petua tanak/masak nasi
petua tanak/masak nasi
Mommy Irra nak berkongsi petua tanak/masak nasi. 

Basuh beras 3x
-Bilasan pertama baca al-Fatihah
-Bilasan kedua baca al-Inshirah
-Bilasan ke3-selawat

Dulu-dulu tiap kali masak nasi mesti mak ingatkan tentang bacaan ayat-ayat ni. Patuh pada arahan seorang ibu. Tanpa bertanya sebab dan asbab sehingga kini menjadi amalan harian. Pandangan peribadi mommy Irra, setiap butir bicara kita adalah doa. Lebih-lebih lagi doa ibu adalah doa yang mustajab. Mendoakan kesejahteraan diri dan keluarga bukan hanya ketika selepas solat. 


Mari kita sama-sama selami dan fahami satu persatu terjemahan ayat-ayat dalam surah al-Fatihah dan al-Inshirah

1. Al-Fatihah

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

94. Al-Inshirah

[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6] (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Kenapa mak suruh baca Fatihah dan Alamnashroh ketika basuh beras. Mak jawab: "Untuk menyucikan hati dan jiwa. Minta dijauhkan dari segala penyakit."

Boleh juga ditambah ayat pelembut hati Nabi Daud semasa masukkan air terakhir.
“Ya Allah, lembutkanlah hati mereka sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi"
Doa ini untuk melembutkan hati sendiri, suami dan anak. Doa-doa ini kena selalu-selalu baca supaya jadi amalan harian.

Mari kita sama-sama amalkan.


with love,
Mommy Irra
irrayyan.com

Amalan Pemakanan Holistik | Makanan Organik

Sejak Anis Insyirah disahkan mempunyai ekzema di usia 3 bulan, mommy berpantang telur yang dikatakan akan merangsang ekzema.

Ketika ekzema meradang (flare up), pantang makan atau tidak, baby tetap gatal. Baby hilang gatal setelah usia sebelas bulan. 

Makanan organik akan membantu merawat ekzema secara holistik. 90% makanan proses yang ada di pasaran adalah makanan yang tidak sihat, baki 10% yang sihat adalah makanan organik.

Telur ayam kampung
Telur ayam kampung

Alhamdulillah, telur ayam kampung mudah dicari di hypermarket seperti Giant, Tesco dan Speedmart 999.



Dah setahun lebih mommy masih konsisten membeli telur ayam kampung. 

Hari tu mommy risau jugak kalau Amal pon kena ekzema. Berkat amalkan pemakanan sihat, Amal sihat Alhamdulillah. 

Semoga anak-anak mommy diberi kesihatan yang baik. Aaminn.

Mencegah lebih baik dari mengubati. Kalau dah kena ekzema ni, tak boleh dah berpatah balik. Kena hadap sampai ekzema pulih dan jangka masa pulih kita tak ketahui.

Jom amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat!


Dalam bulan puasa ni, hari-hari berbuka makan nasi. Hari-hari bersahur nasi juga. Mommy nak kelainan, terus buka entry lama-lama cari resepi mudah, ringkas dan sedap iaitu Roti Arab.

Resepi Berbuka mudah dan ringkas | Roti Arab
Roti Arab

Resepi Berbuka mudah dan ringkas | Roti Arab

Bahan A
1. 500g tepung gandum
2. 2 sudu butter
3. 1 sudu kecil yis

Bahan B
1. 250ml air suam
2. 2 sudu besar gula
3. 1/2 sudu kecil garam
4. 2 sudu minyak masak

Cara-cara menyediakannya:
1. Gaulkan bahan A menjadi seperti cebisan roti.
2. Campurkan semua bahan B.
3. Masukkan campuran bahan B ke dalam bahan A. Gaul sehingga sebati dan tidak melekat.
4. Biarkan doh selama 20-30 minit.
5. Doh tadi bentukkan bulat-bulat dan leperkan dan sedia untuk digoreng.
6. Siap! 


Roti arab ini boleh la di makan bersama kari ikan/daging/ayam.

Selamat mencuba!

Bumper Card Kit | ELC Early Learning Centre

Ben Ashaari yang beri sebelum kami balik dari event Mothercare. Terima kasih uncle Ben.

Bumper Card Kit | ELC Early Learning Centre
Bumper Card Kit | ELC Early Learning Centre

Ada 17 jenis kad yang boleh dibuat. Nama je la Adam yang punya. Tapi mesti lah mommy yang membantu menyelesaikan misi membuat kad ini.

Bumper Card Kit | ELC Early Learning Centre
Bahan-bahan yang diberi dalam Bumper Card Kit

Taraaa. Siap satu kad Pingu. Comelnya.

Pingu Card in Bumper Card Kit | ELC Early Learning Centre
Pingu Card in Bumper Card Kit | ELC Early Learning Centre

Yang lain nanti mommy upload lagi. 


pingu card
pingu card


Playdough | Mothercare Early Learning Centre

Untung lah anak-anak mommy irra dapat main playdough. Color playdough yang menggiurkan nampak macam gula-gula. Anak-anak main, mommy kena pantau. Nyaris-nyaris Anis nak masukkan ke dalam mulut. 

Playdough | Mothercare Early Learning Centre
Playdough | Mothercare Early Learning Centre

Mommy akan menjadi cikgu Seni mengajar cara bermain dengan playdough dan mommy dipaksa membuat apa sahaja.

"Mommy, buat fish."

Fish Playdough
Fish Playdough

Mommy tak over ok. Memang layan je permintaan anak-anak. Esoknya baru perasan di bawah setiap botol playdough ada acuan. So dapatlah bentuk-bentuk seperti di bawah.

Hasil menggunakan acuan yang sedia ada
Hasil menggunakan acuan yang sedia ada

Asal bangun tidur mereka cari playdough.

Hasil menggunakan acuan yang sedia ada : Kereta
Hasil menggunakan acuan yang sedia ada : Kereta

Seronok nak main playdough ni. 


Tak seronok nak mengemas je. Haha. Mommy kena menyental playdough yang melekat di lantai.

"Mommy buat fish.".

Alaaa bosan la fish aje. Mommy buatkan starfish.

Starfish playdough
Starfish playdough

Ibu seharusnya menjadi kreatif. Gigih menggentel playdough untuk anak-anak tercinta.

LadyBug Playdough
LadyBug Playdough

Anak-anak akan belajar melalui pemerhatian. InsyaAllah suatu hari nanti mereka pon boleh buat.

LadyBug and Butterfly Playdough
LadyBug and Butterfly Playdough

T_T 5 minit je bentuk-bentuk ini bertahan. Sebab tu la lepas jadi je terus snap gambar.

Cantik ke adik bila jadi begini?
Cantik ke adik bila jadi begini?