Mommy preggy 35 minggu 5 hari

Anak ke 3 - Girl
Berat semasa 60 kg
Sebelum pregnant 45 kg
Penambahan 15 kg
Berat baby scan tak tahu.
Berat baby lahir ? minggu - ? kg

Anak ke 2 - Girl
Berat semasa 61 kg
Sebelum pregnant 42 kg
Penambahan 19 kg
Berat baby lahir 40 minggu - 3.67 kg

Anak pertama - Boy
Berat semasa 65 kg
Sebelum pregnant 44 kg
Penambahan 21 kg 
Berat baby lahir 37 minggu - 2.88 kg 


Tanya pasal kedudukan baby je kat doktor tadi. Terlupa nak tanya berat baby. T_T 


Hari ni g checkup seperti biasa di Klinik Dunia Medik, Seksyen 23, Shah Alam. 

Urine normal
Berat ok
Bp normal
Baby sihat 

31 hari sahaja lagi! Caiyok caiyok mommy! 


Semalam daddyG bawa anak-anak bermain di padang. Seronok lah Adam Rayyan dapat bermain bola dengan daddy. 


Tapi tak ada gambar. Jauh ke tengah padang mereka main bola.


Mommy jaga kakak Anis Insyirah tidur. Dia tidur dalam kereta dan tak sedar dah walaupon diganggu.


Orang nak bawa dia g beriadah. Dia boleh tidur dalam bising-bising orang bermain di padang. Haha


Anis Insyirah tidur sampai 9 malam. Huhuhu


Pukul 1 pagi baru dia tidur semula.


Anak kunci kejayaan diri dan kehidupan bermula dengan wujudnya tujuan hidup atau matlamat. Hanya dengan mempunyai matlamat yang jelas, spesifik dan realistik, barulah timbul semangat, motivasi dan kesedaran seseorang mengenai betapa pentingnya mencapai matlamat.

Anak kunci kejayaan diri dan kehidupan bermula dengan wujudnya tujuan hidup atau matlamat. Hanya dengan mempunyai matlamat yang jelas, spesifik dan realistik, barulah timbul semangat, motivasi dan kesedaran seseorang mengenai betapa pentingnya mencapai matlamat

-Motivasi Memburu Kejayaan Datuk Maznah Hamid


#motivasidirisendiri #peringatanbuatdirisendiri #motivasihariini #kejayaanmilikorangyangberusaha

Saya nak berjaya!

Jom kita sama2 senaraikan matlamat jangka pendek dan jangka panjang, matlamat yang jelas, spesifik dan realistik. 


Matlamat adalah untuk dimiliki dan dinikmati sebagai memenuhi kehendak psikologi manusia kerana pencapaiannya akan menimbulkan perasaan bangga, gembira dan kepuasan kepada diri kita.

Matlamat adalah untuk dimiliki dan dinikmati sebagai memenuhi kehendak psikologi manusia kerana pencapaiannya akan menimbulkan perasaan bangga, gembira dan kepuasan kepada diri kita.

-Motivasi Memburu Kejayaan Datuk Maznah Hamid


Semua orang nak berjaya dalam hidup. Matlamat ada matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Jadi kita spesifik kan matlamat. 

Contoh semalam matlamat mommy nak jalan-jalan. Pergi Farm In The City. Dugaan datang iaitu sakit perut. Tapi redah pergi juga. Tak pe kalau sakit tiba-tiba kita cari toilet. Hehehe.. Alhamdulillah, sampai juga ke Farm In The City untuk second trip. 

Matlamat lain: nak dekatkan anak-anak dengan binatang supaya berani. Alhamdulillah nampak perubahan apabila mereka seolah-olah dah biasa dengan Farm In The City. Cuaca dan persekitaran yang ramai orang kerana cuti Chinese New Year jela buat keadaan jadi bingit dan panas. Rasa seronok sangat melihat Adam Rayyan dan Anis Insyirah jadi lebih berani dari sebelum ni.

Matlamat lain: blogger arzmoha nak jumpa daddyG. Mommy la suggest Farm In The City menemukan dua orang kawan ni.

So semalam beberapa matlamat telah dicapai. Matlamat hari ini adalah daddyG nak bawa Adam Rayyan dan Anis Insyirah pergi main kat padang. 

Ahaha ni dah sihat ke mommy irra membebel panjang ni? K laa adioss jumpa lagi :D


Blogger arzmoha merupakan kawan daddyG. Cuti CNY arzmoha datang bercuti di Putrajaya. Mommy ajak arz berjumpa di Farm In The City.


Kali terakhir kami jumpa blogger arzmoha pada Jun 2012.


Cik Akak pon berani nak bagi tortoise makan.


Ini la sifoo awal mommy irra dalam dunia blogging. 


Abah ada dua babyyyy..boleh dah bagi cik akak kawan ni arz...


Kami masuk ke Farm In The City pukul10 pagi. Pergi ke semua station. Dua kali berhenti rehat. Habis semua destinasi, kami makan dahulu. Berpisah dan bergerak pulang pukul 1:30 tengahari. 

Ada rezeki kita jumpa lagi.