Mari Belajar Mengenai Ekzema bersama Dr Kartini Farah Rahim

Mari Belajar Mengenai Ekzema bersama Dr  Kartini Farah Rahim | Baru-baru ini mommy irra berkesempatan menyertai Sesi Kaunseling Belajar Mengenai Ekzema bersama Dr Kartini Farah Rahim, Pakar Dermatologi dari Avisena Specialist Hospital.

Anak mommy ada ekzema 2013/2014

Bersama Dr Kartini Farah Rahim, Pakar Dermatologi, Avisena Specialist Hospital dan anak mommy yang masa baby kena ekzema.

Ekzema dan bayi sangat sinonim sekarang ni. Rata-rata bayi baru lahir ada ekzema. Ekzema bukanlah penyakit berbahaya atau berjangkit. Ekzema boleh dikawal dengan baik. 

Ekzema bukan sahaja kena pada bayi. Ekzema tidak mengenal usia. Dari bayi, kanak-kanak, orang dewasa malah orang tua boleh mendapat ekzema. Jadi molek lah kita mengambil tahu serba sedikit mengenai ekzema.

Sebaik sahaja ekzema Anis dah baik, mommy pula yang kena ekzema. Jadi mommy sertai sesi kaunseling ini untuk menimba ilmu bagi diri sendiri. 

Adakah ini ekzema?

Ekzema adalah masalah keradangan kulit yang lazim, berulang-ulang dan gatal.

Bentuk awal semua jenis ekzema
- bintik-bintik halus/kasar
- gatal
- merah
- kering atau bersisik

Antara ciri lain ekzema adalah sejarah ekzema, asma, resdung, alergik. Kemungkinan besar mereka yang ada sejarah di atas akan mendapat ekzema.

Anak mommy sendiri dahulu tahun 2013/2014 ada ekzema. Boleh tengok di link ini http://anisinsyirahmohdrafhan.blogspot.com mommy simpan untuk kenangan.

Walaupun ekzema tak berbahaya, namun kesan ekzema pada kami sekeluarga sangat besar. Ibu ayah yang ada ekzema beruntung sangat dapat join Sesi Kaunseling bersama Dr Kartini ini. Pendedahan banyak benda baru yang memudahkan penjagaan anak ekzema atau mengawal ekzema. 

Untuk sesi kaunseling ini, kami belajar secara amali. Banyak benda baru yang dapat belajar mengenai ekzema. Dan mommy nak kongsikan dengan anda semua. Antaranya:-

Teknik Mengawal Ekzema Kering

- cara betul mandi
Mandi guna pencuci yang tidak berbuih. Bukan sabun. Lepas mandi, dab badan bukan gosok ( dab dab saja).

- cara betul memakai pelembap
Lepas dap badan, lumurkan pelembap. Masa basah lagi tu, senang nak ratakan pelembap.


- cara betul pilih pelembap
Untuk kulit kering sangat, pakaikan pelembap yang lebih tahan lama(ointment)

Air -> Lotion -> Cream -> 
Ointment - >Vaseline

Turutan pelembap semakin tahan lama

Pemilihan pelembap bergantung kepada:-
- tahap kekeringan kulit
- cuaca
- kesesuaian bayi
- kos

Pelembap yang baik mesti mengandungi minyak (galian atau tumbuhan)

Tambahan glycerin, ceramide, kolestrol, free fatty acids. Bahan-bahan yang membantu: squalene, Sodium Hyaluronate, Glycyrrhetic acid, palmitoylethonalamine, telmesteine, Vitamin E.

Anda boleh rujuk www.ewg.org/skindeep untuk mengetahui bahan yang ada dalam setiap produk yang kita gunakan adalah terbaik.

Untuk ekzema basah, gunakan lotion / KMNO4
Untuk ekzema kering, gunakan pelembap krim/minyak
Untuk ekzema tebal, gunakan pelembap minyak

- cara pelembap kekal lama
Lepas lumur pelembap, tutup dengan ointment


Untuk sapuan steroid, mohon rujuk dengan doktor pakar Dermatologi yang merawat anda ya. 

- Pembalut  fabrik elastik (wet wrap)
Lumur pelembap, sapu ointment, wet wrap. Tahan 4 jam.


Kebaikan wet wrap
- menyejukkan kulit
- meninggikan kelembapan kulit
- mengurangkan gatal
- menghalang dari tergaru

Ekzema mendatangkan stress. Stress akan merangsang ekzema. Jadi, pesakit mahupon kedua ibu bapa pesakit ekzema perlu mengawal emosi. Antara aktiviti yang membantu mengawal emosi ini adalah:-
  • senaman ringan/riadah
  • bersikap positif
  • menghubungi rakan yang mengalami ekzema, berkongsi pendapat dan mendapat ilmu
  • ikut kumpulan sokongan seperti Malaysia Eczema Support Community
  • berjumpa dengan pakar psikiatri atau Psikologi


Kalau ada lagi kelas amali mengenai ekzema ni, mommy akan kongsikan dengan anda. Belajar face to face lagi mudah hadam kan. Semoga perkongsian ini  serba sedikit membantu anda yang menghidap ekzema atau pon ada anak ekzema. 

4 comments:

  1. Perkongsian yang menarik. LeYa dan keturunan memang ada ekzema ni. Jadi semua anak-anak buah yang lahir, pasti ada ekzema. Dan kami memang mengikut nasihat doktor untuk merawat ekzema ini.

    ReplyDelete
  2. Sebelum ni cikla ingat ekzema bdk2 je kena. Tp org dewasa pun boleh kena eh.. Good sharing mommy...

    ReplyDelete
  3. Derita bila tengok gambar anis. Auni yang gatal sikit pun menangis rasa, inikan pula kanak-kanak yang hadap eczema. Terima kasih kak irra share info berguna. Good for mommiessss :)

    ReplyDelete