Berat normal bayi baru lahir

Mommy agak risau baby membesar dalam perut. Tambahan pula ada kencing manis semasa mengandung. Ibu mengandung dijaga rapi kandungan gula dalam darah (BSP) salah satu sebabnya adalah taknak baby besar. 

Disebabkan kerisauan mommy, doktor tanya "Awak tahu tak berat baby normal berapa?"

"Berapa doktor?"

"Bawah 4 kg." , jawab doktor. 

Wahhh.. kalau 2.88 kg (berat Adam, anak pertama) doktor gunting besar, macam mana kalau 4 kg. Sebab tu mommy nak baby bawah 3 kg. Moga senang nak beranak. 


Perkara pertama yang mommy tanya selepas nurse ambil baby dalam Labour Room, "Berapa berat anak saya?"

"Puan jangan risau ya. Nanti kita akan bagitahu puan.", balas nurse.

Kalau anak orang lain pun mommy lebih nak tahu berat baby.

Kalau baby besar, kagumnya si ibu boleh melahirkan baby besar.

Kalau baby kecil(bawah 3kg), teringin nak baby kecil. Mungkin senang nak meneran. Kalau baby 3.67 (Anis), mommy boleh push, inikan pula baby bawah 3kg kan.

Ayra anak mommy irra

Ayra lahir 11.51 malam 12 Mac. Mommy tahu berat Ayra 2.99 kg pada pukul 9.40 pagi 13 Mac. 

Ayra Insyirah

Berat baby bawah 3kg. Tapi susah mommy nak push. Mungkin masa tu mommy dah tak ada tenaga sangat. Apa pun Alhamdulillah semua selamat.

1 comment:

  1. Alhamdulillah.Dah habis pantang pun mommy Irra..syukur.

    ReplyDelete