8 Langkah mudah memikat anak makan secara sihat

8 Langkah mudah memikat anak makan secara sihat | Sudah semestinya makanan tidak sihat bukan sahaja menjadi pilihan kanak-kanak, malah menjadi pilihan utama orang dewasa. Yang tidak sihat itu lebih sedap berbanding makanan sihat. Pasti anda setuju 100% dengan kenyataan mommy. Jadi kali ini mommy ingin kongsikan 8 langkah mudah untuk memikat anak makan secara sihat.

Sebenarnya, bukan Si Manja tidak mahu makan makanan sihat, tetapi pengaruh persekitaran menjebakkan Si Manja dengan makanan tidak sihat. Maka sebagai seorang ibu, kita memainkan peranan penting untuk menggalakkan Si Manja makan secara sihat dan berkhasiat. Jadi di sini, ibu perlu lebih kreatif dalam menyediakan makanan sihat Si Manja anda. 

8 Langkah mudah memikat anak makan secara sihat 

1. Sediakan bekal makanan dengan pelbagai hidangan
Mommy cuba menyediakan makanan sihat dengan nutrien seimbang yang diperlukan seperti protein, karbohidrat, serat, vitamin dan mineral. Kanak-kanak biasanya memilih makanan yang menarik pada mata pandangan mereka sahaja, jadi mommy cuba untuk menghasilkan makanan dengan pelbagai warna, tekstur dan citarasa. Mommy akan berikan anak-anak dua hingga tiga pilihan untuk setiap menu hidangan makan tengah hari atau makanan ringan mereka.
Antara langkah mudah memikat anak makan secara sihat adalah menyediakan bekal makanan; anis gembira menikmati bekal makanan yang mommy sediakan
Seperti bekal nutrisi di atas, mommy sediakan buah-buahan kegemaran Anis, bihun goreng yang mempunyai karbohidrat serat tinggi untuk memberi tenaga yang tahan lebih lama dan protein yang tinggi pada telur goreng.
Anis gembira tiap kali mommy bekalkan bekas nutrisi sebelum ke sekolah
Selain daripada Anis dapat makan makanan yang sihat, Anis juga tidak lagi membeli makanan di sekolah. Anis sangat gembira setiap kali mommy bekalkan makanan untuk dia ke sekolah. 

2. Kurangkan makanan bergula dalam rumah 
Di luar rumah, Si Manja terdedah dengan makanan bergula yang tidak dapat di kawal oleh ibu bapa. Jadi peranan ibu di rumah, mengurangkan pengambilan gula dalam makanan atau minuman.

Mommy akan membancuh minuman manis seperti air milo atau teh  menggunakan gula organik dan mengurangkan kuantiti gula. Selain itu mommy menggalakkan anak-anak minum banyak air kosong.
Hirisan mangga untuk si Manja mommy
Untuk gantikan makanan ringan seperti gula-gula, mommy akan hidangkan hirisan buah atau buah kegemaran mereka seperti anggur dan mangga.  

3. Ibu menjadi contoh kepada Si Manja 
Ibu merupakan idola kepada anak-anak. Anak-anak akan mengikut apa sahaja yang ibu lakukan. Pepatah juga mengatakan melentur buluh biar lah dari rebungnya. Jadi apabila ibu selalu mengamalkan makanan sihat dan minum air kosong, Si Manja secara automatik akan mengikut jejak langkah ibunya.

Mommy  dan daddy mahukan kami sekeluarga mengamalkan pemakanan sihat. Di mana kami mengurangkan makanan ringan yang tak berkhasiat. Daddy memastikan stok buah-buahan dan biskut tidak putus. 

4. Letak hidangan sihat di tempat mudah nampak 
Letakkan potongan buah-buahan atau apa sahaja hidangan sihat di tempat yang Si Manja mudah nampak. Apabila mereka rasa hendak makan, mereka akan terus mengambil makanan yang tersedia.
Mommy sentiasa menyediakan makanan di sisi anak-anak yang sedang bermain
Anak yang aktif akan cepat lapar. Setiap masa boleh dikatakan mereka nak makan. Jadi mommy akan pastikan bekalan buah sentiasa ada seperti epal, anggur, pear, dan mangga. Tanpa perlu disuruh, apa yang mommy sediakan akan habis sekelip mata. Hahahaa 


5. Ajak Si Manja sama-sama menyediakan hidangan 
Walaupon Anis sudah berusia 4 tahun, namun Anis sentiasa mengekori mommy ke mana sahaja. Bila mommy di dapur menyediakan makanan, Anis pon turut serta. Maka mommy akan mengajak Anis untuk sama-sama membantu menyediakan hidangan.
Walaupon Anis hanya membantu sedikit, namun ia sudah memadai untuk kanak-kanak seusianya. Malah Anis sangat teruja untuk menghabiskan hidangan yang disediakan sendiri. Proses ini mendidik Anis jadi lebih berdikari. 

6. Sorok apa yang Si Manja tidak suka 
Sorok makanan dengan memotong kecil atau mengisar halus makanan yang Si Manja tidak suka. Jadi mereka akan makan juga makanan tersebut kerana tak nampak.

Anis tak suka makan sayur. Agak sukar memujuk Anis memakan sayur. Mommy perlu berusaha keras untuk memastikan anak mommy mendapat nutrien yang seimbang. Maka apakah yang mommy lakukan? Sekiranya mommy nak sediakan sup ayam, mommy akan kisar halus sayur saderi. Jadi, Anis secara tak sedar telah makan juga sayur dalam sup ayam tersebut. Sedap katanya selepas habiskan makanan dia! 

7. Sediakan hidangan mengikut warna kegemaran anak
Sebagai ibu, mommy janjikan yang terbaik buat anak-anak mommy. Walaupun anak taknak makan makanan berkhasiat seperti yogurt, mommy jadikan yogurt tersebut sesuatu yang menarik bagi mereka.

Anis sukakan warna merah jambu. Jadi caranya mommy kisar strawberi bersama yogurt asli. Apabila yogurt strawberi nampak menarik, Anis tak melepaskan peluang merasainya.
Dengan kreativiti mommy, anak akan makan makanan sihat dan gembira dengan apa yang mommy lakukan.  

8. Gubah makanan supaya nampak menarik 
Atau nama lainnya adalah bento. Penyediaan bento yang menarik sebagai bekalan ke tadika/sekolah adalah satu cara menarik Si Manja makan makanan sihat dan berkhasiat.  
Bento untuk Anis dalam Bekal Nutrisi Dumex Dugro
Anak-anak yang sedang membesar sentiasa berasa lapar. Jadi mereka perlu sentiasa makan. Ibu yang kreatif menyediakan makanan sihat akan menjadikan Si Manja anda makan secara sihat. Jadi, apa lagi ibu, asah bakat semulajadi kita untuk mengekalkan kesihatan keluarga. 

Langkah untuk meningkatkan nutrisi Si Manja 

Antara langkah yang mommy amalkan untuk meningkatkan nutrisi anak-anak mommy adalah:- 
  • Menetapkan jadual waktu makan utama dan makan selingan 
  • Menjadikan sarapan pagi sebagai satu keutamaan 
  • Tidak memaksa anak untuk makan 
  • Makan bersama anak dan berbual secara positif mengenai makanan 
  • Berikan buah-buahan untuk dijadikan "jajan" sihat  
  • Amalkan minum air kosong yang mencukupi setiap hari 
  • Selain itu mommy juga berikan anak-anak minum susu.  
Anis berdikari membancuh sendiri air susu
Mewarisi mommy daddy yang dulunya minum susu Dumex, sekarang Adam Anis Amal minum Dumex Dugro. Ketiga-tiga anak mommy minum susu Dumex Dugro selepas berhenti minum susu ibu. Mereka berkembang dan membesar dengan sihat dan tiada masalah buang air besar. Mommy dan daddy dulu pon minum susu Dumex. Mommy dan daddy gembira melihat perkembangan anak-anak membesar. Dengan Dumex Dugro, Mommy tidak perlu risau lagi kerana ia membolehkan ibu memberi Anis lebih lagi nutrisi tanpa berkompromi. Dumex Dugro dirumus dengan lebih lagi DHA*, kaya dengan 15 vitamin dan mineral serta serat unik, lcFos yang berdasarkan 40 tahun kajian santifik untuk membantu tumbesaran Si Manja. Semoga anak-anak mommy sihat dan menjadi lebih lagi!

*berbanding susu tepung rumusan sebelumnya, 9.7mg setiap gelas

Promosi Bekal Nutrisi Dumex Dugro®  

Cantik kan bekal nutrisi Anis? Di  mana nak dapatkan bekal nutrisi Dumex  Dugro ni? Beli 2 pek Dumex Dugro® percuma 1 Bekal Nutrisi. Terdapat 3 warna Bekas Nutrisi seperti dalam gambar di atas; hijau, merah dan kuning. Kempen ini berjalan dari 1 September sehingga 31 Oktober 2017 selagi stok masih ada.  

Untuk maklumat lanjut, korang boleh dapatkan di laman sensawang Dugro, www.dugro.com.my/promosi_dan_acara/ncp 



10 comments:

  1. Pokok pangkalnya... Kena rajin kan.. Hehe

    ReplyDelete
  2. Betul tu.. kreativiti ibu akan bantu anak2 makan makanan sihat dan berkhasiat dengan gembira tanpa dipaksa2.. Keep it up para ibu..! hehehhehee..

    Untung 3A sebab mommy selalu fikirkan makanan sihat utk mereka.. :)

    ...

    ReplyDelete
  3. nice tips mommy.. boleh bookmark untuk kegunaan masa akan datang :D

    ReplyDelete
  4. Alahai comelnya makanan2 tu.. Macam ni baru la anak2 hepi nak makan.

    Lagipun dengan pemakanan yang sihat boleh memberi nutrisi yang yang baik untuk anak2.

    Masa anak masih kecil la berkembangan otak dan fizikal paling perlu diberikan secukupnya.

    Sebab masa kecil, keupayaan otak yang dipanggil neoroplastisiti masih mudah untuk dibentuk dari segi pembelajaran.

    Oleh itu, anak2 kena ada persekitaran yang baik dari segi tutur kata, perbuatan dan juga makanan.

    ReplyDelete
  5. Ank ena baru 2tahun dah mula memilih makan.. kna kreatif kn nk bg anak mkn ni . Tggu dia leka main baru boleh suap.

    ReplyDelete
  6. mommy rajin....tentulah anak sihat dan bijak

    ReplyDelete
  7. Bagus tips ni. Boleh apply pada bapak budak tak agaknya haha

    ReplyDelete
  8. idea yang menarik dan kreatif. ibu2 pun kenalah jadi rajin nak buat macam ni

    ReplyDelete
  9. idea yang menarik dan kreatif. ibu2 pun kenalah jadi rajin nak buat macam ni

    ReplyDelete
  10. bestnya bekal nutrisi ini cukup besar untuk meletak byk makanan berkhasiat :D

    ReplyDelete