Adam Rayyan dan Anis Insyirah bangun awal hari ni. Mommy bagi lepak di luar rumah ambil udara segar. Matahari awal pagi ni kan bagi Vitamin D. 


Breakfast mudah: biskut Jacobs Weetameal cicah teh o. Teh o gula organik kurang manis. 


Adam Rayyan seorang saja yang layan makan biskut macam mommy. Sedap woo. Anis Insyirah makan biskut sahaja.


Lepas tu makan pisang pulak. Yummy.


Pisang ni manis. Tu yang lagi layan makan pisang pagi-pagi hari. Bagus untuk melawaskan. Ehee


9:15 Anis Insyirah dah tidur semula. 


23 November 1973, lahir seorang putera kedua pasangan Haji Khalid dan Hajjah Rokiah di beri nama Zainuddin. 


Hari ini genap usia abang mommy irra 41 tahun. Ini gambar family abang Raya Aidilfitri 2013. Dah besar dah Arisaa dan Nafis.  


Ini gambar abang nikah. 2010. Semoga abang panjang umur, dimurahkan rezeki dan permudahkan segala urusan. I love you!

Sebulan sekali mommy pergi ke pasar memborong ikan. Kali terakhir pergi, penjual ikan tu bagitahu ikan frozen. So kali ni mommy tanya la ikan fresh atau frozen? Ikan fresh hari ni. Datang pagi-pagi tak sia-sia la hari ni. Ha ha ha

   

Mommy borong la ikan kembung 2kg. Pastu ambil ikan siakap seekor saiz yang sedang-sedang. Suruh mereka siap siang dan potong dua. So dapat la masak 2x. 


Tengok pula sotong teringat sotong goreng tepung. Jadi mommy ambil sotong 1kg.


Balik rumah singgah beli nasi lemak. Mana sempat nak tunggu masak dah. Mengamuk kelaparan nanti mommy dan anak-anak. Hahaha jadi hulk buruk nanti.


Bila dah bertenaga baru boleh buat kerja.  Dah siap cuci ikan dan sotong terus masak. Taraaaa


Alhamdulillah. Sekarang nak pergi beli barang keperluan rumah pulak. Uhuk. Penat. 


Bola bola, awak kat mana? Awak kat mana? 

Saya di sini! Saya di sini!


Sebab tu beberapa hari ni Adam Rayyan tak dapat main bola. Tak ada sapa nak ambilkan bola dia kat atas nun sana.


Tiap kali keluar akan minta bola. Huhu hari ni mommy suruh daddy ambilkan ye sayang. 


Anis Insyirah sangat obses dengan makanan. Sedia je makanan sepanjang dia berjaga. Maka baik lah mood dia.

Tadi g rumah blogger kak salina johari, dia tengok ramai sangat kawan sehingga leka bermain. Taknak makan. 

Sampai je di rumah, dia geledah semua makanan yang kak sal tapaukan. 


Dia makan bersungguh sehingga habis kek pisang. Adam Rayyan makan juga tapi tak sebanyak Anis Insyirah.


Dah habis kek pisang, dia nak nasi. Dia cuba sedaya upaya nak buka ikatan nasi. Alahai anak. Sabar la sayang.


Makan pon dia belasah kiri dan kanan. Uhuhuhu. Seronok sebenarnya anak suka makan ni. Kalau anak tak nak makan, rasa susah hati.


Tapi bila dah obses dengan makanan ni geram gak! Hahaha layan jela.