Cabaran 5-hari bekal makanan yang sihat

Cabaran 5-hari bekal makanan yang sihat | Selama ini mommy tidak menyediakan bekal makanan untuk anak bawa ke sekolah. Mereka akan diberi makan pada waktu rehat di sekolah. Jadi wang belanja juga tidak disediakan. Namun, sejak mommy mengumpul bekas nutrisi menarik dengan pembelian susu, mommy seronok nak menyediakan bekal makanan untuk mereka agar mereka mendapat lebih lagi nutrisi.

Jadual persekolahan Anis 12.45 tengahari sehingga 4.15 petang memberi masa kepada mommy untuk menyediakan bekal makanan yang sihat dan juga makanan kegemaran Anis.

Cabaran 5-hari bekal makanan yang sihat
Anis ke sekolah membawa bekal makanan dalam bekal nutrisi Dumex Dugro
Lebih seronok lagi apabila anak tersenyum riang membawa bekal ke sekolah dan menyerahkan bekal kosong sebaik sahaja pulang ke rumah. Melihat kawan-kawan membeli di sekolah membuatkan Anis turut meminta wang belanja. Namun dengan bekal makanan yang mommy sediakan, tiada lagi rengekan meminta wang untuk membeli makanan di sekolah.

Penyediaan makanan sihat

Sumber google: Piramid makanan
Untuk menyediakan makanan sihat, mommy berpandukan kepada piramid makanan untuk memastikan anak mommy menerima nutrisi yang seimbang.

Makan sedikit – lemak, minyak dan gula
Makan sederhana – daging, ayam, ikan dan kacang
Makan banyak – sayur-sayuran dan buah-buahan
Makan lebih banyak – bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian

Cabaran 5-hari bekal makanan yang sihat

Gigih mommy google untuk mendapatkan idea bagi penyediaan bekal makanan yang menarik. Ada sebab lain mommy menyahut Cabaran 5-hari bekal makanan yang sihat. Nanti mommy ceritakan ya... Jom kita tengok hasil bekal makanan sihat yang mommy sediakan..

Isnin
Resipi Nutrisi Mama, Dumex Dugro,  Bekal Nutrisi,  Bento Malaysia, bekal sekolah, bekal anak, bento for kids,  bento ideas,  art bento, food art, cute food, bento addicted
Bekal makanan hari Isnin
Mommy menyediakan buah kegemaran Anis iaitu buah lai. Manfaat buah lai adalah mampu menurunkan kadar kolestrol jahat dan menjaga kadar gula dalam badan. 


Hari ini mommy terlebih rajin menyediakan nasi ayam. Haa ini kali pertama  mommy buat nasi ayam.. Nasi mempunyai karbohidrat dan serat yang tinggi untuk memberi tenaga yang tahan lebih lama. Ayam membekalkan protein untuk membina tubuh.



Selasa
Resipi Nutrisi Mama, Dumex Dugro,  Bekal Nutrisi,  Bento Malaysia, bekal sekolah, bekal anak, bento for kids,  bento ideas,  art bento, food art, cute food, bento addicted
Bekal makanan hari Selasa
Buah untuk hari ini adalah kiwi. Bukan sahaja nampak menarik, kiwi baik untuk mata dan masalah pencernaan.

Untuk karbohidrat dan protein hari ini mommy menyediakan koewteow goreng yang mengandungi pecahan telur dan juga sedikit sayuran.


Rabu
Resipi Nutrisi Mama, Dumex Dugro,  Bekal Nutrisi,  Bento Malaysia, bekal sekolah, bekal anak, bento for kids,  bento ideas,  art bento, food art, cute food, bento addicted
Bekal makanan hari Rabu
Hari Rabu mommy menyediakan roti sandwish dengan keju. Roti mengandungi karbohidrat seperti nasi, iaitu boleh memberi tenaga yang tahan lama. Manakala keju kaya dengan protein dan kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat.

Buah untuk hari ini adalah epal dan anggur. Epal baik untuk pelawasan dan mengandungi serat yang tinggi. Buah anggur pula mempunyai vitamin yang tinggi dan boleh mengurangkan risiko masalah kesihatan. 


Khamis
Resipi Nutrisi Mama, Dumex Dugro,  Bekal Nutrisi,  Bento Malaysia, bekal sekolah, bekal anak, bento for kids,  bento ideas,  art bento, food art, cute food, bento addicted
Bekal makanan hari Khamis
Hari Khamis, sekali lagi mommy bekalkan buah kiwi dan lobak merah mentah. Haa anak mommy suka makan lobak merah mentah. Ia baik untuk mata.

Untuk hari ini mommy sediakan nasi lemak untuk keperluan karbohidrat dan telur rebus dan ikan bilis untuk memenuhi keperluan protein tubuh.


Jumaat
Resipi Nutrisi Mama, Dumex Dugro,  Bekal Nutrisi,  Bento Malaysia, bekal sekolah, bekal anak, bento for kids,  bento ideas,  art bento, food art, cute food, bento addicted
Bekal makanan hari Jumaat
Hari Jumaat, sedikit hiasan istimewa untuk Anis, mommy sediakan juga buah kegemaran Anis iaitu buah anggur. Buah anggur sangat baik untuk metabolisme tubuh. Manakala buah strawberi membantu sistem pencernaan.

Untuk memenuhi keperluan karbohidrat dan protein pada hari ini, mommy sediakan bihun goreng dan telur puyuh rebus.

Mommy berjaya sahut cabaran!

Yeahhh, akhirnya berjaya menyahut cabaran 5 hari bekal makanan yang sihat.

Apa yang merangsang mommy untuk menyahut cabaran menyediakan bekal makanan sihat adalah Peraduan Resepi Nutrisi Mama. Hadiahnya sangat menarik. Nak tahu apa hadiahnya? Apa syaratnya? Jom baca di website http://www.dugro.com.my/promosi_dan_acara/mamacontest [klik url]

Makanan sihat dengan gizi seimbang sangat penting untuk pembesaran anak yang sempurna. Melihat mereka gembira dan membesar dengan sihat adalah suatu anugerah terindah!

20 comments:

  1. Rajin mommy buat bekal kt anak2..ami pon mesti rajin kalo ada bekas cute camni..haha

    ReplyDelete
  2. Wah rajin mommy. miza bekalkan jew xde deko2 macam mommy jeles siap ada nota kecik tu yang sweet. Nak buat jugak

    ReplyDelete
  3. Woww menariknya. Kalo kita yang dewasa ni nampak menarik apatah lagi anak2 kita. Lagi semangat diorang nak makan

    ReplyDelete
  4. wow mommy cantiknya...kreatif sangat....memang terasa nak makan sekarang jugak bento tu hihi

    ReplyDelete
  5. Cantik ...kalau mcm ni, boleh naik selera nak makan..
    Bukan budak jer nak makan, yang mak budak pun suka ....

    ReplyDelete
  6. Perghhh. Kc terliur tengok bekal makanan yang sedap tu haha. Dah lah sedap, seimbang plak tu. :D

    ReplyDelete
  7. bekal hari Rabu dan Jumaat paling cute.. heheheheee.. tahniah Mommy.. yang penting bekal untuk Anis bukan je menarik tapi berkhasiat.. kan..kan.. Untung Anis.. :)

    ...

    ReplyDelete
  8. Wow menariknya bekal anis. Rajin mommy buat

    ReplyDelete
  9. semangat dan berseleralah Anis nak makan..comey-comey belaka bekal dia...

    ReplyDelete
  10. Gigihnya mommy hias bekal anak. hahaha.. Serupa cik epal pula ;)

    ReplyDelete
  11. comelnya bekal mommy anis! Mesti anis happy tengok bekal dia comel2 macamni

    ReplyDelete
  12. New Giveaway lets start! Jom join :)
    https://intansaffyna.blogspot.my/2017/10/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html

    ReplyDelete
  13. Rajinnya.. Comel betul bekal-bekal ni >.<

    ReplyDelete
  14. ala-ala comelnya... liez yg tengokpun selera nak makan

    ReplyDelete
  15. Seronoknyaaa dapat serve makan yang sihat untuk anak... comel-comel pulak tu..

    ReplyDelete
  16. Comelnyaa bento mommy. Mesti Anis suka!

    ReplyDelete
  17. bestnya jadi ibu yang rajin untuk anak.. akak pagi2 sempat sediakan air pun dah bersyukur... tentu anak suka kan makan air tangan ibu sendiri..

    ReplyDelete
  18. teringin nak buat BENTO..mestilah diorang sukakan...rajin betul ira

    ReplyDelete