Pengasah Pisau Ikea


Masih lagi cerita di hari Sabtu. Keluar rumah seawal 8 pagi menuju ke KidZania untuk program Air Asia Kids Food Fun. DaddyG parking kereta di Ikea. Selesai event di KidZania, kami menuju ke e@curve untuk menonton wayang Big Hero 6. Seterusnya kami masuk ke dalam Ikea.

Sungguh bertenaga mommy hari ni. Dengan perut boyot berjalan aje. Sebenarnya tak ada misi ke Ikea pon. Alang-alang dah sampai masuk je la.


Adam Rayyan dah mengantuk masa ni. Bangun awal sangat dan penat berjalan. 


Anis Insyirah masih bertenaga sebab dah tidur sebelum masuk wayang tadi. 10minit je dalam ikea, Adam Rayyan dah tak boleh tahan ngantuk tadi. Jalan sambil mata terpejam. Ha ha ha. Cepat-cepat kami cari troley dan letak Adam Rayyan dan Anis Insyirah dalam troley. 



Semua orang pandang je Adam Rayyan.

"Baiknya abang tu."

Kami keluar dari ikea dengan membeli beberapa barang. Taksah la kalau tak membeli kan. 


Mommy nak share satu barang je iaitu pengasah pisau. Pengasah pisau ni lah yang menyenangkan hati mommy di dapur. Tak ada dah masalah pisau tumpul lagi.


Kali ni mommy beli untuk bawa balik ke kampung. Kenduri kahwin adik nanti mesti benda ni sangat diperlukan semasa kerja2 memotong bahan-bahan masakan.

6 comments:

  1. Assalamualaikum..lama tak jengah blog Irra..hurmm sekali jer akak jejak ke IKEA tu pun member yg bawa..hehehe

    ReplyDelete
  2. Mcm mana nk guna asah pisau tu irra? Cam menarik je benda tu..

    ReplyDelete
  3. preparation awai tu.. hehe
    selalu kt kg pkai batu asah je nk bg pisau tu tajam blik

    ReplyDelete
  4. tak makan meatball ka...biasanya orang akan bergambar dengan meatball dulu jika ke ikea...

    lepas ni kena letak pisau tinggi tinggi bahaya bila dah tajam

    ReplyDelete
  5. mcm mne nak guna dye kak ira ?? unik..

    ReplyDelete
  6. benda serba moden sekarang... Sha je masih guna cara lama... hahahhaa

    ReplyDelete