Minyak Hitam Bocor


Kereta yang dah berkhidmat selama hampir 5 tahun, di servis pada hari Jumaat lepas. Sehari sebelum kami pulang ke kampung.

Sebelum bergerak pada hari Sabtu, daddyG dah perasan ada dua tompokan minyak hitam di kawasan parking kereta.

Minyak hitam bocor tu makin menjadi-jadi apabila berada di kampung. Asal ubah kereta, ada tompokan minyak hitam.


Minyak hitam tu bocor bersepah. Abang mommy yang sulong ada bengkel. Tetapi bengkel mengetuk dan mengecat. Short-term solution abang: check minyak hitam setiap kali nak memulakan perjalanan. 


Bengkel semua masih tutup kerana cuti Raya Haji. Abang ipar pula kata tak ada apa-apa. Biasa je ni. Kereta lama memang macam ni. Ha ha ha 5 tahun sudah boleh di masukkan dalam ketegori kereta lama ke? 


Tengok kesan minyak bocor ni memang seram. Plan kami pon tergendala. Risau. Kami kena balik terus dan pergi semula ke tempat servis kereta. 

Semoga selamat perjalanan kami pulang. Dan cepat-cepat boleh settle hal minyak hitam bocor ini.

6 comments:

  1. semoga selamat sampai ke destinasi :)

    ReplyDelete
  2. kereta akak pun baru b4 balik Raya Haji jadi camtu jgk..padahal baru 4 tahun kot..mekanik tu ckp gasket bocor..dugaan ..

    ReplyDelete
  3. 5 tahun tu masih baru lagi kot...pakai kereta ni ikut nasib jugak..kalau kena time dia nak rosak, rosak jugak walaupun masih baru..

    ReplyDelete
  4. 5 tahun kira kereta baru lagi tau sbb lain lah kalau kereta sis JM dh berusia 12 tahun heheeh

    ReplyDelete