Masa mommy pergi meminang untuk adik ipar di Kuantan tempoh hari, mommy singgah ke rumah blogger Papaglamz. Papaglamz dipanggil dengan nama "papa" siap masak special untuk kami. Oh ada juga blogger lain berkumpul di sini.

Menu wajib mesti lah kek coklat by hot papa. Papa ni pandai buat kek. Orang kuantan boleh tempah kek dengan papa.
Antara blogger lain yang datang adalah Aami. Aami blogger kuantan juga. Tapi selalu juga Aami turun event. Sebelum ni Aami tinggal di KL. Baru juga lah Aami berpindah ke Kuantan.
Menu utama papa untuk kami adalah Nasi Ayam. Terima kasih papa.
Zoom ayamnya. Sedap weh. Untungnya Saadiah(wife papa). Mommy kalau tak rajin nak masak, ajak makan kat luar saja la. Tok laki tahu masak air sahaja. Hehee
Ayam untuk Nasi Ayam by Papaglamz
Zoom out kek coklat. Bukan nak puji melambung, tapi sungguh la hebat seorang lelaki. Masak pandai. Menjahit pandai. Serba serbi boleh buat.
Suami mommy lagi hebat. Mana ada orang sanggup buat sistem free. Namun untuk menyenangkan isterinya, terhasillah AFB Auto-scheduled Feed. Haha nanti ada makcik bawang kata apa lah mommy puji laki orang. Hello laki kita lagi hebat tau. Sistem tu laki kita seorang ja tahu. 
link
Eh ada juga blogger lain yang datang. Shark dan kak ita. Lama juga la ada kat rumah papa sanpai daddyG dah berkali-kali tanya bila nak balik. Driver penat memandu jauh dari Meru. 
Hujung bulan April mommy nak turun Kuantan lagi. Cuma kali ini agak padat mungkin tak ada masa untuk program lain. Hari tu tunang, kali ni nikah pula. 

Terima kasih papa menyenyangkan perut kami dengan nasi ayam dan kek coklat. 
Hubungan mommy dengan jiran agak baik. Terutamanya ibu-ibu yang bekerja di rumah. Mommy kalau tak ada kerja, rajin lah singgah rumah mereka. Tapi kekangan masa, susah juga kami nak bersua muka. Namun kami boleh bersembang hari-hari di group whatsapp yang ditubuhkan pada 12 September 2015. Masa ni mommy tak ada lagi sebab mommy pindah pada bulan Mac 2016.
Oosem group. Nama selalu bertukar ikut mood admin.
Sebelum ini, mommy berada di Bandar Bukit Raja dan Seksyen 8 Shah Alam hanya mengenali jiran rumah sebelah sahaja.

Di Meru ni seronok, petang-petang boleh bersembang. Kadang-kadang mereka buat makan-makan. Atau keluar medang sama-sama. Atau keluar ke pasar pagi sama-sama.

Cuma sejak Adam dah mula bersekolah sahaja mommy jarang keluar petang hari. Masa tu mommy sibuk nak siapkan makan malam dan siapkan Adam pergi tuisyen pukul 8 malam.

Baru-baru ni group Oosem adakan majlis makan-makan. Makan-makan hanya untuk ahli group Oosem di rumah Mama Nor. 
Belum cukup 1 orang
Group Oosem ada seramai 12 ahli iaitu Mama ida, Mommy irra, Kak ina, Ibu ida, As, Kak mai, Kak ju, Mama nor, Mama anne, Ibu nah, Tini dan Kak Zaimah.
Cukup dah 12 orang
Semestinya acara bergambar adalah acara wajib. Bergambar dari awal majlis sehingga habis. Tempek pula dekat blog ni buat tatapan tua-tua nanti. 
Freestyle
Over lighting
Majlis dimulakan dengan ucapan tuan rumah. Segan segan pula mama nak buat ucapan. Terima kasih mama menjayakan majlis yang sangat meriah ni.
Mama nor
Kawan-kawan mommy
Kemudian ada suprise untuk kak zaimah dan mama ida. Birthday mereka bulan april. Birthday kak zaimah dah lepas, birthday mama belum lagi.
Happy birthday ibu zaimah dan mama ida
Kek red velvet di buat oleh kak ju. Manakala pulut dibuat oleh ibu nah. Kek tu sedap sungguh. Sedap lagi dari secret resepi atau mc cafe. Kak ju kata pertama kali buat red velvet. Wow hebat kak ju sekali buat dah sedap sangat. Nak kena tempah la. Teringin nak makan lagi. 
Bergambar bersama ahli group oosem
Yang nampak lebih gempak majlis ini siap ada backdrop. Ada juga la hasil tangan mommy siapkan backdrop petang sebelum majlis.
link
Dah siap bergambar, kami teruskan dengan bacaan doa dan makan. Ada macam-macam seperti dalam gambar di bawah:-
Nasi keluban
Nasi keluban ni punca terjadinya majlis malam ni. Mama nor ajak makan nasi keluban sama-sama pada mulanya. Tak sangka jadi majlis yang meriah.
Tembikai
Ibu nah buat agar-agar dan suprise pulut kuning.
Agar-agar ibu nah
Mama ida buat jeruk mangga. Pedas dan sedap.
Jeruk mangga mama ida
Meriah dan riuh rendah dengan ibu-ibu dan anak-anak.
Meriah 
Walaupun majlis ibu-ibu, anak-anak harus lah ikut sama. Anak-anak yang besar uruskan aktiviti dan jadi photographer.
Jam menunjukkan pukul 10. Ada yang nak bekerja esok hari. Jadi majlis diteruskan dengan sukaneka. Permainan pertama adalah tiup belon paling besar.
Mommy kalah tipis. Haha adoi mommy takut belon tu pecah.
Bergambar dengan belon kalah
Ibu nah menang belon paling besar dan dapat hadiah.
Add caption
Permainan kedua adalah makan buah tembikai paling cepat. 

Kali ini mommy menang. Bila tengok semula video. Tergelak tengok diri sendiri yang excited. 
Mommy menang makan tembikai paling cepat
Selfie lagi
Anis sebenarnya nak bodek bekas air tu kan haha
Seterusnya kami main kerusi muzik. Kejang perut gelak masa main permainan terakhir ini.




Ibu menang hadiah kerusi muzik. Walaupun ibu paling veteren di kalangan kami, namun ibu lah paling bersemangat. Siap menang dua permainan.
Ibu menang kerusi muzik
Seterusnya setiap ibu-ibu Oosem mendapat hadiah daripada nombor bertuah masing-masing.
Kak Ju
Ibu
As
Mama Anne
Kak Zaimah
Kak Ina
Kak Ida
Mommy dapat apa tu?
Hehe ini hadiah paling rare mommy pernah dapat. Pencuci jamban. Jamban rumah mommy putih dah okey sebelum dapat pencuci jamban ni. Terima kasih na.
Oh pencuci jamban pink
Sebelum majlis berakhir, kami bergambar sekali lagi. 
Bergambar dengan hadiah masing-masing
Freestyle. Haha sporting semua
Majlis kali ini sangat meriah dengan kehadiran semua ahli group Oosem. Kita semua memang awesome. 

Mommy dah request dengan mama nor untuk buat selalu majlis macam ni. Hahaha best giler. Semua orang hanya keluar belanja RM10 sahaja. 

Majlis sebegini boleh mengeratkan lagi hubungan sesama jiran. Macam mommy sendiri, keluarga jauh. Jiran-jiran ni dah jadi macam keluarga sendiri. Syukur alhamdullilah ada jiran yang baik.
Miang Kham adalah hidangan pencuci mulut daripada Thailand. Melihat jiran-jiran menempah Miang Kham, mommy turut serta menempah. Harga satu kotak Miang Kham RM10. 

Miang Kham

Miang kham
Miang Kham
Comel elok je disusun dalam kotak kek. Ada 20 helai daun kaduk. Bahan-bahan lain seperti :-

Limau Nipis - buang empulur & cincang dadu kecil
Bawang besar merah - cincang dadu kecil
Cilipadi - hiris
Udang kering - sangai garing
Kelapa parut - sangai hingga perang
Kacang tanah - panggang
Sos
link
Rasanya sedap. Kalau tengok bahan-bahan tu senang je nak sediakan. Cuma kena belajar buat sos. 

Cara-cara untuk makan; Ambil sehelai daun kaduk, letakkan serba sedikit semua bahan-bahan salad bersama sedikit sos. Bungkus dan boleh terus makan. Ya Allah. Nikmatnya.

Ini resepi sos mommy jumpa dekat blog karangkraf. Mana tau satu nanti mommy teringin lagi, boleh buat sendiri. #rajinke

BAHAN-BAHAN SOS:
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci belacan - panggang
2 batang serai
1 ketul gula kabung @ nise
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan kacang tanah panggang - kisar kasar
1 sudu makan kelapa parut - sangai & tumbuk kasar

CARA-CARA MEMBUAT SOS:

1. Halia, lengkuas dan serai dihiris halus lalu dipanggang/sangai dalam kuali tanpa minyak hingga garing keperangan.

2. Tumbuk bahan-bahan sangai hingga lumat bersama belacan panggang.

3. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi ke dalam kuali lalu masak atas api yang sederhana bersama gula kabung serta sos ikan. Masak hingga semua bahan sebati dan likat. Jika terlalu pekat boleh tambah sedikit air.

4. Masukkan kacang dan kelapa kisar lalu gaul rata. Sedia di hidangkan bersama bahan-bahan salad tadi.

Info chef:  

*sos ikan boleh dikurangkan kuantitinya jika terlalu masin.

*gula kabung boleh di tambah kuantitinya jika sos kurang manis.

*rasa sos haruslah seimbang; masin dan manis.

*ada juga yang tambah udang kering panggang yang dikisar halus ke dalam sos.

Rupanya resepi ni pon di ambil dari Chef Sue M Arukin. Pinjam ya Chef tempek kat sini. 


Promo AirAsia kembali! Mommy belum pernah ke luar negara. Mommy pernah naik AirAsia ke Kelantan, Pulau Pinang dan Johor.

AirAsia buat promo Buy Now Fly Now AirAsia X ke
❤️Maldives
💚Kaohsiung
💛Taipei
🧡Jaipur
💜Shanghai
🖤Seoul
💙Busan
❤️Aukland
💚Honolulu



Booking Period: Now till 15 Apr 18
Travelling Period: Now till 30 Sep 18


Harga kau orang boleh tengok kat bawah:-
AirAsia ke Maldives
AirAsia ke Kaohsiung
AirAsia ke Taipei
AirAsia ke Jaipur
AirAsia ke Shanghai
AirAsia ke Seoul
AirAsia ke Busan
AirAsia #VacayWithAirAsiaX
AirAsia ke Auckland
AirAsia #VacayWithAirAsiaX
AirAsia ke Honolulu
Fare: RM209

Info lanjut di https://www.airasia.com

#VacayWithAirAsiaX #travel #traveling #vacation #visiting #instatravel #trip #holiday #tourism #tourist #airasia #irrayyandotcom #bilanakgmaldivesni #maldives #tiketmurah
Baby wipes Tollyjoy adalah antara baby wipes kegemaran mommy. Bau baby wipes Tollyjoy sedap. Tanpa pewangi.

Baby wipes adalah salah satu barang wajib mommy bawa ke mana-mana.

Baby wipes penting apabila sumber air jauh. Masalah bila tak ada air selesai bila ada baby wipes. Namun kalau ada hajat besar, minta maaf lah. 

Baby wipes penting apabila mommy malas nak mencari air. Bilik air/sinki dekat sahaja tapi mommy malas. Guna sahaja baby wipes.

Baby wipes Tollyjoy

Baby wipes Tollyjoy | Cuci tangan dan mulut anak selepas makan aiskrim
Mommy akan guna baby wipes untuk cuci makeup sebelum membasuh muka. Kalau mommy terus basuh muka dengan pencuci, kesan makeup seperti foundation, eyeliner dan mascara masih ada.

link
Ada jenama baby wipes yang bau tak enak dan tak mesra pengguna. Tak mesra pengguna ni seperti nak ambil satu tapi keluar banyak. Kan dah membazir pula. Ada yang baby wipes tu rasa kasar tak sesuai untuk kulit anak yang gebu. 

Jenama apa pun, baby wipes tetap sangat berguna kepada ibu-ibu. Mommy tak pernah lupa untuk bawa baby wipes dalam handbeg.