Buku Masakan Melayu Thermomix® Pertama di Dunia

Pernah tak anda dengar mengenai Thermomix®?  Lain daripada yang lain, Thermomix® boleh digelarkan sebagai pembantu dapur yang ideal sebab ia menggabungkan 12 fungsi ke dalam satu, di mana ia membolehkan semua orang menjimat masa, wang, usaha penyediaan makanan dan memasak di dapur. Thermomix® berkeupaya untuk mengacau, mencampur, memutar, mencincang, memasak, mengukus, menimbang, mengisar, memukul, mereneh dan mengemulsi.

Sempena pelancaran Buku The Malay Kitchen, Recipes for Thermomix® yang dikarang oleh Suriya Abdullah, ia merupakan pengalaman kali pertama bagi Mommy untuk melihat dan mengenali Thermomix®  dengan lebih dekat.

Buku Masakan "The Malay Kitchen, Recipes for Thermomix®"

Pemaju Resipi Thermomix® dan kini Pengarang, Suriya Abdullah bersama dengan buku masakan beliau pertama “The Malay Kitchen, Recipes for Thermomix®”
Ia merupakan Buku Masakan Melayu Thermomix® pertama di dunia yang menampilkan 60 koleksi resipi rasa Melayu asli yang semestinya digemari ramai. Buku ini terdapat dalam edisi dwibahasa yang mengandungi kedua-dua bahasa; Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, yang senang difahami untuk para pengguna Thermomix®.
Resepi dwibahasa
Resipi-resipi yang terkandung dalam buku ini akan memudahkan para ibu memasak sendiri di rumah. Para ibu boleh mendapatkan inspirasi untuk menghidang makanan Melayu seperti Rendang Ayam Nogori, Nasi Kampung, Ayam Pedas, Kacang Botol Goreng Bercili, Acar, Agar-agar Gula Melaka, Udang Goreng Kunyit, kuih-muih Melayu tradisional dan banyak lagi. Beraneka kan? Selain itu, terdapat juga gambar rempah-ratus, herba dan bahan-bahan yang biasa digunakan untuk memudahkan para pengguna mereplikasi kehalusan hidangan Melayu.

Suriya Abdullah, Pengarang Buku Malay Kitchen, Recipes for Thermomix®

Mommy bersama dengan Puan Suriya Abdullah
Sedikit pengenalan tentang Puan Suriya, beliau sangat berminat dan pandai dalam masakan Melayu sejak kecil lagi, walaupun beliau menyatakan bahawa proses penyediaan cara lama agak rumit. Sesiapa yang berjinak di dapur pada masa dahulu pun lalui proses yang sama kan? Namun, apabila beliau bertemu dengan teknologi dapur Thermomix® pada tahun 2014, pengalaman dan cara memasak Puan Suriya berubah mendadak, dari rumit ke lancar dan senang, Dari situ, Puan Suriya rajin mengembangkan bakat memasak dengan kombinasi dapur yang berteknologi inovatif kini, iaitu Thermomix® untuk mencuba bahan masakan yang lebih sihat dan meningkatkan kualiti masakan. Tambahan pula, latar belakang beliau yang dahulu pernah bekerja di industri makanan segera membuatkan beliau nekad untuk menyediakan makanan yang lagi sihat dan semula jadi buat anak-anak. 

Live Demo memasak menggunakan Thermomix®

Betul ke mudah memasak menggunakan Thermomix®? Pada hari pelancaran buku masakan tersebut, kami juga dihidangkan dengan live demo memasak menggunakan Thermomix®. Tujuan live demo adalah untuk menunjukkan keajaiban senang memasak dengan Thermomix® yang berbagai fungsi. Antara hidangan utama yang disediakan adalah:-

  • Rendang Ayam Nogori
  • Nasi Goreng Kampung
  • Kacang Botol 
  • Udang Goreng Kunyit
  • Agar-agar Gula Melaka
Selain itu, ada juga hidangan lain seperti Air Lemonade, Stim Man Tou dan Oren Sorbet yang disediakan begitu senang dan cepat dengan Thermomix®. Kesemua hidangan yang disenaraikan siap dimasak dalam masa lebih kurang 2 jam! Hebat tak? 
Inilah hasil kacang goreng bercili yang dikisar bahan masakan lalu digoreng di bawah satu Thermomix®. 
Hasil Udang Goreng Kunyit merasa seperti goreng di kuali. Udangnya rangup dan berjus.

Agar-agar Gula Melaka juga disediakan dengan Thermomix® sebagai pencuci mulut.
Hidangan secara live demo menggunakan Thermomix®
Pada hari itu, Mommy sendiri diberi peluang untuk memasak bersama Puan Suriya. Proses memasak masakan Melayu tradisional dengan Thermomix® sememangnya menjadi lebih mudah, lancar dan menyeronokkan. Serius, Mommy kagum sangat dengan kehebatan Thermomix® dan mengaku jatuh cinta dengannya serta-merta. Bukan sahaja Thermomix® menyenangkan kerja memasak, malah nutrien makanan dapat dikekalkan. 
Mommy berpeluang menggunakan Thermomix®
Kelebihan ini pasti menggalakkan dan menggembirakan para ibu termasuk Mommy untuk memasak, justeru membolehkan anak-anak menikmati masakan yang berkhasiat dari air tangan ibu. Bukankah hasrat setiap ibu untuk menyediakan masakan terbaik dan sihat bagi seisi keluarga? Mommy suka kalau anak-anak suka masakan rumah, lagi lah boleh mengawal makanan dan menjimat perbelanjaan.  

Pengenalan mengenai Thermomix® TM5

Thermomix Thermomix® TM5, model yang terbaharu kini boleh didapati di seluruh dunia
Setelah dikenalkan buku masakan dan live demo, ini segmen yang dinanti-nantikan: Apakah sebenarnya Thermomix®? 

Berasal dari German yang mempunyai sejarah melebihi 50 tahun menerajui dalam kategori alat dapur pelbagai fungsi, Thermomix® TM5 kini menggabungkan 12 fungsi dapur yang lain-lain dan merupakan peranti dapur alaf baru yang pasti memudahkan dan mempercepatkan penyediaan makanan Melayu tanpa menghilangkan kualiti dan rasa autentik kemelayuan itu sendiri. Selain itu, ciri-ciri canggih seperti bimbingan memasak langkah-demi-langkah dan cip resipi yang merupakan buku masakan digital dan skala digital terbina-dalam, kesemua ciri ini menjaminkan hasil masakan yang sedap, berkualiti dan konsisten. 
Kelebihan Thermomix® termasuklah: 
  1. Semua orang boleh memasak - Thermomix® dapat mengambil alih kaedah memasak dengan lebih mudah.
  2. Mengawal bahan-bahan yang dicampurkan ke dalam makanan - mengurangkan bahan tidak sihat seperti garam, gula dan minyak yang berlebihan, aditif, pengawet dan lain-lain.
  3. Mengekalkan nutrien maksimum dalam masakan pada suhu rendah dan mengelakkan sebarang alergen.
  4. Makanan sihat tidak perlu merasa hambar, mentah, ataupun beralakan vegan. Dengan kombinasi dan penyediaan yang betul, bahan-bahan asli mampu mengeluarkan rasa enak pada makanan.
  5. Memasak tidak perlu dalam keadaan tidak teratur.
  6. Menjimatkan wang dengan menghasilkan hidangan-hidangan dibuat sendiri.
  7. Lebih banyak masa terjalin bersama keluarga apabila semua orang memasak bersama.

Kelebihan Thermomix® tidak dapat disangkal lagi apabila Mommy melihat sendiri demo memasak menggunakan Thermomix®. Agak-agak bila ya Mommy boleh dapatkan satu untuk sendiri? 

Untuk mereka yang dah ada Thermomix® TM5, boleh dapatkan Buku The Malay Kitchen, Recipes for Thermomix® yang diterbitkan oleh True Mix Sdn Bhd (Thermomix® Malaysia), berharga RM160.00 dan boleh didapati secara online di laman www.Thermomix.com.my

Manakala, Thermomix® TM5 adalah berharga RM6,488.00 dan didatangi bersama “Basic Cook Book” rasmi Thermomix® dengan 175 jenis resipi, Cip Resipi “Basic Cook Book” Thermomix® untuk bimbingan memasak 175 jenis resipi dan e-surat berita Thermomix® percuma.

19 comments:

  1. kena buat tabung ne boleh tahan jugak harga thermomix tapi best sebab boleh kekalkan nutrien dalam makanan

    ReplyDelete
  2. Makkkk harga dia. Haha memang setuju dengan kak miza, kena menabung dulu. Bagus alatan masak pelbagai fungsi macam ni, bagus sebab mengekalkan nutrien dalam makanan. Takdelah sia-sia makan jadi hampas aje.

    ReplyDelete
  3. irra, boleh tahan juga harga nyer ye :) aduhai...
    kena la kumpul duit utk kesenangan kemudian hari.
    untung la irra dpt try guna thermomix tu. best!

    ReplyDelete
  4. Fuh. Rajin n suka memasak bole la dapatkan.

    ReplyDelete
  5. Macam berkenan pula dengan produk ini. Wahai hati...sabar.

    ReplyDelete
  6. Nak kena dapatkan jugak nie. Sy dah lh suka memasak. Thnks ya sharing this info

    ReplyDelete
  7. Wow so convenient this Thermomix, can whip up a meal in such a short time. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  8. Wah. Baru tahu ada teknologi macam ni. Kena buat tabung la nk beli thermomix ni. Memang terbaik👍

    ReplyDelete
  9. Bagus juga ada ni.. kualiti masakan terjamin lagi pula memudahkan utk seisi keluarga. Puan mem mesti suka ni.. thanks sharing :)

    ReplyDelete
  10. thermomix ni produk dia agak mahal juga...tapi kalau ada mmg best sangat membantu dalam urusan memasak setiap hari hehehehe

    ReplyDelete
  11. Oh no that food looks yummy... thermomix product ni Lisa baru first time dengar dan nampak macam bagus untuk kita wanita ni gunakan. thanks sharing this info.

    ReplyDelete
  12. harganya pun mestilah not bad jugak kan? Hehe klu mak tahu ni mesti dia pun nak.

    ReplyDelete
  13. Walaupun harga dia mahal tapi fungsi dan khasiat makanan dapat dikekalkan tu yang best. Ni kalau dapat beli syok ni. bagus untuk kesihatan

    ReplyDelete
  14. boleh beli buat hantaran Thermomix® TM5 ni. eh ahahaha

    ReplyDelete
  15. Pernah join event memasak Thermomix tahun lepas. Memang best guna alat ni. Dah siap set resepi cuma tekan je. Tapi harganya memang berbaloilah dengan fungsinya. Takpelah i ikut cara tradisional. Hehe

    ReplyDelete
  16. Wow best, i memang megidamkan Thermomix sejak dulu.

    ReplyDelete
  17. I memang mengidamkan product ini sejak dulu lagi, terbaik for cooking.

    ReplyDelete
  18. Bestlah buku resepi tu.. Bonde memang suka kumpul buku resepi bila nak masak sesuatu yg lain boleh cari dlm buku resepi

    ReplyDelete
  19. bagus lah idea macam ni.. memberikan sesuatu pendekatan baru untuk orang2 muda zm skang...

    ReplyDelete