Sebelum bergerak balik kampung kami singgah makan di Restoren Hakim. 


Tak pernah daddyG order air kopi. Mengantuk ke?


Kami makan nasi mamak. Sekali sekala makan kat sini sedap tau. 


Awal hari ni makan nasi. Bekalan 5 jam perjalanan balik kampung.


Ini budak tecik pon makan ayam goreng Hakim. 


Bukan main hepi. Macam dah besar sangat. 8 bulan 23 hari. 

*doakan kami selamat pulang ke kampung
Sebenarnya banyak entri mommy nak kena buat. Tapi masa nak berfikir tak ada. Badan buat banyak kerja sehingga otak penat. Ni pon mommy dah mengantuk sebenarnya. Sekarang dah pukul 2 pagi. Mommy baru sudah kemas baju untuk balik kampung esok. Mommy nak satu keluarga pakai sedondon. Maka gigih la mommy mencari dan match kan baju yang sesuai. Perlukah pakai sedondon?


Baju ini sahaja yang ada sedondon lima beranak. Baju raya puasa 2015.


Nak sedondon tu terpulang kepada individu. Mommy rasa dengan sedondon, lagi bertambah comel.


Macam nak kena shopping lagi baju anak-anak ni. Tak banyak pilihan baju untuk berjalan. Asyik ulang yang sama je.
Positive parenting bukan bererti kita tidak boleh menegur anak-anak. Tegur bukan marah atau melarang. Anak nak membesar, biar kan saja mereka selagi selamat. Jatuh sikit-sikit takpe la. Jatuh teruk-teruk siapa yang susah? Awak dan anak awak juga la, bukan orang lain. Biarkan saja anak buat apa selagi tak sampai LIMIT. Haaa limit pon kena ada. Dah anak tu sampai nak terjun sofa, kau nak tengok je? Memang pelik la kalau ada parents yang relax je. Gelabah bewak mommy, terus ambil anak. Mommy tegur bukan marah. Dah besar macam kakak atau abang boleh la memanjat ye dik.

Tegur bukan marah atau melarang
Tegur bukan marah atau melarang

Tegur anak bukan marah atau melarang

"Sayang oi, kalau jatuh sofa tu naya tau. Kakak dengan abang boleh la turun kat situ, depa dah besar.", mommy membebel pada Amal sambil peluk kuat. Sebesar mana usia anak itu atau sejauh mana kefahaman anak itu, kita perlu sentiasa mengingati mereka. 


Faham ke Amal mommy membebel? Tak berapa lama, dia panjat sofa lagi. Eh tak padan dengan umur 8 bulan. Dulu zaman Adam dan Anis membesar tak ada sofa. Kalau ada, sama juga la tu. Itu lah ragam anak nak membesar dengan berjaya dan sihat.

Kalau ada benda tak betul anak buat, kena la tegur. Tegur on the spot. Budak ni tak faham lagi. Kita sebagai mak ayah la kena main peranan. Anak tu cermin mak bapak dia. Pergi mana-mana ceramah keibubapaan itu lah statement yang tak pernah miss di sebut.

Proses anak membesar

Tadi situasi si adik comel yang berusia 8 bulan. Adik cuba mengikut tingkahlaku abang dan kakak. Jom kita tengok situasi abang dan kakak.

Mengulangi perkara yang sama

Dah cakap banyak kali pon anak masih ulangi perkara yang sama? 
-dalam sehari berkali-kali tumpahkan air
-masih menggigit kuku walau ditegur selalu
-masih menjerit dan bermain dengan bisingnya walaupon dah minta tolong diam seketika

Sebenarnya dulu kau kecil pun macam tu la jugak. Kalau pasif tu tanda anak ada penyakit. Sekarang masa kita, tak boleh ke kita bersabar sebagaimana mak ayah bersabar membesarkan kita dahulu. 

Kes abang dan kakak; mereka suka bermain sambil menjerit dan bergelak ketawa besar. Tapi mereka hanya aktif bila tak ada orang luar atau bersama orang yang mereka sudah kenali. Kalau di luar, mereka sangat baik sekali. 

Apa mommy buat sehingga anak jadi baik sangat tu? Mommy, Adam, Anis, Amal jaga hati daddy elok-elok, daddy pon jaga hati mommy, Adam, Anis Amal elok-elok. Baru daddy suka nak bawa kita jalan-jalan atau makan di luar. Kalau tidak, kita lepak kat rumah je la. "Nak keluar jalan-jalan kena buat perangai baik-baik tau.".

Kalau makan di luar, anak-anak buat hal, nak kenyang pon tak sempat. Balik rumah, perut dah lapar semula. Kami jarang menghabiskan masa saja-saja di luar rumah. Kami selalu keluar pergi beli barang dapur, teman mommy pergi event atau beridah di padang. Daddy lagi suka makan kat rumah.

Bila mommy atau daddy dah penat, jeritan suara nyaring anak-anak akan mendatangkan kemarahan. Bila kepala dah sakit dan bingit, ada kau masih membiarkan anak-anak riuh rendah lagi?. "Mommy sakit kepala ni, tolong main diam-diam boleh?". Kita sendiri pon tak suka gangguan, maka jangan di ganggu aktiviti mereka. Cuma berikan syarat dan limit. Dah penat main, diam la nanti. 

Anak tantrum?

Anak tantrum di khalayak ramai. Dulu-dulu mommy biasa la tengok anak-anak orang yang menjerit apabila kemahuan tak dipenuhi. Pernah dengan anak saudara sendiri. Hahaha masa ni baru sedar sikit bagaimana perasaan mak-mak melayan anak yang sedang buat hal. Pengalaman sendiri pula; anak pertama, alhamdulillah tak ada pula nak tantrum di khalayak ramai. Anak kedua, dia tidur terus atas lantai. Dengan orang lalu lalang. Hahahaa adoi la anak. Baru la mommy merasai perasaan mak yang ada anak tantrum di khalayak ramai.

Antara solusinya adalah:-
-dukung 
-biarkan; kes ini bila mommy dan daddy malas nak layan. Orang tengok kita senyum jela. 

Gambar dari mommy She

Baru-baru ni mommy join parenting talk. Anis naik ke atas pentas atas ajakan orang lain. Mommy terus pergi ambil Anis yang mula bergembira di atas pentas, sedangkan penceramah sedang bercakap. Mommy bukan malu, mommy sendiri tak dapat nak fokus pada ucapan penceramah bila melihat anak di atas pentas. Lain la kalau penceramah tersebut menjemput Anis untuk naik ke pentas. Jika mommy sendiri tak dapat fokus pada ceramah, bagaimana dengan ibu bapa yang lain? Adakah anda akan biarkan anak mengganggu majlis berbayar? 

Sentiasa positive dengan tingkah laku anak namun harus lah ada limitnya. Membiarkan anak membuat apa sahaja tanpa limit dan tanpa teguran pasti akan mengundang sesuatu.

Mommy dapat email jemputan ke Kidzania Kuala Lumpur untuk program Meet-the-Experts forums yang diadakan pada Sabtu dan Ahad lepas. 

Positive Parenting
Pengasuhan Positif

Kami datang lagi untuk kali kedua ke Kidzania Kuala Lumpur. Dulu berempat, sekarang berlima. Dulu boyot, sekarang slim. Erkk takde la slim sangat pon. Dalam gambar semua bambam lagi.

Kelab Blogger Ben Ashaari di Kidzania

Mommy excited untuk join positive parenting forum ni. Penting juga forum parenting untuk memberi kesedaran dan membuatkan ibu dan bapa sentiasa positive dalam membesarkan anak-anak.

Amal Insyirah yang comel selalu

Mommy sampai 11:30 pagi, kami register dan masuk ke dalam Kidzania dahulu. Mommy siap pakai dua jam kidzania. Satu wakil untuk baby Amal. Daddy kata kita jadi ultraman! Hahaaa

Yeay we go! Kidzania!

Masa pendaftaran ni Adam dah berlagu. Adam taknak pakai jam kidzania tu. Daddy la yang memujuk. Pandai daddy bab memujuk segera ni.


Adam dan Anis masing-masing mendapat cek 50 Kidzo. Perkara pertama perlu dilakukan adalah cash kan cek dahulu.

CIMB Kidzania

Kidzania mengajar anak-anak berdikari. Ibu bapa hanya boleh melihat dari luar sahaja. 

Belajar berdikari. Hehe comel je Anis. Selalu mommy akan berdepan dengan masalah begini bila meja kaunter terlalu tinggi.

Ini merupakan kali pertama Adam dan Anis kena berhadapan dengan dunia luar tanpa mommy dan daddy. 

Selamat bekerja!

Kebanyakan pekerjaan dan aktiviti di sini untuk kanak-kanak berusia 6 tahun ke atas. Mommy jalan sekali dengan blogger kak sue. Anak kak sue dah berusia 9 tahun. Haa harapan kononnya ada kawan boleh la Adam join berkerja di Spritzer, Kidzania ni.

Yeay Adam ada geng. 

Malangnya, bila di panggil masuk, Adam tak nak. Tak makan pujuk juga. Jadinya abang seorang je bekerja.

Ambulan Kidzania

Adam dan Anis hanya memerhati sahaja. 1.30 mommy masuk hall untuk forum. Apa isi forum? Next entri ya!

Eh jap! Mommy nak share entrance fee ke Kidzania. Pembayaran secara online akan dapat 10% diskaun.


Tiba-tiba mood membebel datang. Berapa banyak perkataan la dapat aku bebel hari ni. Semuanya bermula dengan artikal bertajuk "Rm41.60 cukup tampung belanja keluarga Miskin untuk sebulan". Dia siap BESARkan huruf M.


Tindakan baik mereka dengan memberi bantuan kepada golongan M telah menyebabkan harga barang lain naik. Segala mak nenek harga naik. Adakah anda membantu golongan marhaen seperti kami?

Sepatutnya kita hapuskan golongan M. Hidup sama-sama merasa. Sama-sama senang. Baru la betul kau membantu. Ini yang kaya semakin kaya, yang M semakin papa kedana. Nak menjadi kaya jauh sangat la. Nak menyimpan pon tak sempat!

Ya, hidup bersederhana! Kami hidup bersederhana, korek lubang tutup lubang, kambus lubang A, buka lubang B untuk hidup bersederhana. Kami bukan duduk saja! Kami masih kuat bekerja. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Abah aku motong getah. Cari duit. Bila hujan tak henti-henti, duit tak boleh nak masuk. Abah buat kerisik pula. Abah jual kerisik. Abah ambil buah kelapa dari pokok hasil mak tanam sendiri. Abah tak pernah la dok diam cari rezeki. Abah tak pernah berhenti cari kerja. Rezeki tak kan datang bergolek. Abah jual kelapa la. Abah jual serai la. Abah jual kopi la. Abah akan jual apa sahaja yang boleh mendatangkan duit.

Sampai satu masa ada orang buang semua pokok kopi mak, aku sedih sangat. Bukan aku je marah. Seisi keluarga sedih dan marah. Tak boleh langsung mereka fikir. Duit kopi tu la yang mak abah aku guna untuk besarkan kami. Kemudian bukan nak ganti semula pokok-pokok mak aku yang mereka dah musnahkan. 

Orang senang tak apa la barang mahal pon. Semua boleh beli. Aku ni, sedih bila nak beli barang. Aku kena fikir, keperluan atau kehendak. Kesian laki aku kerja bagai nak rak. Kadang-kadang aku rasa nak jugak. Bukan selalu pon.

Barang-barang aku, anak-anak dan suami kami pakai sampai buruk terkoyak baru berganti. Ha baju laki aku sampai koyak lusuh pon dia tak nak beli baru. "Kita mana ada duit.". Sedih gila dengar. Suami lebih utamakan barang keluarga. Diri dia tak apa. Pakai je mana yang ada. Makan je apa pun. Mujur la tak dapat bini yang kuat melaram.

Aku sedih bila fikir mak abah aku dah tua-tua tapi kerja keras. Abah dah 68 tahun. Mak pula 66 tahun. Harapkan abang dan kakak aku la bantu. Aku nak bantu pon aku pon tak bergaji. 

Aku tak kerja? Aku kerja jaga anak-anak. Jaga makan pakai anak-anak dan suami. Jaga rumah. Kerja aku non stop. Kalau aku rehat, rumah macam tongkang pecah. Kalau aku tak rehat pon sama juga rumah tak pernah nak kemas sebab ada anak-anak yang rajin tolong kemas.

Kalau aku kerja, anak kena hantar nurseri. Gaji habis bayar duit bulan-bulan ke nurseri anak 3 orang. Kos minyak dan tol pergi keja dah berapa. Nak jaga rumah dan suami lagi. Ambik org gaji jaga anak dan kemas rumah serupa la bagi laki kawin lagi sorang, kata suami tercinta.

Nak pergi kerja dengan apa? Beli lagi satu kereta. Hahh tambah lagi beban bulanan. Mesti ada mulut bising kenapa tak guna motor. Aku tak ada lesen motor. Emak tak bagi bawa motor, inikan pula suami nak bagi bawa motor. Suami aku kerja pagi-pagi balik hari dah gelap, aku tak akan ambil risiko. Aku tunggu suami balik rumah hari-hari dengan selamat. Kalau dengan motor, mau la stress lagi tunggu.


Mungkin nasib kita dah begini. Sekarang ni pon aku tengah usaha kuat menjadikan blog aku ni sebagai harta. Masuk sikit-sikit buat hati gembira. Kalau dapat banyak, Alhamdulillah. #syukurselalu #malaysiamasihaman