Hari ini kali kedua mommy bawa anak-anak masuk ke Farm In The City. 

Nampak je tortoise, Adam Rayyan berlari menuju ke tortoise tu. Seolah-olah macam kenal dan dah biasa sangat dengan tempat ini. 

Kemudian excited follow mommy dapatkan makanan untuk diberikan kepada tortoise tu.


Anis Insyirah pon nak bagi tortoise makan.


Gambar di bawah kami nak bagi burung makan. Malangnya seekor pon tak datang. Semua dah kekenyangan.


Rusa dan kambing je yang Adam Rayyan dan Anis Insyirah takut. Sebab rusa dan kambing terlampau berani sangat.


Anis Insyirah takut, mommy lagi sua dia kat rusa tu. Hahaha


Adam Rayyan pegang binatang apa ntah kat kawasan rabbit. DaddyG kata bukan rabbit.


Adam Rayyan nak pegang anak ayam.



Apabila anda telah tahu arah tujuan anda, sesungguhnya anda telah separuh jalan ke sana.

Apabila anda telah tahu arah tujuan anda, sesungguhnya anda telah separuh jalan ke sana.

-Motivasi Memburu Kejayaan Datuk Maznah Hamid



Semalam goreng keropok lekor, keropok tu meletop. Terpercik minyak panas ke muka. Kawasan yang pedih sekali adalah dahi. So mommy sapu ubat gigi kat kawasan dahi sahaja.

Petang baru perasan kesan percikan minyak di atas hidung. Seperti dalam gambar di bawah. Uhukk baru la terasa pedih di kawasan hidung tu.


Sedihnya. Muka pulak tu. Semoga cepat la baik luka tu.


Begitu lah cerita seorang isteri yang sakit macam mana pon akan masuk dapur menyiapkan makanan untuk keluarganya. Penat macam mana pon akan menguruskan rumah tangga. ^_____^

Dulu kecik-kecik malas sangat nak tolong mak. Sekarang dah jadi mak, baru rasa apa yang mak rasa. Tak boleh malas-malas. Malah kena jadi gagah perkasa!

I love you mak!


Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat umpana kapal tanpa nakhoda hanyut di tengah lautan, terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan.

Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat umpana kapal tanpa nakhoda hanyut di tengah lautan, terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan.

-Motivasi Memburu Kejayaan Datuk Maznah Hamid


So kena la catit matlamat tu supaya hari2 dapat tengok matlamat kita. Apa matlamat mommy irra sebagai seorang blogger?

Apa matlamat anda sebagai seorang blogger?

Apa maklamat anda?


Kebetulan semalam lalu kawasan rumah sewa lama. DaddyG kata "Lama tak jumpa aunty".

Aunty lela, jira sebelah rumah kami. Baik sangat aunty ni.

Kami masuk sekali lagi kawasan rumah lama cari kedai makan. Huwarghhh susah betul la bab nak makan kat luar ni. Kena makan makanan yang tidak menjemput sakit perut.

Bakso daddyG

Nasi campur mommy irra

Elok je nak naik kereta, Aunty Lela call. Aik aunty nampak kami ke? 


"Aunty, kami singgah rumah aunty sekarang." 

Aunty kata satu hari ni ingat irra. Hehe 

Bersama aunty lela

Adam Rayyan pon ingat lagi atuk dia. Atuk tak berapa sihat sama. Musim sakit tekak sekarang ni sebab cuaca panas.

Adam Rayyan Anis Insyirah dan atuk

Bila kita rindu seseorang, hakikat sebenarnya orang tu pon rindu kita jugak :D