Ketika rasa lapar dan tak tahu nak makan apa, menu pizza pasti boleh membuka selera. Lagi-lagi jika makan secara beramai-ramai. Untuk nikmati menu pizza ini tidak susah, tiba masa rasa teringin, boleh terus buat pesanan dalam talian dengan mudah.


Bila tiba sesuatu hari special seperti hari jadi, ulang tahun perkahwinan atau mungkin sekadar ingin bersantai bersama ahli keluarga sendiri contohnya, tak perlu bersusah payah sediakan makanan itu dan ini kerana pizza sudah boleh melengkapkan hari tersebut. Memang seronok jika dapat makan pizza sambil menonton TV dan berbual-bual. Tambahan pula dengan menu pizza begini kecil besar tua muda tahu cara untuk menikmatinya.



Mungkin kerana orang Malaysia ini suka makan dan berani mencuba, hinggakan menu pizza dengan pelbagai topping pilihan muncul. 


Sama ada dengan citarasa ala Itali atau pizza Hawaii yang indah mengimbangi rasa masam manis nenas dengan gabungan daging ayam yang enak, semuanya boleh dinikmati dengan penuh berselera. Walau bagaimana pun, pastikan membuat pesanan dari restoran pizza yang berkualiti bagi memastikan kepuasan saat makan yang paling maksimum.


Makin seronok jika dapat makan pizza yang masih panas-panas. Maka dengan adanya banyak kedai menjual pizza di Malaysia dengan servis penghantaran online, di sini akan dikongsikan beberapa pilihan restoran untuk memesan pizza secara online dengan servis pizza delivery dari Foodpanda


1. Domino’s Pizza



Restoran pizza pertama yang best adalah Domino’s Pizza Malaysia. Melalui Domino’s Pizza ini, ada pelbagai jenis pilihan pizza dan kerak yang pelbagai. Nak kerak yang nipis, tebal, ada cheese dan ditarik dengan tangan, semuanya ada di sini. 


Tidak setakat menu pizza, makanana lain seperti pasta, ayam, pencuci mulut banyak lagi menu lain sentiasa siap sedia untuk dibuat pesanan. Semua menu yang pelbagai ini ada dalam website Foodpanda. Jom nikmati pizza lazat dari Domino’s Pizza dengan membuat pesanan dalam talian dan penghantaran akan terus di buat sehingga ke depan pintu rumah. 


2. Pizza Hut


Puaskan semua keinginan untuk makan pizza dengan Pizza Hut hari ini. Ini kerana di Pizza Hut ada pelbagai jenis pilihan topping pizza yang hanyar terdapat di restoran ini sahaja. 


Antara menu pilihan pizza yang sedap untuk dipesan adalah seperti Chicken Hawaiian, Island Supreme dan Beef Pepperoni. Jika tak makan daging, boleh order pizza dengan nama Veggie Lover dan Island Tuna. 


Pizza Hut menawarkan pizza dalam tiga saiz berlainan iaitu personal, regular dan juga large. Harganya sangat murah dan terdapat banyak promo diskaun terkini dari masa ke semasa untuk ditebus. Pesan dalam talian melalui Foodpanda dan dapatkan penghantaran tanpa perlu susah payah untuk pickup sendiri seperti dulu. 



3. Layali El Sham Restaurant



Nak makan pizza dengan citarasa Mexico? Layali El Sham ada menyajikan pizza special yang agak berbeza dari pizza-pizza yang lain. Dengan doh adunan sendiri buatan tangan di tambah dengan cara bakar dan topping yang padat dengan isi ayam dan sos, benar-benar boleh membangkitkan selera. Terdapat banyak juga tawaran potongan harga (diskaun) dari masa ke semasa. 



Nak Makan Pizza Tak Perlu Keluar Dari Rumah Kerana Foodpanda Ada Untuk Membuat Penghantaran 



Itulah dia TIGA tempat makan di Malaysia yang ada menawarkan menu pizza dengan bermacam jenis pilihan menu. Nak order juga mudah kerana ia boleh dibuat pesanan secara online melalui website Foodpanda. 


Dengan servis pesanan atas talian begini ternyata ianya sangat-sangat senang dan amat memudahkan urusan. Lagi-lagi kalau dalam keadaan risau dengan kemunculan covid19 yang masih belum ada penghujungnya ini. 


Tak perlulah beria untuk keluar dari rumah semata-mata kerana ingin beli makanan tertentu yang diidamkan. Servis penghantaran secara terus dari restoran ke rumah oleh Foodpanda ada, jadi mengapa kita perlu mengambil risiko. 


Walaupun sektor perlancongan belum boleh beroperasi lagi tetapi Malaysia sebagai sebuah negara asia yang sangat kaya dengan pelbagai jenis makanan, sememangnya sudah sangat sinonim. Malah ramai pelancong yang jatuh cinta dengan Malaysia kerana kepelbagaian makanan yang kita ada. Dan jika baru tiba di Kuala Lumpur, di sini akan disenaraikan antara 7 makanan best sekitar Kuala Lumpur untuk di cuba. 

#1-NASI LEMAK @ NASI LEMAK WANJO

Nasi Lemak Wanjo

Nasi lemak di sini memang lain macam sikit rasanya daripada nasi lemak yang dijual di tempat lain. Salah satu penyebabnya adalah resepi mereka yang memang boleh dikatakan memang legend. Mana tak nya? Resepi yang mereka gunakan adalah resepi turun-temurun yang digunakan sejak tahun 1948 lagi. 

Itu baru cerita pasal betapa legendnya resepi dia, belum masuk topik rasa dia lagi. Dari segi rasa pulak memang sangat terbaik. Menu yang diorang sajikan memang berbagai dan mempunyai aura untuk melelehkan air liur pelanggan. Senang cerita, semua jenis lauk pun ada kat sini. 

Dari pada sambal sotong, rendang ayam, sampailah ke paru goreng. Kalau korang singgah kat kedai ni, guarantee korang akan ambil lebih sampai berjenis-jenis lauk. Rambang mata!

Alamat: 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari (6.30 am – 1 am)

#2 - KARI KEPALA IKAN @ RESTORAN ZK

Kari Kepala Ikan
Restoran ZK ni memang selalu sahaja dihantui oleh ‘hantu-hantu’ kari kepala ikan yang selalu sahaja berkunjung ke sini jika tiap kali mereka mengidam akan menu tersebut. Tapi mengapa di Restoran ZK ni sedangkan ada banyak lagi restoran-restoran yang menyediakan menu ni? 
Haa… itulah yang anda perlu tahu, memang banyak keistimewaan pada kari kepala ikan di sini. Penyebab utama mestilah daripada segi rasanya kerana rasanya memang agak lain daripada yang lain kerana mereka mempunyai resepi mereka yang tersendiri dan rasanya memang sangat-sangat padu. 
Dari segi saiznya pula memang berbeza-beza, tetapi semuanya besar-besar belaka. Selain itu, pihak pelanggan mereka juga selalu memberikan pujian yang baik tentang kualitinya. Memang langsung tak menyesal.
Alamat: 76, Jalan Kampung Attap, Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari (11 am – 4 pm)
#3 - Chicken Chop @ Eye’s Steak

Chicken Chop @ Eye's Steak
Kalau sebut Chicken Chop, mesti akan terlintas dekat fikiran korang yang tak berbaloi sangat pun beli menu ni untuk hilangkan rasa lapar sebab kebanyakan kedai western menjual menu ni dengan harga yang agak mahal sampai berbelas ringgit tapi saiz dia kecil je. 
Tapi di Eye’s Steak ni, dengan cuma RM7.50 je, korang dah boleh dapat makan chicken chop yang memang besar dan kesedapan dia memang sangatlah terjamin. Kalau sekali korang imbas pun memang guarantee jatuh cinta. Macam mana boleh tak terliur bila dah nampak isi ayamnya yang digoreng rangup serta dibanjiri dengan sos lada hitam yang pekat? Tambah pula ia dihidangkan bersama dengan kentang goreng dan coleslaw, memang memikat selera.
Alamat: GM05-09 & GM05-10, 2, Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (12 pm – 12 am) manakala Jumaat (3 pm – 12 am)

#4 - Bihun Sup Utara @ Langgaq Sup Utara

Bihun Sup Utara
Kepada perantau-perantau dari utara yang menetap di KL, korang dah tak payah nak susah ambil cuti untuk pulang ke kampung hanya sebab korang rindu nak makan bihun sup macam kat kampung kerana di sini, korang boleh melepaskan rindu korang dekat hidangan yang selalunya korang cuma boleh jumpa dekat kampung halaman korang. Nama pun Bihun Sup Utara kan? 
Mana sah kalau tak rasa betul-betul macam makan dekat utara. Jangan risau, rasa dia memang sama macam yang original sebab tukang masak mereka memang asal daripada utara dan ramai anak-anak negeri Kedah dan Perlis yang dah datang dan mencuba sendiri menu ini. Kata diorang, menu ni memang mampu mengingatkan diorang kepada kampung halaman diorang. Asli dan enak!
Alamat: 27, 13, Jalan AU 2a/17, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin – Khamis (12 – 11.30 pm) manakala Jumaat – Ahad ( 3 – 11.30 pm)
#5 - Steak @ Station 21

Steak @ Station 21
Ada antara korang yang kepingin nak makan makanan western Station21 ini adalah antara salah satu penyelesaian yang terbaik untuk korang. Restoran ni memang sangat terkenal dengan hidangan-hidangan western mereka yang disediakan dengan kuantiti yang banyak. Restoran ini juga sangat terkenal sehinggakan ia menjadi pilihan bagi salah seorang lagenda rock iaitu Datuk Ramli Sarip. Hidangan yang paling diminati oleh para pelanggan yang berkunjung ke sini adalah steak mereka yang  memang sangat lazat. 
Malah ada juga diantara mereka yang sanggup datang kesini untuk merasa sendiri betapa hebatnya penangan steak disini. Rasanya memang sedap sampai tak terucap selain daripada saiznya boleh dikatakan agak besar. Memang sangat berbaloi. Yang bagusnya, restoran ini terletak di sebelah masjid jadi pelanggan bolehlah menunaikan solat sebelum atau selepas selesai menjamu selera.
Alamat: Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Jalan Ara, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, (12 – 11 pm)\
#6 - Nasi Ayam Hainan @  Nasi Ayam Hainan Taman Melawati

Nasi Ayam Hainan Taman Melawati
Nak cuba rasa Nasi Ayam Hainan Singapura dekat KL? Tak payah susah-susah nak pergi sampai ke Singapura sebab Nasi Ayam Hainan Taman Melawati kan ada. Nasi Ayam Hainan kat sini memang murah, hanya sekitar RM5 je sepinggan. Yang istimewanya nasi ayam disini adalah rasa kuah sambal dan kicapnya yang enak dan manis. 
Ayamnya juga tidak terlalu rangup dan cukup rasa manis dan pedasnya. Dihidangkan bersama dengan sup yang tidak terlalu manis dan tawar. Senang cerita, memang perfect sangat. Itu belum lagi pekena dengan ABC dan Laici Kang diorang lagi. Memang terbaik.
Alamat: Jalan Taman Melawati, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (10.30 am – 6 pm)
#7 - Cendol Durian @ Durian King TTDI

Cendol Durian @ Durian King TTDI
Kalau sebut saja ‘Raja Segala Buah’, apa benda mula-mula yang terlintas difikiran anda? Mestilah buah durian kan? Kalau korang sendiri pun mengisytiharkan diri korang sebagai hantu durian, korang memang wajib datang serbu Durian King TTDI ni sebab memang jarang-jarang je boleh jumpa cendol durian tambah pulak yang sedap macam yang dekat sini.durian yang mereka gunakan memang berkualiti tinggi dan datang terus dari dusun mereka sendiri yang terletak di Raub. 
Dari segi kuantitinya, memang anda akan berpuas hati kerana untuk satu mangkuk, cendol yang diberikan memang banyak dan anda akan dapat sehingga 2-3 ulas durian. Rasa dia? Memang meletup!
Alamat: 179, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur,
Waktu Operasi: Setiap hari, hari minggu (3 pm – 12 am) manakala hujung minggu (1.30 pm – 12 am)
Nak lebih mudah, boleh order semuanya secara atas talian di aplikasi lamanweb Foodpanda. Servis food delivery by Foodpanda ini memang sudah sangat popular jadi siapa saja boleh menggunakan khidmat Foodpanda semasa berada di Malaysia. 

Food panda
Pelbagai jenis makanan ada untuk dipesan dan selepas itu boleh duduk senang lenang di rumah sewaan atau hotel tanpa perlu bersusah payah. Tak kiralah sama ada warganegara Malaysia sendiri ataupun pelancong luar, jika terasa nak makan apa-apa atau malas nak masak sendiri kat rumah, pilih saja apa-apa makanan yang terasa nak makan dari aplikasi Foodpanda kemudian boleh nikmatinya dengan senang hati di dalam kediaman sendiri. 

Kuala Krai, kereta yang sedang berhenti (standstill) kerana kesesakan yang teramat sangat, tiba-tiba digegarkan dengan bunyi "dang".

Exora turbo premium

"Bunyi apa tu?", semua tertanya-tanya.

"Orang belakang langgar kita.",. Terkejut. Berguguran jantung seketika.


Malang tidak berbau. DaddyG dah pandu kereta secara berhemah. Orang lain pula langgar kami.

Baby RAF kereta Exora yang baru berusia 6 hari sudah kemek bonetnya. Jatuh bumper.


Fender sagat tayar. Kereta hanya boleh bergerak elok apabila diikat dengan cable tie. 


Sedih, tapi apakan daya. Kejadian telah berlaku. Pemandu myvi dibelakang kami mengaku dia tertidur. 


Kami terus ke IPD Trafik Kuala Krai untuk buat laporan polis. Tak jauh dari tempat kejadian.


Usai report polis, kami meneruskan perjalanan pulang ke sarang. Kami bergerak jam 11 jam pagi, tiba di rumah jam 3 pagi. 17 jam perjalanan.

Alhamdulillah. Baby RAF in The House. Terima kasih Allah, permudahkan urusan memiliki RAF, Proton Exora 1.6 CVT Premium.

Bersama baby baru, baby RAF

6/7 survey exora
13/7 mohon loan
15/7 loan approve & sign agreement
28/7 dapat RAF tuannya RAFhan

Dapat kunci kereta

Dah lama mommy minta kereta selesa. Macam nak mohon kerja. Kita mohon sekali tak dapat, kita mohon lagi. Permohonan gagal berkali-kali tidak mematahkan semangat. Haha.

Masa ni Sale Advisor tunjuk function kereta kat daddy

Permohonan kali terakhir pon tak dilayan. Sehingga lah daddy sendiri offer mommy untuk survey kereta exora pada 6/7/2020. Rasa macam mimpi. Iye ke ni.

Daddy drive kereta baru😍

Itu yang jadi TAK SUKA bila orang suruh beli barang yang perlukan komitmen bulanan. Nak dapat kereta yang lebih selesa pon bukan senang. Bukan kereta sahaja. Nak dapat apa-apa pon bukan mudah.  Dengan kehidupan di bandar yang boleh kategorikan kami sebagai miskin bandar. Hanya seorang isi rumah bekerja dan anak ramai. 

Masa ni drive pergi kat parking ambil Saga

Ingat lagi orang hentam mommy pasal isu muatan kereta ni. Dia banyak duit. Dia orang senang. Dia boleh la senang cakap macam tu. Yang strugglenya ketua keluarga yang cari duit dan uruskan keperluan keluarga. 

Kita tak rasa apa orang lain rasa. Boleh nampak senyum di dalam gambar. Heyy harus lah tersenyum tengok kamera! Selagi kita tak ada dalam kasut orang, jangan kondem orang. Kau bukan tahu usaha orang tu macam mana. 


Macam kami ada anak ramai. Anak lima itu satu perancangan. Namun dalam masa kurang 9 tahun bukan suatu perancangan. Walaupon kami dah ubah keputusan untuk ikat selepas lahirkan Ayra, Allah bagi juga Aara. (Kalau ada yang cakap tak pandai merancang tu, tak kena kat batang hidung sendiri memang lah.) 

Bawa balik baby RAF, mommy drive Saga

Apa pon, mesti ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Ujian-ujian dan dugaan untuk buat kau lebih kuat. Allah bagi pinjam rahim 34 tahun, Allah ambil balik. Semua tu dari Dia. 

Buka plastik

Moga Allah beri kesihatan kepada daddyG, panjang umur daddy, untuk jaga kami sekeluarga. 

Seorang tu masam sebab tak boleh bergerak bebas

Moga Allah beri kesihatan dan rezeki melimpah ruah buat mereka (you know who you are) yang memudahkan urusan memiliki baby RAF. 

Baby RAF. Please be nice to us.

Mommyirra,
Pejam mata tutup telinga
Mereka tak tahu apa yang kita rasa

#exoraturbopremium
#babyRAF2020
5 Great Malaysia Dishes You Muat Try | Nama orang Malaysia, tak kira apa bangsa. Melayu ke, Cina ke atau India pasti suka 5 hidangan ini. Sempena Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) ini, ada yang cuba membuatnya sendiri. 

1-Roti Canai

Kebanyakan rakyat Malaysia meminati roti canai dan ia boleh dinikmati tidak kira masa. Ada orang yang suka menikmatinya semasa sarapan pagi, ada yang suka makan roti canai pada waktu malam. Ada juga pelancong asing yang meminati roti canai. Roti canai biasanya dihidangkan bersama kuah dal dan kuah kari. Untuk membuatkannya terasa lebih sedap, ia di makan bersama teh tarik atau teh ais. 



Roti canai juga terdapat dalam pelbagai jenis, antaranya mestilah yang biasa kita makan iaitu roti kosong, dan yang lain seperti roti telur, roti mentega, roti tisu dan lain-lain lagi. Kini terdapat pelbagai jenis roti canai yang telah diperbaharui bagi mengikut peredaran masa dan memenuhi kehendak pelanggan. Antaranya ialah roti keju, roti milo, roti canai telur goyang dan banyak lagi.

2-Satay

Satay yang merupakan makanan tradisi masyarakat melayu sudah semestinya mendapat tempat dihati pelbagai kaum termasuk para pelancong. Ianya merupakan kepingan daging yang dipotong dan diperap dengan rempah sebelum dicucuk dengan lidi dan kemudiannya dibakar. Satay biasanya dicicah dengan kuah kacang dan dihidangkan bersama hirisan timun dan bawang serta nasi himpit.



Bau daging yang diperap sememangnya memberikan aroma yang amat menyelerakan apabila dibakar. Satay bukan sahaja menggunakan daging lembu, malah terdapat juga satay yang mengunakan daging ayam, daging kambing, daging arnab dan daging rusa. Pilihan satay yang terdapat di dalam Malaysia adalah sama. Apa yang membezakannya hanyalah rasanya.

3-Nasi Kandar

Nasi kandar merupakan salah satu menu yang paling popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Apabila sebut saja nasi kandar mesti akan terlintas di fikiran nama negeri Pulau Pinang. Ianya kerana terdapat banyak deretan kedai atau gerai yang menghidangkan hidangan nasi kandar di Pulau Pinang. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa restoran yang menghidangkan hidangan nasi kandar dpi seluruh Malaysia. 



Kualiti hidangan nasi kandar biasanya di kaitkan dengan tekstur nasinya yang lembut dan keenakan campuran kuah karinya. Lauk pauknya yang pelbagai menjanjikan kepelbagaian pilihan lebih luas untuk penggemar nasi kandar. Walaupun begitu, antara lauk pauk yang paling digemari ialah ayam goreng ataupun ayam madu, sotong, telur rebus dan juga bendi rebus atau kukus. 

4-Cendol

Cendol merupakan salah satu pencuci mulut tradisional yang terbaik di Malaysia. Tiada sesiapapun yang dapat menafikan keenakan cendol tambahan pula bila di makan pada cuaca yang panas. Cendol diperbuat daripada ais yang dikisar dan ditambah gula melaka yang sudah dicairkan dan dimasak dengan daun pandan dan ditambahkan santan dan juga cendol. 



Cendol boleh didapati di gerai, restoran ataupun kedai-kedai makan. Malah terdapat beberapa orang yang suka cendolnya diletakkan pulut. Dan terdapat orang yang suka tapai, kacang merah ataupun jagung. Setiap orang mempunyai selera yang berbeza.

5-Nasi Lemak

Nasi lemak merupakan hidangan yang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia. Tidak kira bangsa mahupun generasi. Nasi lemak merupakan makanan yang seolah-olah tidak akan ditolak oleh sesiapa sahaja. Malah terdapat juga pelancong asing dari Barat ataupun Timur Tengah yang turut menggemari nasi lemak walaupun ada yang tidak dapat tahan dengan rasanya yang pedas.



Malah pada waktu malam, nasi lemak akan mendapat permintaan dalam kalangan penggemar makanan waktu malam. Walaupun reputasi nasi lemak sebagai salah satu makanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi, permintaan untuk nasi lemak semakin tinggi disebabkan keenakan rasanya yang membuatkannya berbaloi dan digemari ramai. 

Yummy!

Nampak sedap semua ni sampai terus rasa nak makan. Tapi apakan daya dalam tempoh berkurung jadi nak makan semuanya dah tak boleh terus ke mana-mana restoran macam dulu lagi. 



Tak apalah, setidaknya kita masih boleh order food secara online dengan pihak Foodpanda Malaysia. Kat website mereka tu ada banyak pilihan. Rambang mata dibuatnya. Nak makan apa boleh dikatakan pelbagai pilihan ada. Sekarang ni hanya perlu tepuk dada dan tanya selera. Kalau dah susah sangat tak tahu nak pilih, order je tiap satu menu untuk hari ini, esok dan bila-bila. Ops, jangan sampai membazir sudahlah.