Susu segar ada dua jenis; pasteur dan unpasteur.

Yang mana lebih baik? Jom kita study apa perbezaan antara susu segar pasteur dan unpasteur.

Susu Segar (unpasteur) adalah susu yang datang secara terus dari haiwan ternakan (lembu, kerbau atau kambing). Susu Segar mengandungi hampir 99.9% khasiat susu sebenar. Susu Segar biasanya boleh dibeli terus dari ladang atau melalui orang persendirian (penternak lembu atau kambing). Susu Segar agak sukar dicari di kawasan bandar.

Susu Segar pasteur sama seperti susu segar di atas, bezanya susu ini telah melalui satu proses pempasteuran di kilang. Tujuan pempasteuran adalah untuk memastikan bakteria yang ada dalam susu segar dibunuh. Jadi susu segar boleh disimpan lebih lama dalam suhu sejuk 30 hingga 40 C.

Perbezaan nutrisi
   
Kalsium dan Phosphorus      
Susu segar 99.9% 
Susu segar pasteur 95%

Thiamin dan Vitamin B12
Susu segar 99.9% 
Susu segar pasteur 85%

Vitamin C
Susu segar 99.9% 
Susu segar pasteur 80%

Sebelum ni mommy Irra minum susu Kambing Nubian. Nubian merupakan susu pasteur. So lepas ni mommy nak cuba unpasteur susu segar Kambing keluaran Panching Farm. Mommy dah booking pon. Nanti dah dapat mommy buat review pasal Unpasteur Susu Segar Kambing. :D


Ini merupakan kambing-kambing di Panching Farm. Putih bersih dan selalu di mandikan.





Sedap ke? Kena tunggu mommy rasa dahulu. Arghh tak sabar tunggu stok susu segar kambing Panching Farm awal Mac nanti.

So semua dah boleh buat kesimpulan susu segar mana yang lebih baik kan? Jom amalkan pemakanan sihat dan sunnah Nabi.


Apa yang kita lakukan hari ini akan menentukan dan mencorakkan masa depan kita, lakukan yang terbaik.

Apa yang kita lakukan hari ini akan menentukan dan mencorakkan masa depan kita, lakukan yang terbaik.

-Motivasi Memburu Kejayaan Datuk Maznah Hamid


Saya akan buat yang terbaik!


Jom bagi ikan makan. Ikan-ikan ni makan bersungguh-sungguh.


Mungkin sebab banyak sangat ikan. Jadi mereka terpaksa bersaing untuk mendapatkan makanan.


Tapi kan, cuba tengok ikan-ikan ni. Saiznya besar dan gemuk-gemuk. 


Ikan keli pon ada. Berebut-rebut makan pon mereka sangat sihat. Untung la dapat makan.

Adam Rayyan seronok kat sini. Tengok ikan besar-besar makan. Anis Insyirah mana?


Anis Insyirah pon mengisi perut juga. Hahaha. Mana aci bagi ikan je makan. 

Jom g Farm In The City. Dibuka setiap hari kecuali Selasa. 

Public Holiday buka dari 9:30am - 6pm
Weekdays buka dari 10am-6pm

Bayaran
Dewasa RM35
Kanak-kanak RM25
Tinggi kurang 90cm masuk adalah percuma.


Sekiranya anda tahu bahawa anda tidak mungkin gagal, apakah pilihan dan tindakan anda?

Sekiranya anda tahu bahawa anda tidak mungkin gagal, apakah pilihan dan tindakan anda?
-Motivasi Memburu Kejayaan Datuk Maznah Hamid


Mesti la kita pasang matlamat setinggi awan kan...so berusahalah mengejar matlamat. Tiada kejayaan yang datang bergolek.


Last time mommy bergambar je kat Longkang Fish, Farm In The City.

Kali ni kami mengambil peluang merasa bagaimana perasaan dapat menyauk ikan. 

Mula-mula daddyG sauk dulu. Tapi tak dapat apa pon. So mommy pon nak tunjuk skill la konon. 

Taraaaaa...dengan sekali sauk je dapat seekor ikan. Hahahaa jadi la daripada tak dapat apa langsung kan. 

Sauk ikan di longkang fish

Bangga sungguh mommy dapat ikan seekor. Kemudian try lagi. Tak de dah..haaa tu la tadi bangga diri sangat. Ahahahaaa

Adam Rayyan taknak join. Dia nak tengok je. Anis Insyirah dah kepenatan. Mommy daddy je bersemangat waja lagi.


Kalau nak pergi ke Farm In The City ni kena plan betul-betul. Bila public holiday, orang ramai sangat. 

Pakaian pon kena yang bersesuaian. Ingat cuaca redup macam hari tu. Sekali hari ni cuaca panas. Kesian Anis Insyirah. Dah la mommy lupa nak bawa kipas baby tu. 

Nanti kita datang lagi bawa adik baby pulak :D