BERBUKA PUASA/BUFFET RAMADHAN DI BANGI GOLF RESORT


Bersempena bulan Ramadhan tahun ini, Bangi Golf Resort Restaurant dengan bangganya mempersembahkan Buffet Ramadhan yang bermula dari 21 Jun 2015 sehingga 15 Julai 2015.

Untuk makluman semua, Bangi Golf Resort Restaurant (BGR) merupakan salah satu daripada hanya beberapa resort golf di Malaysia yang telah menerima perakuan Sijil Halal daripada JAKIM,


HARGA BUFFET RAMADHAN BGR MURAH  BERBUKA PUASA BANGI GOLF RESORT
pic kredit to www.projektravel..com










Buffet Ramadhan BGR Murah dan Sedap

Buffet Ramadhan BGR ini digemari ramai kerana kepelbagaian juadah dan kualiti masakan yang disediakan. BGR menawarkan pelbagai jenis sajian istimewa sehingga 200 pilihan! Dengan harga yang bermula dari RM55 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak-kanak, Buffet Ramadhan ini menyediakan berbagai jenis hidangan bufet termasuklah masakan Melayu popular, sajian Barat dan masakan Timur yang digemari ramai.

HARGA BUFFET RAMADHAN BGR MURAH  BERBUKA PUASA BANGI GOLF RESORT
Cooking Showcase BGR : Kambing Bakar

Pada tahun 2015 ini, ‘pasukan dapur’ BGR telah menghasilkan pelbagai hidangan yang pasti ‘menggiurkan’ dan bakal membangkitkan selera para tetamu. Para tetamu BGR boleh menikmati Cooking Showcase BGR tahun ini yang menampilkan Kambing Bakar, iaitu kambing yang dipanggang secara perlahan di atas bara api dan Sup Kambing Mamak. 

HARGA BUFFET RAMADHAN BGR MURAH  BERBUKA PUASA BANGI GOLF RESORT
Daging kambing yang sangat lembut

Di stesen ini, chef BGR menghidangkan tetamu dengan hirisan daging kambing yang baru sahaja dipanggang dan menyediakan sup kambing panas yang akan menghangatkan selera. 

HARGA BUFFET RAMADHAN BGR MURAH  BERBUKA PUASA BANGI GOLF RESORT
Sate yang sangat sedap

Para pelanggan juga boleh menikmati Sate Daging dan Ayam yang dihidangkan dengan Kuah Kacang yang dibuat sendiri serta Kway Teow Goreng dan Mee Goreng Mamak yang digoreng panas secara live.

HARGA BUFFET RAMADHAN BGR MURAH  BERBUKA PUASA BANGI GOLF RESORT
Mee goreng mamak yang memang superb. Sangat lazat!

Di bahagian Western Appetizer pula, para tetamu disajikan hidangan dengan sentuhan gastronomi isitmewa seperti Krim Ayam Salai dengan Bawang Focaccia Panggang dan Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. 

HARGA BUFFET RAMADHAN BGR MURAH  BERBUKA PUASA BANGI GOLF RESORT
Wajib cuba! 

Hidangan ini sungguh menyelerakan dan chef BGR dengan senang hatinya akan menyajikan hidangan tambahan atas permintaan tetamu! 

HARGA BUFFET RAMADHAN BGR MURAH  BERBUKA PUASA BANGI GOLF RESORT
Grilled Boneless Chicken with Creamy Mushroom Sauce

Bagi pilihan masakan Barat yang lain yang lebih enak dan klasik, kami mengesyorkan Beef Lasagna dan Grilled Boneless Chicken with Creamy Mushroom Sauce.

HARGA BUFFET RAMADHAN BGR MURAH  BERBUKA PUASA BANGI GOLF RESORT
Beef Lasagna

Di sudut Menu Utama Tempatan dan Masakan Timur pula, pasukan dapur BGR menyediakan pelbagai pilihan juadah seperti Butter Prawns, Teriyaki Chicken, Black Pepper Beef dan Fish Fillet dengan Sos Serai dan tidak dilupakan hidangan popular kegemaran ramai seperti Sambal Sotong Kembang, Ayam Masak Ros dan Rendang Daging Tiak Minyak.

HARGA BUFFET RAMADHAN BGR MURAH  BERBUKA PUASA BANGI GOLF RESORT
Menu Utama Tempatan dan Masakan Timur

Pada setiap Buffet Ramadhan di BGR sudah menjadi kemestian pelanggan untuk menikmati pencuci mulut di sini. Aiskrim Pacojet dengan rasa unik Teh Tarik, Tembikai Susu dan Bunga Kantan amat digemari oleh pelanggan kami tanpa mengira usia. Aiskrim ini dihasilkan menggunakan teknologi yang sering digunakan di restoran-restoran mewah dan ianya haruslah dicuba. Rasailah perbezaannya berbanding aiskrim-aiskrim lain!

Yummilicous ice cream

Para tetamu juga boleh mengakhiri jamuan mereka dengan juadah manis(<--klik sini) di ‘Live Station’ Spanish Churro dengan kuah coklat yang pekat. Di sudut ini, terdapat pelbagai jenis kuih muih buatan kami sendiri, pudding, agar-agar dan buah-buahan tropika dan tempatan. Para tetamu juga akan rambang mata dengan pelbagai pilihan popular Barat seperti Italian Tiramisu, Chocolate Éclair, Blueberry Cheese Cake, Red Velvet Cake, Young Coconut Jelly, Crème Caramel, Mix Berry Panna Cotta dan ciptaan eksotik kami yang terkini untuk tahun 2015 – Infused Chocolate Ganache Tartlet.

Pada Buffet Ramadhan tahun ini, sekali lagi Bangi Golf Resort akan memperkenalkan konsep ruang dapur terbuka. Ruang moden yang baru dibina ini akan memaparkan hiburan di dapur, yang membolehkan tetamu menyaksikan secara langsung chef-chef BGR menyediakan hidangan dan berinteraksi dengan mereka. Pada masa yang sama, tetamu akan dihiburkan dengan alunan muzik Melayu Tradisional yang didendangkan secara live oleh sebuah kumpulan kugiran dari pukul 6:30 petang sehingga 9:30 malam setiap hari. 

Kemudahan yang disediakan

Bangi Golf Resort juga menyediakan sebanyak 800 tempat letak kereta secara percuma. Kemudahan lain seperti Surau Lelaki / Perempuan juga disediakan untuk keselesaan tetamu.

Seperti yang dikatakan oleh Chef Kamaruddin, “Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort Restaurant ini sentiasa menjadi pilihan kegemaran untuk berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan dan kenalan perniagaan sepanjang bulan Ramadhan. Kami sentiasa memperkenalkan hidangan baru untuk memastikan kepelbagaian hidangan yang ditawarkan dan pada masa yang sama, kami juga bekerja keras untuk mengekalkan keenakan rasa tradisi masakan kami secara konsisten agar pelanggan kami sentiasa datang kembali."

Lokasi Bangi Golf Resort:

Bangi Golf Resort Restaurant Sdn Bhd
No.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor, Malaysia
Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E
Tempahan & Pertanyaan : + (603) 8925 3728 / + (603) 8210 0265
Laman Web : http://www.bgrrest.com
Facebook : https://www.facebook.com/BangiGolfResortRestaurant
Email : bgb.bangigolf@gmail.com
Waktu Operasi : 6.30 pagi – 9.30 malam setiap hari

Bangi Golf Resort juga menawarkan Pakej Perkahwinan, Majlis Makan Malam, Seminar dan majlis-majlis lain.


p/s: Tempahan boleh dibuat seminggu sebelum puasa.

16 comments:

  1. Replies
    1. semuanya sedap. tempat pon selesa. anak2 leka bermain

      Delete
  2. Nampak sedap sangat makan kat situ...

    ReplyDelete
  3. Singgah petang...
    memang setiap tahun..nieyl akan carik tempat berbuka :)

    ReplyDelete
  4. rara rasa BGR mmg berbaloi lah.nt nk pergi lah.bayar pon byr lah.hehehe

    ReplyDelete
  5. Tu dia, hebat Mommy makan sebelah tangan... he he he....

    ReplyDelete
  6. dayah pernah ada dinner dekat BGR ni. best tempat dia, sedap pun sedap makanan dia. boleh lagi kalau nak pergi ni, puasa pun dah nak dekat..hehe thanks sharing info mommy irra =)

    ReplyDelete
  7. sedap nyer western food dia.
    tergoda !!!

    ReplyDelete
  8. terliur tengok especially kambing dan western tuhhhh

    ReplyDelete
  9. pehhhh sedapnyaaa! *mampu jilat skrin.huhu

    ReplyDelete