperti spina bifida dan neural tube defect
-  mengurangkan kebarangkalian mendapat anak mempunyai masalah bibir dan lelangit bercelah
-  mengelakkan kecacatan jantung dan risiko kelahiran pramatang untuk bayi
-  mengelakkan kecacatan tulang belakang bayi
-  meningkatkan sel darah merah dalam badan ibu mengandung (pembekalan oksigen) 


Kenapa asid folik penting untuk awal kehamilan atau trimester pertama?
Pengambilan acid folic penting untuk awal kehamilan (12 minggu pertama) kerana perkembangan sistem saraf dan otak bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Acid folic boleh diberhentikan ketika usia kehamilan menjangkau 2nd trimester iaitu pada 13 minggu kehamilan tapi tidak menjadi masalah jika ianya diteruskan.

Akibat kekurangan asid folik?
Kekurangan asid folik boleh menyebabkan peningkatan kandungan homocysteine dalam darah dan akan menyebabkan keguguran secara tiba-tiba.
Ia juga boleh menyebabkan komplikasi pada kehamilan seperti pendarahan disebabkan oleh placental abruption atau sawan ketika hamil. 

7 comments:

  1. untuk mereka yang nak pregnant pun dah boleh start makan nie kan ira

    ReplyDelete
  2. Biasa sue ambik b complex shaklee. Lengkap dgn asid folat. Ikhtiar utk ank sihat insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Banyaknya fungsi asid folik...rajin2 makan asid folik ye Mommy Irra :)

    ReplyDelete
  4. penting ni..ada setengah ibu2 bila dia dapat asid folic ni dia simpan je..tak makan pun..tak sedap katanya..sedangkan banyak kebaikan nya bila kita ambik..

    ReplyDelete
  5. suplemen wajib bg ibu2 yg mengandung

    ReplyDelete