Pregnancy Week 19


Kehamilan mommy: Minggu 19

Pejam celik pejam celik dah 19minggu. Errrk sebenarnya rasa lambat jer. Nak cepat-cepat Anis Insyirah 2 tahun. Immune system dia akan stabil bila dia berumur 2 tahun. Mommy nak Anis Insyirah sihat, Adam Rayyan sihat, adik babyB sihat, mommy daddy sihat. 

Gejala kehamilan minggu ke 19
  • Sakit-sakit di perut mommy disebabkan oleh otot perut meregang untuk menampung bayi.
  • Pening atau sakit kepala ringan
  • Kaki kram: salah satu cara untuk mengurangkan rasa sakit: Panjangkan kaki anda dan pegang pergelangan kaki dan gerakkan jari-jari kaki ke arah lutut. 
  • Sakit pinggul. Jika mengganggu mommy pada waktu malam, cuba tidur mengiring dengan bantal di antara lutut.

Baby kini saiz mangga!


Sekarang femes jeruk mangga asam boi. Haa baby pon nak saiz mangga jugak. Hihihi... Lagi 21 minggu. 

4 comments:

  1. hihi.. mangga.. babyB pon nak makan mangga.. :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah kak sebab mengandung. : ) lama dah tak datang jenguk blog dan insta akak.

    ReplyDelete