Semua orang pakat tegur lidah baby Amal kaler putih. Haaa itu susu yang melekat. 


 Cuci pon melekat jugak. 


Jeles betul tengok Amal tidur lena.


Bukan Amal je, Adam dan Anis masa baby pon sama juga lidah mereka putih macam tu.


Lama-lama hilang la. Tak perlu risau.


Amal Anis Adam in blue rompers. Adam pakai rompers di rumah aje la.. Nampak kurus benar bila pakai rompers :P 


Rajin la mommy ambil gambar anak-anak. Sebenarnya Anis tu bukan bagi kerjasama pon. Mommy sebut "one two three, senyum..." , Anis dah bangun.


Dah Anis elok tengok kamera, Adam pulak pejam mata. Adik Amal dah lali. Baru sudah mandi. Masa yang best untuk tidur.


Berperang juga lah nak dapatkan gambar yang comel. Habis je bergambar, Amal terus tidur. 


Bila ketiga-tiga tidur, mommy kena sambung berperang pula. Tak boleh tidur nak oi, tak habis kerja nanti.


Alololooo bahagianya tengok mereka tidur. (Abaikan pelapik tidur yang serabut tu :D)


Amal ok je. Amal boleh tidur di mana-mana sahaja. Macam daddy la tu. Hehehe


Yang buat perangai comel hari ni adalah abang Adam. Tapi mommy sabar je la. 


Amal dan Adam masa baby sama je. 


Kakak Anis pon sama jugak. 


Dah semua anak mommy kan. Semua comel macam mommy..muahahahahaaa :P


Anak-anak penyeri keluarga. Terima kasih Allah. 


Amal Insyirah Day 35



Sabun apa baby-baby zaman dahulu gunakan semasa mandi? Ikutkan mak mommy Irra, baby dalam pantang tak perlu sabun pon. 2 minggu pertama anak-anak mandi tak bersabun. 

Mommy yang rajin, blend daun sireh yang emak bekalkan dari kampung dan simpan dalam peti sejuk. Guna sesudu untuk buat air mandian Amal. 

Tapi masalah bila berada di bandar, susah nak jumpa daun sireh. Dulu kat Shah Alam boleh beli di pasar. Sekarang di Klang nak cari di mana?

Habis je daun sireh ni, Amal akan sambung guna sabun MooGoo lah. Sabun mandi 100% organik. 


Hari ni Amal Insyirah hari yang ke 34. Kami dah berada di rumah sendiri. Mak ada suruh tunggu balik selepas habis pantang, tapi mommy irra nak balik awal jugak. 

Hari ini juga hari pertama Amal tanpa tok. Mommy sendirian jaga Adam Anis dan Amal. Macam mana? Mencabar tak?
  

Alhamdulillah. Hari pertama anak-anak memberi kerjasama yang baik. 


Baby Amal pon sama sahaja macam kat kampung. Kalau tidur lena muka mesti macam dalam gambar di bawah. 


Gambar di bawah Adam Rayyan 34 hari. Lagi bambambam kan. Hehehe. 


Love you anak!