Semalam ni, mommy bangun pagi terus keluar rumah untuk cuci baju. Dah cuci baju, mommy sambung cuci kolam mandi anak-anak. Dah sudah cuci, mommy sandarkan kat tepi dinding.

Mommy sambung cuci halaman rumah. Macam biasalah, bersepah dengan tahi cicak. Semak pulak mata menengok.

Anak-anak bangun tidur terus cari mommy di luar. Adam main basikal. Anis main kereta. Amal terus ke kolam mandi yang terbalik. Sebenarnya mommy terbalikkan sebab nak keringkan air dalam tu. 

Brilliant idea! Amal masuk melompat-lompat dalam tu. 


Amal kan kecil lagi. Jadi tak cecah lantai pon. Lagi seronok riang ria Amal main.


Kakak abang pon nak join sekaki. Haaaa sorry naaa.. Rosak terus nanti kolam tu..

Hai la anak! Bijak! Bijak!
Mommy minta tolong dengan daddyG untuk keluarkan duit dari akaun CIMB. Sebelum daddyG pergi kerja, mommy kirimkan kad akaun CIMB. Nak ambil duit kena cucuk kad.

DaddyG pon bagitau la mommy dia nak pergi cucuk duit. Tak lama lepas tu daddy hantar gambar ---> 


Ya Allah! Terbagi kad CIMB Kidzania Adam yang warnanya serupa dengan kad CIMB. 

DaddyG dah siap cucuk dan masukkan nombor pin. Bila nak check balance tak boleh. Hahahahaa ya ampunnnn.

Nasib la daddyG mood tengah baik. Heee daddyG tak marah. Esoknya daddyG pergi atm machine semula.
Assalamualaikum semua. Kepada semua pencari shawl secara online, tentu sahaja ramai yang akan membandingkan harga. Harga yang murah dan shawl yang berkualiti tinggi akan menjadi pilihan ramai. Tentu semua nak tahu berapakah harga shawl labuh chiffon exclusive by Papaglamz ni kan? Memandangkan shawl PapaG baru sahaja menjengah market fesyen Malaysia, sudah pasti PapaG akan menawarkan harga yang paling terbaik untuk anda semua. Sesuai dengan kualiti shawl itu sendiri.
harga-shawl-labuh-chiffon

Harga jualan Shawl Chiffon Exclusive by Papaglamz

Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari PapaG, jadi beliau menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.
1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage 
Haa reasonable tak? Jadi apa tunggu lagi? Cepat PM PapaG cepat-cepat. Nanti dia poskan kat korang. Ingat Shawl PapaG ni limited tau. Yela tak buat banyak sangat. Plays safe katanya. Hehehe

5 Pilihan warna Shawl Exclusive by Papaglamz

Basicaly, Shawl Exclusive by Papaglamz adalah ilham dari PapaG dan wife sewaktu mereka dalam perjalanan pulang dari KL tempoh hari. Entah macam mana tetiba terkeluar pula idea tentang nak buat shawl ni kan. Dari situlah mereka mula membuat sedikit kajian tentang material kain, potongan shawl yang menjadi kesukaan ramai, kos dan macam-macam lagi. Alhamdulillah perancangan mereka berjaya dan terhasillah shawl yang SANGAT EKSKLUSIF ni. 
KONSEP shawl yang mereka ketengah ialah shawl yang mempunyai ciri-ciri lebar dan labuh. Sebab tu shawl yang mereka keluarkan ini agak panjang dan lebar. Panjangnya lebih kurang 1.95 meter dan lebarnya 0.9 meter. Semoga shawl ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 
Dalam pemilihan material, mereka menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Antara sebab mereka menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang LEMBUT dan MUDAH BERALUN serta TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu kain Chiffon jenis ni sama seperti kain Chiffon bubble, tetapi bubblenya adalah sangat sangat sangat halus. Sebab itulah ianya sangat lembut. Kelebihan lain ialah kain dia seakan-akan dwi tone. jika kita lihat dari sisi yang berbeza samada kiri atau kanan, PROJECTION warna kain ada sedikit perbezaan. Menarik kan? Sebab tu lah kain ini dipilih untuk di jadikan shawl eksklusif mereka.

Detail Shawl Exclusive by Papaglamz

Saiz : 1.9 meter X 0.85 meter (Labuh tau)
Jenis kain : Chiffon moist crepe (Macam chiffon bubble tapi bubble dia sangat sangat sangat halus dan lembut serta sejuk dipakai. Yang penting TAK JARANG)
Warna pilihan : 
ukuran-wide-shawl-terkini
Pink Belacan + Basic White (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Blue + Gold Yellow (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Brown + Gold Yellow (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Purple + Elegance Silver (Dwi Tone)
Green Emerald + Gold Yellow (Dwi Tone)
CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!
Limited edition sebab Papaglamz tak buat banyak. Ye la, new baby kan..? Hehehe
Wassap : 0196141393
Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau. Ig : exclusive_by_papaglamz FB : Papaglamz Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz -sekian-
AWAS! ENTRY INI KHAS BUAT MEREKA YANG TELAH BERNIKAH. Jus Orlin atau nama popularnya Jus Ketat adalah salah satu jamu moden yang terdapat di pasaran. Ketat sahaja tak berguna juga. Jus ketat bukan sekadar ketat, malah memberi tenaga seharian untuk si isteri. Usia bukan penghalang si isteri beraksi bagai malam pertama bersama Jus Orlin. Jom buatkan suami anda angau kerana setiap sentuhan anda bagai malam pertama bersama jus orlin. 

Jus ketat
Jus ketat | malam pertama bersama jus orlin

Bagai malam pertama bersama jus orlin

Iye la tu mommy? Sungguh ke? Ok, mommy nak tanya, kalau korang penat, korang nak layan suami tak? Berdosa tolak permintaan suami tau! Jadi korang layan macm tu je la kan? Hilang lah manis malam pertama kalau macam tu. Tapi sekiranya korang bertenaga, korang boleh fikirkan idea bernas untuk suami angaukan anda! Hahaha sehingga si suami teringat bini di rumah. Rasa nak balik rumah cepat. Atau suami siap dah plan, "Sayang, tidurkan anak awal-awal ya malam ni.". 

Secara automatik, nafsu anda akan jadi segar. Kalau dulu sebulan sekali, sekarang boleh jadi seminggu 2-3 kali. Bila badan sihat dan bertenaga, idea pon mari. Nak pastikan anak-anak tidur awal suatu yang sangat mencabar. Tapi demi si dia, korang pasti sanggup buat sesuatu. Berjaga tengah malam pon tidak akan menjadi suatu bebanan kerana kepuasan bersama. Angau! 

Kahwin bukanlah kerana nafsu semata. Anak bukanlah penyebab kita menjadi layu dalam hubungan intim. Sibuk juga bukan alasan untuk merenggangkan hubungan suami isteri. Please do something! Kembalikan malam pertama anda. 

Khasiat Jus Orlin Alludra International

Jom kita ketahui lebih dekat khasiat Jus Orlin Alludra International ini.

TENAGA DALAMAN
Jus Orlin membantu membina semula tenaga dalaman wanita agar sentiasa segar dan cergas sepanjang hari. Wanita bekerjaya semestinya menginginkan tenaga sepanjang hari di tempat kerja dan selepas pulang ke rumah. Wanita surirumah sepanjang masa juga perlukan tenaga untuk melakukan tugas seharian.

Surirumah lagi penat tau. Tambahan ada hulubalang ramai yang perlu di jaga sepanjang masa. Bila badan dah penat, mula lah nak marah-marah anak. Mommy akui supplemen memberi tenaga sangat diperlukan untuk kekal bertenaga. 

Jus Orlin yang kini familiar dengan nama jus ketat terbukti mengetatkan. Dengan badan yang bertenaga mampu memberi kemutan yang kuat. Dah la ketat. Kemut kuat lagi. Pasti suami nak dan nak lagi! #iconmonyettutupmuka #malutapisayangtakshare

PAYUDARA
Usia bukanlah penghalang untuk kaum wanita kelihatan sentiasa cantik dan berseri. Cantik bukan untuk tontonan umum. Cantik si isteri adalah buat suaminya walaupon telah mempunyai anak. Jus botanikal Orlin membantu MENAIKKAN, MENEGANGKAN dan MENGANJALKAN semula aset terpenting wanita iaitu payudara.

HORMON
Masalah hormon sering menjadi pengganggu kepada emosi luaran dan dalaman wanita. Tekanan luaran dan dalaman juga memberi kesan terhadap ketidakstabilan hormon. Jus ORLIN terbukti membantu menstabilkan semula masalah ini untuk kehidupan yang lebih segar dan aman sepanjang masa. 

Contoh masalah disebabkan hormon tidak stabil adalah keputihan dan haid yang tidak teratur. Dua masalah ini pasti memberi tekanan kepada wanita. Jadi mengapa tidak anda mencuba jus jamu moden ini yang boleh membantu menghilangkan keputihan dan masalah haid.

KULIT
Minuman kesihatan Orlin membantu memberi kesegaran kepada kulit dan kulit akan kelihatan lebih anjal.

Herba-herba dalam kandungan jus orlin telah terbukti keberkesanannya. Anda boleh amalkan dengan mencari bahan-bahan herba tersebut. Kalau anda macam mommy. Duduk di bandar, tak jumpa atau tak tahu mana nak dapatkan herba-herba tersebut, maka jom ikut macam mommy minum jus jamu moden Orlin.

Untuk keterangan lebih lanjut dan banyak lagi testimoni dari pengguna yang telah mendapat manfaat dari Jus Orlin Alludra International boleh lah ke :

Atau hubungi terus pengasas produk Puan Arifah, 017-6767 966
Hari ni mommy rajin lebih. Mommy bersihkan laman rumah. Kemudian keluarkan pool. Belum pam lagi Amal dah masuk. Sebenarnya mommy tunggu Adam balik 12:30. 





Anis tidur lagi. Mommy kejutkan Anis. Nanti frust pulak dia tak dapat main kat luar. 


Happy kids!