Haaa dah lama rasa tak join mana-mana giveway. Jom korang join giveaway by Nurfuzie & Mamalink. Mommy juga merupakan salah seorang sponsor giveaway ni. Jom! Semoga berjaya!

klik untuk join
Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink | Bersempena Tahun Baru 2016 dan Hari Lahir Cik EN pada 16 Januari nanti, cik en berbesar hati untuk mengadakan Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink yang akan berlangsung pada 4 Januari 2016 sehingga 31 Januari 2016. Hanya perlu mengikuti syarat syarat dibawah dan korang berpeluang menjadi salah seorang pemenang daripada 27 pemenang untuk merebut hadiah hadiah bernilai RM535. 

Follow Blog Di bawah

Follow Page

Instagram

Bloglist

Hadiah? Mesti terlepas pandang ini, Cik en dah keluarkan awal ye. Boleh rujuk di bawah ini
Senarai Hadiah Hebat
Dah submit entry? Boleh rujuk di bawah ini pula
Senarai Peserta Hebat
Adik Amal nak main bersama abang Adam dan kakak Anis. Bukan main biasa-biasa ni. Main panjat sana panjat sini.

Adik nak main dengan abang kakak

Tak padan usia dia 9 bulan. Kadang tu mommy cari tak jumpa. Dia duduk bawah tilam angin la, tepi sofa la. Amal duduk celah-celah sofa sebab nak ikut kakak abang. Macam-macam la..

3A mommy

Mommy kena alert sentiasa. Sekarang ni Amal dah pandai ajak main kat luar. Nak keluar rumah. Wahhh adikkk
Sabtu lepas ada majlis suai kenal pelajar atau orientasi PASTI Little Syabab dan juga sesi taklimat kepada ibu bapa. PASTI hanya terletak dalam kawasan perumahan rumah mommy sahaja. Jam 8:20 pagi baru kami bergerak dari rumah. Setibanya di PASTI Little Syabab, ramai lagi pelajar dan ibu bapa yang belum tiba.

Majlis dimulakan dengan ucapan pengurus PASTI dan beliau memberi sedikit taklimat mengenai PASTI. PASTI Little Syabab kini beroperasi masuk tahun ke 6. 

Sedikit ilmu yang bermanfaat mommy peroleh apabila pengurus tersebut mengatakan bahawa usaha ibu bapa mengajar anak-anak adalah sedekah. Dan beliau mengingatkan tiga perkara yang boleh dibawa mati adalah ilmu yang berguna, amal jariah dan anak yang soleh. Beliau menggalakkan ibu bapa mengambil peluang untuk mengajar ilmu asas kepada anak-anak dan guru-guru di tadika hanya membantu anak-anak.

Peraturan PASTI Little Syabab

Ini antara peraturan yang perlu dipatuhi dan yang mommy ingat je la:-
  • Pelajar lelaki tidak boleh berambut panjang
  • Pelajar perlu memakai uniform yang disediakan
  • Yuran perlu dibuat sebelum 10 haribulan dan dimasukkan ke dalam sampul jika nak beri melalui pelajar. 
  • Ibu bapa hanya menghantar pelajar di pintu pagar sahaja.
  • Pelajar perlu berada di tadika sebelum 8 pagi.
  • Pelajar perlu salam dan cium tangan cikgu dan ibu bapa semasa pergi dan pulang.
  • Pelajar tidak boleh membawa makanan atau mainan.


Dah siap sesi taklimat ibu bapa, pelajar di panggil mengikut kelas dan masuk ke kelas. Adam tak nak duduk seperti pelajar lain. Sedih sangat Adam macam mommy daddy nak tinggalkan dia terus dekat tadika. 

Orientasi PASTI Little Syabab
Hari pertama di PASTI Little Syabab, Adam ditenangkan oleh ustazah Tahun 5

Mommy bawa Anis dan Amal duduk di meja belajar, baru lah Adam nak duduk. Pelajar lain semua steady je. Ok, korang jangan gelakkan Adam tau! Senyum tahan-tahan je. 


Adam dah dapat kawan baru yang mempunyai nama sama iaitu Muhammad Rayyan. Kebetulan betul mereka berdua berseluar coklat dan berbaju oren pada hari tersebut.

Adam dan Rayyan

Bila mommy nak ambil gambar ni, Adam mood dah ok. Mommy ajak Rayyan bergambar bersama. Haaa tengok baju dan seluar sama macam berjanji. Harap korang dapat berkawan baik-baik.

Ini pengalaman pertama Adam Rayyan bersekolah. Juga pengalaman pertama mommy menguruskan anak ke sekolah walaupon hanya orientasi. Risau juga mommy memikirkan Adam nak sekolah ni. Harap semua baik-baik sahaja.
Walaupon dah lama berpindah, hubungan baik dengan jiran sebelah rumah sewa lama tetap utuh. Walaupon berlainan agama dan bangsa, bukan asbab untuk berbaik sesama makhluk di dunia ini. 

Aunty Leyla siap call tanya khabar Adam, Anis, Amal. Bukan tu je Aunty Leyla tanya khabar mak abah dan mak ayah mentua dan perihal adik-adik. 

Soalan yang buat aku gelak bila aunty tanya masa aunty Leyla call beberapa hari lepas; 

"Ada baby lagi ke?" 

Hahahaa aunty ni.. Kalau orang lain tanya aku mesti dah bengang jerrr.. Aunty tanya aku geli hati.. Hihihi 

Bergambar dengan aunty Leyla dan uncle Raja; tudung tak jadi daddyG tak bagitau pon

Adam dan Anis masih ingat Aunty Leyla dan Uncle Raja. Sampai je rumah Aunty Leyla, Anis melambai-lambai kegembiraan. Adam pula terus masuk ke dalam rumah mencari Uncle Raja.


Terima kasih aunty leyla, sayang kami semua. Kami pun sayang aunty. 
Semalam hari pertama tahun 2016. Semalam hari pertama dari 366 hari. Semalam cuti awal tahun. Semalam mommy seharian menjaga Adam Anis Amal sehingga kepenatan dan tiada masa nak update blog. Ahhhh alasan!

Sungguh laaa. Amal terlalu aktif dan tak boleh dibiarkan bermain sendirian. 


Dari pagi sampai ke petang dan malam Amal join Adam dan Anis main tilam angin. Dia berani teramat sangat sehingga mommy kena perhatikan setiap masa.

Mommy pon hangin la sebab mereka tak berhenti bermain atas tilam angin tu sampai ke malam. Solusi terakhir; buang angin.


Hambik! Tak boleh main langsung dan mereka pon berhenti bermain. Hahaha