EFG First Gathering AWESOME!

Rumah baru dah masuk. Gathering EFG dah habis. Tapi banyak lagi kerja kemas rumah tak siap. Dah seminggu juga la tak boleh basuh baju. Mesin basuh tak pasang lagi. Pening tak tahu nak letak mana. Ada juga masalah-masalah lain. Ish nak cerita panjang tak larat. Tapi mommy nak share sekarang adalah sponsor 1stEFGathering. Macam banyak jer. Macam best jer. Haaa memang banyak sangat. Tengok pon dah tahu best ke tidak. Haha

Sebelum tu mommy nak kongsi juga bagaimana mommy dapat idea nak gabungkan nama 1st EFG Gathering ni. Asalnya nama EFG First Gathering. Disebabkan panjang sangat dalam backdrop tu, mommy pon bincang lah dengan kak enyabdullah.com . Macam mana ni? Kak eny lah punya idea menjadikan EFG First Gathering kepada 1stEFGathering. Mommy tak ada lah seorang diri buat keputusan. Apa-apa keputusan dalam EFG adalah secara bersama dan dipersetujui bersama.

Macam mana 1stEFGathering mendapat sponsor yang banyak? AJK sponsor adalah sayidahnapisah.com . Dan ahli yang lain juga perlu bersama-sama mencari sponsor. Mommy pon dapat banyak sponsor. Mommy boleh katakan semua kerja mommy sebelum dan semasa gathering dipermudahkan. Alhamdulillah.

Sponsor pertama adalah Biobax Cool Therapy. Apa tu? Ini adalah produk untuk membantu melegakan sakit belakang, sakit pinggang dan lenguh-lenguh. Korang wajib cuba sebab memang berkesan sangat. Dan bahan-bahan yang digunakan adalah organik. Promosi sehingga hujung bulan adalah RM60 termasuk postage.

Biobax Cool Therapy 
#biobaxcooltherapy

Seterusnya adalah sponsor pakej percutian ke Kelantan bersama Kelantan City Tour Xcelltravel.Woww tahniah kepada yang bertuah; kak ain dramaticuniq.com adkdayah kanvaskehidupanku.blogspot.my dan kak linda azlindaalin.com
Pemenang bertuah Kelantan City Tour Xcelltravel 
#xcelltravel

Seterusnya minuman kesihatan jus orlin atau nama glamourous adalah jus ketat. Haaa kasi ketat mana yang longgar tu supaya cik abang pon melekat. Selepas dua minggu mommy akan review jus ketat ni.
#orlin

Antara sponsor yang best semasa 1stEFGathering adalah Kotak Lensa. Apa tu? Kita posing-posing depan kotak tu, dan akan dapat hardcopy gambar masa tu juga. Waaaa best kan? Kemudian, gambar nak ambil berapa kali pon ikut suka lah! Unlimited tau!! Seronok sangat! 
Kotak Lensa 
#kotaklensa #instantphotobooth
IG: kotaklensa 

Kami juga mendapat sponsor Al-Quran Al-Mummayyaz. Sebenarnya kami bukakan majlis EFGathering dengan bacaan yaasin menggunakan alquran sponsor dari The Violet Sofia.
Al Quran Al Mumayyaz by The Violet Sofia
#thevioletsofia
#almumayyazbyvioletsofia

Fennelle serum adalah serum natural. Nak tahu lebih kena baca review selepas EFGiers menggunakan serum ni. 
Fennelle Beauty
#fennellebeauty 
#fennellerenewalserum

Minyak kelapa dara tak perlu mommy nak try test cuba ke apa. Mommy memang akui bahawa supplemen wajib mommy dan anak-anak adalah minyak kelapa dara. Adam Rayyan demam campak mommy bagi adam minum minyak kelapa dara dengan kerap sekali. Adam Rayyan demam campak tapi dia tak merengek-rengek. Alhamdulillah.
VCO NUTRASENSE
#VCO #Nutrasense
IG: nizam84

Photographer yang merakamkan saat indah majlis 1stEFGathering. Kalau tak ada photographer nizar ni, nak kena recall balik apa yang terjadi sepanjang majlis, ada jugak la yg mommy terlupa. Tapi dengan gambar-gambar yang ada, tersenyum-senyum sendiri teringatkan EFGiers yang hadir. Rasa nak repeat event lagi!
Nizar Faez Studio
#nizarfaezstudio

Van Lela Malaysia juga memberi sponsor shawl hiphoody. Mommy suka sangat sebab tak perlu pakai pin. Sarung aje terus cantik. 
VanLela Hiphoody
#hiphoodyvanlela

Wow Clown & Balloon Specialist memberi sponsor balloon deco. Mereka memang betul-betul specialist lah. Tengoklah bunga belon gergasi tu. 
Balloon Decoration
IG: instagram.com/wowballoonmy

Seterusnya sponsor kanopi oleh Majestic Events Sdn Bhd. Perlukan kanopi untuk majlis kecil atau majlis besar boleh terus contact mereka. Servis terbaik!
Majesticevents Sdn Bhd
#khemahkahwin

Bila dah ada majlis mesti wajib ada makanan. Terima kasih kepada Chef Zakaria dari Cafe Cerita Kambing kerana sudi memberi sponsor makanan kepada kami. Semua komen makanan sedap. Daging kambing lembut. Mommy dah tau dah sedap. Sebab tu mommy minta sponsor dari Cafe Cerita Kambing. 
Cafe Cerita Kambing
#cafeceritakambing #kambingbakar

Kalau korang perasan sekarang ni produk Forever sedang meningkat naik. Sana sini orang cakap pasal forever. Haa kalau nak tau lebih boleh tanya farahana.
Produk Kesihatan Forever
#aloeveraklang0136283485
#aloeverashahalam0136283485

Qaseh Zamri Collection ada pelbagai koleksi tudung dan baju. 
Qaseh Zamri Collection
Qaseh Zamri Collection 
 #qasehzamricollection

Pusat naturopati menyediakan rawatan, kursus dan ceramah perubatan naturopati, bekam, akupuntur, hipnosis, urutan tradisional melayu dan homoepati.
Yusmizee Naturopathic Center,  Alor Gajah Melaka
#yusmizeenaturopathic

Acit Guest Book sponsor props, guest book dan ig frame. Kualiti mereka terbaik! 
Acit Guest Book
#hantaranmurahsaya

Qesyamin sponsor shawl buat pemenang cabutan bertuah.
Shawl by Qesyamin
#qesyamin

RaisahRafhanah mempunyai pelbagai koleksi headchain dan flower headband. 
RaisahRafhanah
#headchain #flowercrown

Cookies cik mah yang sedap sampai tak mommy tak sempat rasa. Adam Anis dan Amal dah habiskan sekelip mata je. 
Hazirah
#muchochocolatechips

Sakura Sasuke sponsor doorgift yang comel siap label banner.  
Sakura Sasuke
#sakurastyle

LadyDaissy Pastry datang dari Melaka sponsor cup cake dan brownies. Terharu sangat mommy mereka datang dari jauh. 
LadyDaissy Pastry
#LadyDaissyDoorgift

Banner 7 kaki x 7 kaki di sponsor oleh Dexsign & Printing
Design&Printing 
#dexsignprinting

Kekacang dari Aniq Sya buat makan sambil tengok tv memang auumm. 
Aniq sya 
#aniqsyaquqiz

Homemade cookies ni ada macam-macam tau. Dari aneka jenis kek sehingga aneka jenis kuih raya. Haa dah tak berapa lama lagi nak raya. Boleh usha kuih raya
Homemade Cookies 
#myhomemadecookies

Mommy peminat jus kedondong asam boi Man Java ni. Jadi mommy minta kak sue sponsor air. Hehee sedap tauu
Jus kedondong asam boi 
#manjavakedondongasamboi
FB: Man Java 

Reqa Creative juga menyediakan perkhidmatan doorgift, hantaran dan macam-macam lagi.

Reqa Creative
#reqacreative
FB: reqacreative 

Balik dari 1stEFGathering macam balik shopping. Semua happy! Harap boleh jumpa lagi tahun depan! 

Penat tu normal lah. Kemas rumah tak habis lagi kan. Tapi rasa tak cukup masa. Next gathering kena buat 3 hari 2 malam lah. Ada yang nak sponsor? Haha

4 comments:

  1. Penat tp seronok. Thankz semua..!!!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. memang terbaik la 1st gathering EFG!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. rezeki kita.. banyak sponsor..! hehehehehe.. paling penting dan terpaling penting lagi penting dari segala yang penting adalah....

    tukang sponsor lokasi iaitu Mommy Irra (Puan Penge'muda' EFG) kalau tak, entah kat mana kita nak buat gathering ni kan.. huhuhuhuu..

    TQ Irra jemput kami ramai2 ke rumah irra.. :)

    ReplyDelete