Segmen Blogwalking & Bloglist by Aniesa Ahmad

Salam, mommy join segmen lagi. Happy blogwalking :)

 sila klik banner di atas


Ceritera irrayyan di hujung minggu. Ini hari punya plan wajib 
A-jumpa doktor Anis Insyirah
B-jumpa practitioner osteopath mommy

Menurut doktor alergik Anis Insyirah masih ada 10%. Makan masa nak hilang semua. Elak makan makanan yang ada AFLATOXIN:kekacang. 
*jangan diulangi mimpi ngeriku


Adam Rayyan pon ada ruam since cuaca very very very hot ni. Tambahan pula abang memang tak reti dok diam. Melompat sana sini. And berpeluh je badan dia. Tanya doktor: "oh biasa je ni. Nanti dia hilang. "
*mommy daddy kena la alert dgn anak-anak sebab ekzema ni tak mengenal usia.

Hari ni jugak baru aku tahu yang doktor ni vegetarian. Wahhh... Aku pulun cari jugak ayam: ayam kampung organik. Nak makan ayam punya pasal. Seekor rm20.50. Barang baik harga mesti mahal.

Tapi hairan la!! Ayam biasa dicucuk vaksin dan antibiotik. Lagi murah dari ayam kampung yang free vaksin dan antibiotik. Kos vaksin dan antibiotik tak mahal eh?? Tengah menaip ni baru muncul sebabnya. Ooo Ayam ni pon ada penyakit. Jadi senang nak kawal penyakit dengan antibiotik. Amboii mati lah segala bakteria baik dia!!?$"@;: Dalam kes begini, kos penjagaan rapi si Ayam Kampung Organik yang hanya diberi makan makanan organik la yang meningkatkan kos ayam ni. Hurmmmm memang terasa nak bela ayam, bela kambing, bela lembu sendiri macam ni... (Macam kau mampu irraaaa)


Tadi daddy dah belanja banyak untuk Anis Insyirah, so mommy pulak nak belanja makan. Sebenarnya nak belanja anak tekak sendiri kan? Alasan baik punya! Hahaa.. 


Asam laksa kat sini memang superb. Sampai kami laki bini jatuh cinta dengan asam laksa ni. Saja nak komen sikit pasal apa yang aku tahu. Mangga blended tu sihat dah. Tapi sebab letak gula, jadinya kosong lah. Asam laksa pulak guna MSG. Wlpon ada isi ikan, salad, timun, adakah asam laksa dalam kategori sihat sebab mengandungi MSG? Takpe mommy, sekali sekala layan anak tekak. Pasni cari air kelapa cuci darah :D


Adik tengok saja lah yer. Hihi. Tu yang muka macam tu. Apa pon tak boleh makan. Pity you. Adik kan ada susu lemak manis yang tak dapat dibeli. Paling mahal di dunia tau! 


Adam Rayyan ni tengah membesar dengan jayanya. Sel otaknya sedang berkembang. Memang tak reti dok diam lah. Takpe. Keep learning my son.


Habiskan fries tu. Jangan membazir. Then dia pon ngap ngap ngap habiskan fries. 
Adam Rayyan: "Dah habisss."
Mommy: "Okey. Good boy!"


Naik level atas jap nak tengok kerusi meja besar kat ruang legar SACC Mall. Giler besar meja makan untuk sambut puasa dan raya. 


Dekat luar tempat bayar parking ada jual bunga-bunga. Mommy amat tertarik dengan bunga ni. Lama dah ku pandang-pandang ku jeling-jeling. Hari ni berjaya kumiliki. Tq daddy! 


Next: pegi One Osteo Clinic untuk appoinment mommy dgn Aureli. Adam Rayyan layan mainan yang disediakan.


Mommy buat rawatan apa? Mommy jalani rawatan osteopath ni sebab mommy punya tulang pelviks sakit bila berdiri dan berjalan lama. Berdiri 10minit dah sakit. Berjalan kat tesco beli barang pon sakit. Dukung anis lama-lama memang tak boleh la. Hari ni rawatan kali ke4. Alhamdulillah. Sekarang berdiri basuh pinggan/masak tak sakit dah. Jalan lama-lama pon tak sakit dah kat tulang pelviks tu. Penat tu biasalah. Yang kelakar masa rawatan hari ni mommy sampai terlena. :D



Mommy Irra,
14/6/2014

12 comments:

  1. goodluck ! happy blogwalking yaa.. ~ ^_^ ##

    wahh ! asam laksa.. laporr jer neh tetiba.. huhu .. ~~ ^_^
    btw, keep on the treatment ya, ~ ^_^
    hehe, sambil menyelam minum air, untung2 dpat bunga.. huhu. best3

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq leen...hihi asam laksa terbaik kat shah alam nie..boleh try nnt :D

      Delete
  2. singgah dr segmen yg sama.
    done follow :)

    http://raingers90.blogspot.com/2014/06/segmen-blogwalking-bloglist-by-aniesa_17.html

    ReplyDelete
  3. السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
    Ade singgah dari segmen yang sama

    http://freejustforu.blogspot.com/2014/06/segmen-blogwalking-bloglist-by-aniesa.html

    ReplyDelete
  4. * sedapnya ~~ Terima kasih sudi join :)

    jom blogwalking sama-sama :)
    http://aniesaahmad.blogspot.com/2014/06/senarai-peserta-segmen-blogwalking.html

    ReplyDelete