Silikon Halal Jer, So Apa Masalah Nya?


Mommy pernah kongsikan mengenai Foundation Mengandungi Silikon sebelum ini. SILIKON itu tak haram. Tetapi ia SANGAT PENTING dalam aspek TAHARAH iaitu bersuci.

Di sini mommy nak kongsikan INFO PENTING dengan semua. Silikon tidak dapat dihilangkan hanya dengan mencuci muka dengan pencuci muka begitu sahaja. Apatah lagi hanya mencuci dengan menggunakan air semata-mata.

Pihak R&D kilang yang memproses AWRA Foundation telah memaklumkan bahawa untuk menghilangkan produk berasaskan silikon pada permukaan licin (jar lab) memerlukan cucian menggunakan sabun pencuci "Axion" dan digosok dengan menggunakan span kasar pencuci pinggan mangkuk berkali-kali kerana silikon begitu sukar untuk dibersihkan.



Bagaimana pula jika silikon di permukaan kulit kita? Adakah anda mencuci wajah anda menggunakan sabun pencuci dan span seperti dalam gambar di atas? Setelah mencuci kulit wajah yang memakai produk mengandungi silikon, walaupon nampak bersih di mata kasar kita, tetapi tidak di bawah mikroskop. Produk tersebut ada di dalam pori-pori kulit. Kulit muka kita mengandungi beribu-ribu pori. Produk tersebut telah menutup dan menyumbat pori-pori, menyebabkan air tidak akan sampai ke kulit muka kita 100%.

Jika kita hanya mencuci muka dengan Air Biasa/Wet Tissue/Pencuci Muka sahaja, silikon tidak akan hilang. Maka bila kita berwuduk, air tidak akan sampai ke kulit kita. Sempurnakah wuduk kita? Itu hanya bab wuduk. Mandi wajib pula bagaimana? Fikir-fikirkan...

link

Bagaimana hendak mengenal pasti produk yang mengandungi silikon?
Silikon yang biasa digunakan dalam kosmetik ialah Cyclomethicone, Methicone & Dimethicone. Jika anda mahu mengenalpasti samada produk yang anda gunakan mengandungi silikon ataupon tidak, bacalah di produk label. Biasanya silikon berakhir dengan “-cone,” “-conol,” “-silicate,” “-silicone,” dan “-siloxane,”.

Antara nama silikon dalam bahan kosmetik adalah seperti berikut:
  1. Dimethicone, 
  2. Methicone, 
  3. Silica, 
  4. Cyclomethicone, 
  5. Dimethicone Crosspolymer, 
  6. C26 - 28 Alkyl Dimethicone, 
  7. Cyclopentasiloxane, 
  8. Dimethiconol, Disiloxane, 
  9. PEG/PPG-25/25 Dimethicone, 
  10. Bis-PEG 15-Methyl Ether Dimethicone, 
  11. Trimethylsiloxyphenyl Dimethicone,
  12. Polymethylsilsesquioxane, 
  13. Stearyl Dimethicone, 
  14. Cyclopentasiloxane, 
  15. Caprylyl Dimethicone Ethoxy Glucoside, 
  16. Trimethylsiloxysilicate, 
  17. Siloxanes D4 (Cyclotetrasiloxane), D5 (Cyclopentasiloxane), D6 (Cyclohexasiloxane), 
  18. Amino Bispropyl Dimethicone, 
  19. Aminopropyl Dimethicone, 
  20. Amodimethicone, 
  21. Amodimethicone Hydroxystearate, 
  22. Behenoxy Dimethicone, 
  23. C30-45 Alkyl Dimethicone,
  24. C24-28 Alkyl Dimethicone, 
  25. C30-45 Alkyl Methicone, 
  26. Cetearyl Methicone,
  27. Cetyl Dimethicone, 
  28. Dimethoxysilyl Ethylenediaminopropyl Dimethicone, 
  29. Hexyl Methicone, 
  30. Hydroxypropyldimethicone, 
  31. Stearamidopropyl Dimethicone, 
  32. Stearoxy Dimethicone, 
  33. Stearyl Methicone, 
  34. Stearyl Dimethicone
  35. Vinyl Dimethicone, 
  36. Dimethicone Copolyol, 
  37. Cyclomethicone, 
  38. Stearoxy Dimethicone, 
  39. Amino Bispropyl Dimethicone, 
  40. Aminopropyl Dimethicone, 
  41. Amodimethicone, 
  42. Amodimethicone Hydroxystearate, 
  43. Behenoxy Dimethicone, 
  44. C24-28 Alkyl Methicone, 
  45. C30-45 Alkyl Methicone, 
  46. C30-45 Alkyl Dimethicone, 
  47. Cetearyl Methicone, 
  48. Cetyl Dimethicone, 
  49. Dimethoxysilyl Ethylenediaminopropyl Dimethicone, 
  50. Hexyl Methicone,
  51. Hydroxypropyldimethicone Stearamidopropyl Dimethicone, 
  52. Vinyldimethicone
Oleh itu, menjadi kewajipan kita UMAT ISLAM untuk memastikan produk yang kita gunakan adalah BEBAS SILIKON, bukan kerana ianya haram tetapi kerana status sah bersuci.

Sebagaimana mommy mementingkan penggunaan produk bebas kimia, begitu juga mommy berharap kita semua akan lebih mengambil berat mengenai silikon ini.

5 comments:

  1. Replies
    1. Aaminn. Baru bermula. Bermula dari A. :)

      Delete
  2. penerangan yg baik kak ira.. semoga sukses :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih 4 info...semoga ramai yang dapat mengambil manfaatnya :)

    ReplyDelete
  4. nice sharing..baru tahu....suka info begini :-)

    ReplyDelete