Jari melepuh, tangan bengkak kerana kuman jahat

Hari Khamis minggu lepas, dalam perjalanan ke GM Klang, mommy baru perasan jari Amal melepuh.

"Eh kenapa jari Amal ni? Kena iron ke?", soal mommy kepada daddyG. Biasa kalau melepuh ni kesan kena iron atau air panas. Mustahil la kena air panas.

Masa ni mommy tak ambil gambar lagi. Kecil je gelembung air tu. Tapiiiii, masa tengah sibuk beli mainan, terkejut kami tengok tangan Amal bengkak macam dalam gambar di bawah.


Gelembung air tu pon makin membesar. Laaaa kenapa pulak adik Amal ni. Jari pon membengkak macam belon. Pagi tu kami ke PPUM untuk periksa telinga Amal. Panjang cerita kes kenapa kami ke PPUM ni. Nanti lah mommy cerita dalam entri lain. Doktor ada bagi antibiotik titis. Haaa sebab ubat antibiotik ke?


Malamnya tangan Amal makin bengkak. Mommy tengok memang takut lah. Macam nak meletup je bengkaknya. 


Tengok gelembung air membesar buat mommy bertambah takut. Mommy sapu Gel Bidara. Mommy nekad untuk cuba cara natural sahaja. Sekejap-sekejap mommy whatsapp En Nizam Herbalist dan isterinya. Tunjuk gambar dan perkembangan tangan Amal.


Atas kening Amal ada biji-biji ruam kesan Amal menggaru. Tempat mana yang berjaya dicapai dek jari jemari mulus Amal tu akan jadi ruam. Dulu masa kena campak pon jadi benda yang sama. Kesan garu yang melampau akan jadi macam ni. Mommy tak risau sangat walaupon nampak macam ermmm,,, korang mesti risau kan.. Nanti seminggu dua dia hilang lah. 


Bagi mommy, benda dah jadi. Let it be. Come and go naturally. Kalau mommy sapu chemical nanti akan lagi teruk. Pengalaman lama dah mengajar mommy macam-macam. Cuak. Takut. Tapi jangan cepat melatah! Selagi Amal tak demam, Amal aktif dan ceria, semua akan OK. 


Walaupon gelembung ni nampak macam menakutkan, Amal tak sakit. Amal tak demam. Amal tak merengek. Amal main macam biasa.


Esok pagi gelembung tu pecah. Huwaaa nampak macam menakutkan lagi. Nampak isi merah. Tangan kiri dan kanan berbeza sangat. Bukan jari yang ada gelembung je bengkak. Jari sebelah pon bengkak. Tangan bengkak. 


Air bisa masih keluar. Air bisa ni kalau kena tempat lain akan jadi ruam macam gambar kening kat atas. Jadi mommy kena alert dengan pergerakan Amal.


Macam-macam dugaan adik nak besar. Besar lagi dugaan kakak Anis dulu. Setahun kakak kena ekzema. 


Mommy sapu bedak sejuk kelulut dan gel bidara. Dari Anis kena ekzema sampai sekarang, gel bidara sangat membantu. Semua penyakit boleh guna gel bidara. 


Selagi jari Amal masih merah, tandanya masih ada oksigen di situ.


Sayu hati tengok anak sakit kan. 


Lambat la luka ni nak baik sebab Amal masuk mulut jari dia. Haa nampak sangat dia tak sakit kan...


Gambar-gambar ni mommy ambil dan tunjukkan pada doktor. Mommy jumpa doktor juga. Mommy guna cara natural bukan bererti mommy anti doktor kan. Hahaa


Hari Sabtu baru sempat pergi klinik panel. Doktor kata ini bukan sebab antibiotik. Ini sebab kuman banyak kat hujung jari tu. Jari tu lah Amal dok garu telinga dia bernanah. 


Doktor pon kata dah banyak berbeza daripada gambar yang mommy tunjuk. Gambar kat atas-atas tu lah. Tinggal jari je yang masih bengkak.


Hari Ahad nampak semua dah semakin baik. Luka tu lambat la nak pulih sebab Amal suka masuk mulut. Grrr sabar je la..


Semoga cepat baik luka di jari dan ruam di muka Amal. 

9 comments:

  1. dekat mata tu ada kena ngena jugak ke? Semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  2. Keaiannya amal.. Ade je dugaan budak comel nie. Moga cepat sembuh dan membesar dengan sihat ye amal.

    ReplyDelete
  3. Nad tengok pun nak mennagis..takleh tengok budak cedera ke ape..amal cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar keciannya tengok.. Semoga cepat sembuh amal

    ReplyDelete
  5. alahaii siannye.. cepat sembuh ya..

    risaukan kalau anak anak demam/sakit.. penah kene kat anak lelaki...melepuh kt kepala sebab jangkitan kuman jugak.. terukkkk sgt..huhuuu

    ReplyDelete
  6. Cukup susah hati bila anak didatangi penyakit.. :(

    ReplyDelete
  7. owh.. pernah nampak gmbr ni kat fb doc kawan kita minta pendapat. rupanya anak awak..semoga diberi kesembuhan segera.

    ReplyDelete
  8. Kesian amal...kuman jahat jgn datang lagi dekat amal tau..

    ReplyDelete