Semalam mommy cerita TNB datang tukar meter elektrik baru. Oh bil eletrik purata dah dapat secara online. Kena tunggu dua tiga bulan baru dapat bil bulanan yang betul.

Kenapa ni? Kenapa ni? Sibuk benar mommy nak tahu bil bulanan. Dulu kat BBR, bil boleh cecah RM175 sebulan. Jadi nak tau la berapa bil bulanan di rumah baru. 

Eh kenapa pula bil elektrik jadi beribu tu? Beribu tu dah kalah company atau kilang kan. 


Sebabnya bacaan meter dahulu adalah 16386. Manakala bacaan meter semasa staff TNB datang adalah 56336. 

56336 - 16386 = 39950

Mari kita lihat kalkulator TNB mengira!

Bil eletrik beribu???

Jumlah bil elektrik jadi RM23406.72

Tapiiiiiiiiii masa pergi register dekat TNB, kami dah snap gambar bacaan semasa hari kami masuk ke rumah baru ni. Jadi masalah sepatutnya tak timbul. Cuma TNB tak update lah bacaan semasa tu. 
Mommy masuk rumah baru dekat 2 bulan. Tapi tak ada bil elektrik lagi. Sebabnya orang TNB yang ambil bacaan meter tak tak bagi bil. Katanya "bil beribu-ribu kak. Jenuh kak nak bayar". 

"Saya baru je pindah tak sampai sebulan. Takkan la."

"Sebab tu saya tak boleh bagi akak bil ni."

Lama la kami dok tunggu bila nak sampai bil elektrik rumah ni. DaddyG siap private message dekat facebook. Bagus TNB cepat je balas.

TNB Tukar Meter Elektrik

Baru-baru ni orang TNB datang rumah. Katanya nak tukar meter elektrik. Sebab dan kuning sangat dan tak nampak. Susah la orang TNB nak baca setiap bulan.

Mommy minta nak ambil gambar sebelum mereka bawa keluar meter yang lama. Tudiaaaa kuning sangat dah. 

Tnb tukar meter elektrik. Meter terbakar
TNB tukar meter elektrik

"Akak tau, meter akak ni dah terbakar. Tunggu masa je nak blackout.", kata salah seorang daripada mereka sambil tunjuk meter yang terbakar tu.


Memang dah tiba masa lah nak kena tukar meter ni. Teruk benar dah. Mujur lah pihak TNB datang cepat. Jenuh bergelap dan berpanas kalau blackout tengah malam kan.


Sekarang dah pakai meter elektrik baru. Kami tak sabar nak tau berapa bil elektrik bulanan. 




Sabtu minggu lepas kereta tak boleh start masa kami berada di Shah Alam. Bila periksa alarm tak berbunyi, lampu tak menyala dan radio pon tak berbunyi. Sah bateri kereta kong! Ini bukan kali pertama bateri kereta buat hal. DaddyG pon nampak relax je nak handle bila bateri kereta kong ni.

DaddyG menghubungi kawan dia. Nasiblah kejadian berlaku di Shah Alam. Ada kawan-kawan yang dekat boleh membantu. Teringat dulu ni, bila tayar kereta pancit, kawan daddyG juga lah yang datang membantu. Kawan mommy semua perempuan. Kekuatan kami adalah membahagiakan dan menjaga keluarga. Hahahaa. Tugas lelaki je la bab kereta ni kan. 

Dalam masa yang sama, mommy yang menurut perintah, kena menggoogle harga bateri kereta sambil melayan kerenah Amal, Anis dan Adam. Anak-anak pon sama naik nakkan perhatian pada masa ni. 

Zaman canggih ni. Senang. Mommy cari di facebook menggunakan hashtag #baterikong . Banyak pula post dan gambar mengenai Bateriku.com. 

Bateriku.com
Hasil carian hastag #baterikong di facebook

Wahhh ada penghantaran percuma termasuk periksa dan pasang. Tak perlu beli dan tiada caj sekiranya bateri kereta masih elok. 

Wahhh zukieee pon review Bateriku.com

Bila mommy nampak hashtag #shahalam mommy tak teragak-agak untuk terus google website Bateriku.com. Tengok website je dah tahu syarikat bateri kereta ini boleh dipercayai. 

Berikut info yang mommy dapat dari website Bateriku.com :-

Alamat: 31, Jalan Utarid U5/11 Mah Sing Industrial Park, 40150 Shah Alam
Telefon1-800-22-2324
Whatsapp012-245 8027
Email: info@bateriku.com
Websitewww.bateriku.com

Rupa-rupanya office Bateriku.com di Shah Alam sahaja. Bila kereta pon dah boleh start lepas buat jumping, DaddyG kata "Jom pergi Bateriku.com! Alang-alang kita dah dekat ni." Jimat RM10 apabila walk in.

Perangai suami tercinta mommy ni, dia bukan semberono punya orang. Nampak macam tak buat apa. Nampak macam tak peduli apa. Muka ja la macam tu. Tapi dia pon survey juga harga-harga bateri kereta. Bukan kereta je, kalau beli beras ke pampers ke atau apa saja dia memang akan survey dulu. Berjimat cermat sangat penting. Harga berpatutan diutampakan, kualiti barang didahulukan.

Office Bateriku.com di Kampung Melayu Subang, Shah Alam

Bila sampai di Bateriku.com, mommy kagum sekejap tengok bumiputera Melayu kita boleh jadi usahawan berjaya. 


Mommy love this green color. Cun!

Kelihatan banyak van dan motosikal Bateriku.com di hadapan pejabat mereka. 


Staff Bateriku.com memeriksa dan menukar bateri kereta baru

Staff Bateriku.com mula memeriksa keadaan bateri kereta. Kemudian menukar bateri kereta yang baru. Tengok staff Bateriku.com tu, memakai vase Bateriku.com siap bersarung tangan semasa melakukan kerja.  


Perkakasan nak periksa altenator kereta

Mereka juga membuat pemeriksaan altenator. Staff Bateriku.com melayan segala pertanyaan mommy sehingga mommy faham. Sabar je la melayan mommy yang tak tahu pasal kereta. 


Servis Bateriku.com terbaik! 

Segak je staff Bateriku.com memberikan perkhidmatan terbaik. Mommy bagi 5 bintang! 


Bateri kereta kong hubungi bateriku.com
Sebarang masalah berkenaan bateri kereta kong boleh terus hubungi hotline Bateriku.com 1-800-22-2324

Bateriku.com ni bukan sahaja menyediakan perkhidmatan bateri kereta kong di Shah Alam. Perkhidmatan tukar-periksa-pasang bateri kereta oleh Bateriku.com kini beroperasi di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pulau Pinang. Hujung tahun ini mereka akan sampai ke seluruh Malaysia. 

Korang kalau ada masalah bateri kereta kong boleh terus call. 

Telefon : 1-800-22-2324
Whatsapp : 012-245 8027
Waktu beroperasi : 7 pagi hingga 12 tengah malam
Hari Khamis minggu lepas, dalam perjalanan ke GM Klang, mommy baru perasan jari Amal melepuh.

"Eh kenapa jari Amal ni? Kena iron ke?", soal mommy kepada daddyG. Biasa kalau melepuh ni kesan kena iron atau air panas. Mustahil la kena air panas.

Masa ni mommy tak ambil gambar lagi. Kecil je gelembung air tu. Tapiiiii, masa tengah sibuk beli mainan, terkejut kami tengok tangan Amal bengkak macam dalam gambar di bawah.


Gelembung air tu pon makin membesar. Laaaa kenapa pulak adik Amal ni. Jari pon membengkak macam belon. Pagi tu kami ke PPUM untuk periksa telinga Amal. Panjang cerita kes kenapa kami ke PPUM ni. Nanti lah mommy cerita dalam entri lain. Doktor ada bagi antibiotik titis. Haaa sebab ubat antibiotik ke?


Malamnya tangan Amal makin bengkak. Mommy tengok memang takut lah. Macam nak meletup je bengkaknya. 


Tengok gelembung air membesar buat mommy bertambah takut. Mommy sapu Gel Bidara. Mommy nekad untuk cuba cara natural sahaja. Sekejap-sekejap mommy whatsapp En Nizam Herbalist dan isterinya. Tunjuk gambar dan perkembangan tangan Amal.


Atas kening Amal ada biji-biji ruam kesan Amal menggaru. Tempat mana yang berjaya dicapai dek jari jemari mulus Amal tu akan jadi ruam. Dulu masa kena campak pon jadi benda yang sama. Kesan garu yang melampau akan jadi macam ni. Mommy tak risau sangat walaupon nampak macam ermmm,,, korang mesti risau kan.. Nanti seminggu dua dia hilang lah. 


Bagi mommy, benda dah jadi. Let it be. Come and go naturally. Kalau mommy sapu chemical nanti akan lagi teruk. Pengalaman lama dah mengajar mommy macam-macam. Cuak. Takut. Tapi jangan cepat melatah! Selagi Amal tak demam, Amal aktif dan ceria, semua akan OK. 


Walaupon gelembung ni nampak macam menakutkan, Amal tak sakit. Amal tak demam. Amal tak merengek. Amal main macam biasa.


Esok pagi gelembung tu pecah. Huwaaa nampak macam menakutkan lagi. Nampak isi merah. Tangan kiri dan kanan berbeza sangat. Bukan jari yang ada gelembung je bengkak. Jari sebelah pon bengkak. Tangan bengkak. 


Air bisa masih keluar. Air bisa ni kalau kena tempat lain akan jadi ruam macam gambar kening kat atas. Jadi mommy kena alert dengan pergerakan Amal.


Macam-macam dugaan adik nak besar. Besar lagi dugaan kakak Anis dulu. Setahun kakak kena ekzema. 


Mommy sapu bedak sejuk kelulut dan gel bidara. Dari Anis kena ekzema sampai sekarang, gel bidara sangat membantu. Semua penyakit boleh guna gel bidara. 


Selagi jari Amal masih merah, tandanya masih ada oksigen di situ.


Sayu hati tengok anak sakit kan. 


Lambat la luka ni nak baik sebab Amal masuk mulut jari dia. Haa nampak sangat dia tak sakit kan...


Gambar-gambar ni mommy ambil dan tunjukkan pada doktor. Mommy jumpa doktor juga. Mommy guna cara natural bukan bererti mommy anti doktor kan. Hahaa


Hari Sabtu baru sempat pergi klinik panel. Doktor kata ini bukan sebab antibiotik. Ini sebab kuman banyak kat hujung jari tu. Jari tu lah Amal dok garu telinga dia bernanah. 


Doktor pon kata dah banyak berbeza daripada gambar yang mommy tunjuk. Gambar kat atas-atas tu lah. Tinggal jari je yang masih bengkak.


Hari Ahad nampak semua dah semakin baik. Luka tu lambat la nak pulih sebab Amal suka masuk mulut. Grrr sabar je la..


Semoga cepat baik luka di jari dan ruam di muka Amal. 
Tak habis lagi cerita mommy pasal 1stEFGathering. Kali ini mommy nak cerita pasal Van Lela Hiphoody Instant Hoodie Shawl. Setiap seorang blogger yang hadir mendapat sehelai Van Lela Hiphoody Instant Hoodie Shawl. Semua happy sangat nak mencuba hiphoody shawl ni. Terima kasih Van Lela.


Selesai je majlis petang tu, mommy laju-laju test hiphoody shawl. Mommy excited nampak. 

Van Lela Hiphoody Instant Hoodie Shawl
Mommy memakai Van Lela Hiphoody Instant Hoodie Shawl

Van Lela Hiphoody Instant Hoodie Shawl

Comel kan. Manis kan. Puji la. Puji la. Hahahaa. Siapa lah yang tak suka di puji. Haa berbalik kepada cerita shawl, Van Lela HipHoody ni merupakan tudung keluaran ketiga Van Lela Online Store. Tagline instant hoodie adalah "easy-to-wear dan easy-to-maintain". Serius memang mudah di pakai. 

Material yang digunakan adalah fabrik Linen Silk, sejenis fabrik yang lembut, sangat ringan dan tidak mudah renyuk. Inner dijahit bersama dengan mengunakan fabrik Cotton Lycra jenis stretchable yang fit pada muka dan sangat selesa melekap.

Van Lela HipHoody direka untuk wanita yang mementingkan masa dan gaya kerana tidak perlu menggunakan pin. Yang lagi best hiphoody shawl ini sesuai untuk semua peringkat usia.

Sekarang ni Van Lela HipHoody boleh didapati dalam 20 pilihan warna. Harga hanya RM64.00 sahaja tidak termasuk pos. Jika ingin yang customade saiz XL, harga RM79.00 sahaja tidak termasuk pos.


Kalau rasa nak rasa dulu jenis kain dengan jemari sendiri, boleh terus ke butik vendor berikut:-

VENDVILLE
42, 46, 48, Jalan Pju 5/20D, The Strand Kota Damansara, 
47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
IG : @vendville

VENDOROUTE
GF Jalan Plumbum P7/P Seksyen 7, 
40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
IG : @vendoroute

SAPPHIRE PREMIER VENDOR BOUTIQUE
Kompleks Mutiara Pernama, Jalan Hospital, Ipoh, Perak, Malaysia.
IG : @sapphire.premier

Atau beli online di facebook/instagram

atau

Whatsapp : 0102692628