Menu pizza sudah tidak asing lagi di kalangan penduduk Malaysia. Hampir setiap negeri di Malaysia ada tempat makan pizza yang boleh dikunjungi, termasuk Pulau Pinang. Di Penang ada banyak tempat makan pizza yang menarik cuma perlu dipastikan mana satu halal dan mana satu tidak.
Antara tempat makan pizza yang mendapat tempat di hati warga Pulau Pinang ini adalah seperti :
1. US Pizza
US Pizza popular dengan pizza asli buatan tangan yang dibuat dengan tepung premium yang menjadikannya pizza Amerika terbaik yang pernah anda rasa. Walaupun mereka mempunyai topping biasa seperti pepperoni dan triple cheese, ramai mengesyorkan untuk cuba Salted Egg Pizza.
Kelembapan dari telur melengkapkan rasa keju dengan sempurna. Dikatakan bahawa mereka menyediakannya dengan begitu baik sekali sehingga akan membuatkan anda makan sampai tahap menjilat jari.
2. Pizza Station
Restoran pizza tempatan ini telah dibuka selama lebih dari sepuluh tahun jadi tidak hairanlah jika terdapat ramai orang yang berkunjung ke restoran ini. Anda sememangnya harus mencuba menu yang telah menjadi kegemaran tempatan, iaitu Flaming Chicken.
Pizza ini terkenal dengan kerak “Extreme Cheese”nya anda akan mendapat tarikan keju yang sememangnya menguirkan bagi sesiapa yang melihatnya. Doh disebarkan secara merata dengan lapisan sos tomato pedas, diikuti dengan mozarella parut. Di atas semua ini, anda disajikan dengan potongan ayam pedas, nenas, paprika hijau, cendawan butang dan bawang.
3. Syed’s Street Pizza
Tempat pizza ini sangat sesuai kepada anda yang ingin bersantai dan beristirahat setelah seharian berkerja. Susun atur tempat pizza ini luas, jadi jika anda ingin berkunjung dalam jumlah yang besar tidak akan menjadi masalah.
Terdapat pelbagai perkara yang diperkatakan tentang Veggie Pizza yang terdapat di sini. Walaupun hidangannya ringkas, anda semestinya akan berpuas hati dengan bahan-bahan segar yang digunakan dan anda akan menyukai tarikan keju pizza tersebut.
4. OLIVIA’S
Ramai telah mencuba pizza Smoked Chicken di sini. Jika anda bertanya kepada sesiapa yang pernah berkunjung ke sini mereka mesti akan menyarankan agar anda memesan kerak pizza yang nipis bagi mendapatkan rasa yang maksimum. Rasa ayam salai mereka yang kompleks membuatkan pizza di sini mempunyai peminatnya yang tersendiri.
5. Restorante Bella Italia Pizzeria
Suasana restoran yang merendah diri ini menyerupai kedai pizza di jalan-jalan berbatu yang terdapat di Itali. Restoran ini sesuai buat anda yang ingin berduaan dengan orang yang tercinta.
Dapatkan sepiring sotong goreng untuk permulaan sebelum anda menjamu selera dengan Salmon Pizza mereka yang terkenal. Kesegaran potongan salmon yang tebal di atas roti yang renyah sememangnya berpatutan dengan harga yang dibayar. Akhiri makan malam anda dengan hidangan Tiramisu yang dibuat dengan keju mascarpone.
Seperti yang telah dikatakan tadi, tidak semua tempat makan pizza ini halal. Kadang ada yang berstatus ‘pork free’ tapi di premis tersebut masih ada penjualan minuman keras. Ini juga bercanggah dengan orang Islam.
Baik restoran di atas mahupun tempat makan pizza yang lain, salah satu cara untuk makan pizza tanpa perlu buang masa dan penat adalah melalui servis pizza delivery. Dengan menggunakan servis pizza delivery dari Foodpanda, status makanan boleh dilihat dengan jelas sebelum pesanan di buat.
Dengan servis Foodpanda ini juga, tidak kira di mana berada dengan mudah boleh buat pesanan. Tanpa perlu keluar dari rumah, tetap boleh makan sedap bersama ahli keluarga.
![]() |
| Pinjam gambar google : KWC Fashion Wholesale |
Takpe, kita try je lah masuk parking biasa ni. Dah masuk baru tahu charge parking premium beza hanya RM1. Next time boleh la guna parking premium. Dari parking terus masuk kawasan kedai.
Masa nak ambil tiket parking, dah ada staf kiri kanan bersedia nak tembak dahi. Haha nak ambil suhu semua yang ada dalam kereta. See! SOP ketat. Kalau demam jangan gatal la datang ye. Terus kena hambat balik nanti.
Mommy dah lama berangan nak shopping kat sini tau. Tapi dengan anak 5 orang, susah la nak berjalan jauh. Baru jalan 5
minit dah keluar soalan "Mommy, bila nak balik?". Baru je masuk
dah ajak balik! Sebab tu lah mommy kena cari tempat shopping yang selesa dan
harga yang mampu milik.
Dengan suasana bertema #MekarDiAidilfitri, lebih bersemangat
mommyirra nak shopping walaupon berpuasa dan kena kawal 5 orang budak yang
macam-macam ragam tu.
![]() |
| Baby Changing Room KWC Fashion Wholesale |
Dah misi cari baju raya, jadi kita memang beli baju raya lah. Bila mata mommy singgah tengok blouse cantik, baju baby comel-comel, seluar murah-murah, daddy warning "cari baju raya duluuuu". Arghh daddy nieee. Serius laa teringat sampai sekarang t-shirt baby rm5. Seluar pon rm5. Ok apa kalau beli. Mana nak jumpa tempat lain. Tapi bila dah habis beli baju raya, kau pon tak sabar nak masuk kereta😂 Kaki sakit weh. Masa jalan tadi bukan tak sakit, tapi mommyirra TAHAN sakit.
Anak anak pula bila lalu bahagian mainan, "Mommy nak
ni. Daddy nak ni." . Tapi as usual mereka dah kenal daddy mereka. Memang tak akan dapat la. Hahahahahaha mujur tak ada adegan hentak kaki guling guling minta mainan. Bila lalu bahagian makanan atau minuman pon kena buat tak tahu sebab puasa kan. Nak berbuka puasa kat sini pun boleh.
Yang ni pon mommyirra nak mention. Ruang untuk berjalan kat sini luas walaupon kiri kanan ada kedai. Tak la berlanggar bontot. Orang ramai tapi tak sesak. Kami yang ada anak ramai ni, tak lah payah nak ke sana sini. Nak elak anak berlari ke sana sini, mommy bawa stroller 2. Lift pon banyak, jadi perjalanan kami lancar je.
![]() | |||
| Nampak macam tak ada orang, tapi orang ramai je... |
|
Selalu raya, mommy pilih tema. Mommy pilih baju. Kali ni daddy pilih. Daddy berkenan baju tu. Dia beriya suruh anak cuba. Ok la ok la. Kasi chance la kat daddy. Anak 5 jadi setiap orang cuba akan ambil masa yang lama lah. Lepas anak, daddy mommy pula.
![]() |
| Daddy cuba baju. Ni untuk tengok saiz sahaja, bukan color pilihan |
![]() |
| Baju Adam yang lama langsung tak boleh pakai. Ya la makin membesar dah. |
Di depan kedai ada kerusi rehat. Bila anak awak dah penat, suami awak pon penat. Mereka tunggu kat kerusi. Mommy terus mencari baju. Dah jumpa boleh panggil "gamit gamit" je minta daddy tengok dan bayar.
Dah sudah beli baju, mommyirra cari tudung pula. Weiii nak bagitahu ni, tudung murah murah, lawa lawa. Mommy beli 5 tudung rm60. Ingat nak beli lagi, tapi kesian kat daddy...hahaha.
![]() |
| Seronok memilih tudung/shawl murah murah |
![]() |
| Ni mommy berkenan tudung bawal kanak-kanak. Satu RM8. |
Seterusnya kami cari kasut. Rupanya daddy dah aim kasut kat ground floor. Kasut berjenama ada sale 80%. Dah beli kasut raya, anak anak mintak kasut harian. Dapat lah seorang dua pasang kasut. Mommy pon nak juga! Beli kasut untuk mommy satu.
![]() |
| Seller lah melayan anak mommy. Mommy dah penat. |
![]() |
| Aara Ayra dengan selipar baru |
![]() |
| Belanja dan Tebu di KWC Fashion Wholesale |
![]() |
| mommyirra shopping sakan di KWC Fashion Wholesale |
Ada satu kedai tu jual baju kaler off white je. Lawa sangat. Nak beli baju sedondon anak beranak senang kat sini. Beli banyak, murah lagi. Tak sabar mommyirra nak datang lagiiiiii.
Haaa last, jangan lupa sertai peraduan KWC Style Rayaku
OOTD. Boleh menang sehingga RM1000 dengan cara:-
1) Ambil pic kat KWC Fashion Wholesale
2) Upload di FB dan Tag 3 friends
3) Guna hashtag #KWCStyleRayaku + #KWCFashionWholesale
4) "Public" kan post.
![]() |
| Rasa tulang je |
![]() |
| Comel pula gambar ni, pinjam eh pakcik google. |
![]() |
| Lupa mommy nak snap gambar Amal minum susu sahur pagi tadi |
![]() |
| Aara dan Ayra suka sangat susu Nouqman |
![]() |
| Kaki adik Aara & Ayra tu rasa nak gigit gigit jee |




























