10 Tips Terbaik Untuk Masakan Bujang

10 Tips Terbaik Untuk Masakan Bujang | Orang bujang sememangnya selalu ada masalah nak makan dekat mana dan nak makan apa hari ini. Sebagai jalan penyelesaiannya, orang bujang boleh cuba untuk masak sendiri makanan yang dimakan.

Selain dapat menjimatkan masa, anda juga dapat menjimatkan wang anda. Terdapat  10 tips untuk membantu anda dalam masakan bagi orang bujang. Bagi anda yang nak cuba masak, cubalah 10 idea ini untuk menjadi menu masakan anda.

10 Tips Terbaik Untuk Masakan Bujang

1. Nasi Goreng
Menu ini sangat mudah disediakan. Anda hanya perlukan nasi putih dan rencah masakan goreng. Selain itu, anda juga perlukan bawang yang sudah dipotong untuk digunakan sebagai bahan tumisan. 

2. Bihun Goreng
Untuk menyediakan bihun goreng sebagai menu bujang anda. Anda hanya memerlukan bihun dan bahan tumisan yang lain. Pastikan bihun anda telah di lembutkan terlebih dahulu sebelum anda mula masak .
Bihun goreng

3. Telur Dadar.
Menu ini antara menu paling ramai diantara boleh buat. Sangat mudah cara penyediaannya.

4. Nasi Putih dan Kari
Menu ini juga mudah untuk di sediakan tetapi ia memakan sedikit masa. 

5. Magi goreng/ Magi kuah
Menu ini juga sangat ramai yang boleh masak. Pengalaman di asrama menjadikan kita semua pakar dalam memasak megi. Caranya seperti juga memasak bihun goreng. Pastikan meggi dilembutkan dahulu sebelum digaulkan bersama perencah yang disediakan.

6. Kari Ayam

Cara masak kari :- 
  1. Tumiskan bawang besar dalam kuali/periuk.
  2. Tunggu sehingga tumisan menjadi warna kekuningan dan dah naik bau.
  3. Masukkan rempah kari dan juga kayu manis, bunga cengkih dan lain-lain.
  4. Tambahkan air untuk menjadikan dia cair.
  5. Masukkan ayam ke dalam kuali/periuk
  6. Tunggu sehingga bau naik dan akan sedia untuk dimakan.
  7. Sila masukkan gula dan garam dalam kari anda tau .

7. Roti Bakar dan Telur ½ masak.

Cara buat roti bakar :-
  1. Sediakan roti.
  2. Msukkan dalam toaster dan tekan on.
  3. Tunggu roti anda siap.
  4. Untuk cara manual, anda perlukan kuali leper untuk membakar roti.
  5. Letakkan sedikit majerin di atas kuali tersebut dan letakkan roti diatasnya.
  6. Tunggu sehingga roti itu kelihatan keperangan dan kemudian angkatlah roti tersebut.

Cara buat telur 1/2 masak :-
  1. Basuhkan telur ayam .
  2. Rebuskan didalam periuk berisi air selama beberapa minit sehingga air menidih.
  3. Kemudian boleh angkat telur tersebut dan sedia untuk dimakan.

8. Roti Sardin

Cara menyediakan sardin untuk roti:-
  1. Lenyetkan sardin dari dalam tin didalam kuali atau mangkuk.
  2. Letakkan sedikit garam.
  3. Sapu diatas roti anda.

9. Roti Sosej

Cara penyediaannya adalah :- 
  1. Kacau telur seperti kita nak buat telur dadar.
  2. Masukkan sosej dan gulungkan bersama roti.
  3. Saluti roti dan sosej tersebut didalam telur dan kemudian gorengkan ia.
  4. Tunggu sehingga roti dan sosej tersebut berwana kekuningan.
  5. Angkat dan sedia untuk di makan.

10. Cucur jagung

Anda perlukan tepung gandum untuk menggoreng cucur udang ini.

Selain itu anda juga memerlukan bahan seperti jagung, ikan bilis dan telur.

Cara penyediaan:-
  1. Gaulkan semua bahan tadi dalam mangkuk sehingga sebati.
  2. Masukkan sedikit demi sedikit kedalam kuali panas untuk digorengkan.
  3. Tunggu sehingga warnanya berubah kekuningan dan angkatlah ia dan sedia untuk dimakan.

Inilah antara 10 tips masakan untuk orang bujang. Anda boleh cubanya dirumah atau dimana sahaja yang anda mahukan. Tips ini memang sesuai untuk orang bujang yang ingin untuk memasak sendiri. Semoga berjaya !

2 comments:

  1. terbaek.. boleh buat hujung mggu ni. hehe

    ReplyDelete
  2. memang betul, bujang2 ni memang asal kenyang je

    ReplyDelete