Kini sudah menjadi trend untuk berbuka puasa dengan Buffet Ramadhan. Selain dari aneka jenis pilihan makanan , pihak yang menawarkan Buffet Ramadhan juga akan menyediakan kemudahan untuk bersolat dan ruang parking kereta. Sambil berbuka puasa, boleh berkumpul bersama keluarga atau rakan. 

Buffet Ramadhan 2019 @ Villa Istana Melaka

Untuk warga Melaka, jom berbuka puasa Ala Istana & Hotel 5 bintang, tapi harga sangat berpatutan di Villa Istana Melaka.

Villa Istana Melaka

Villa Istana Melaka ini terletak di Ayer Keroh, Melaka serta pernah dijadikan lokasi set penggambaran  dalam drama ‘Jodoh-Jodoh Annisa’ yang kini ditayangkan di Astro Prima. Mereka menjamin sajian makanan  bertaraf 5 bintang memenuhi citarasa ramai, layanan dan perkhidmatan yang cemerlang apabila  menikmati juadah berbuka puasa sepanjang Bulan Ramadhan 2019.

Sajian Menu Buffet Ramadhan 2019 @ Villa Istana Melaka menyajikan pelbagai sajian tradisional dan  moden yang digabungkan dengan aneka juadah yang menjadi 'Menu Wajib' pada bulan Ramadan.
Antara sajian di Buffet Ramadhan @ Villa Istana Melaka

Antaranya ialah Kambing Grill, Nasi Beriani dan Nasi Serai yang dihidangkan dengan Ayam Masak  Merah, Ayam Goreng Rempah, Daging Bakar Masak Lemak Cili Padi, Daging Dendeng, Daging Rendang dan banyak lagi. Pasti akan memberikan 1001 pengalaman berbuka puasa yang tidak akan dilupakan buat mereka yang berbuka puasa di sini.

Char Kuey Teow & Lok Lok Ipoh

Kemudahan Yang Disediakan  

Suasana dewan makan yang selesa, dilengkapi dengan penghawa dingin mampu memuatkan  500 tetamu dalam satu masa. Kemudahan wifi percuma juga disediakan menjadikan Villa Istana Melaka ini tumpuan untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga, rakan sepejabat dan majlis meraikan anak-anak  yatim.  

Selain daripada itu, Villa Istana Melaka turut menyediakan ruang parking kereta yang luas, tandas  awam, bilik solat khas yang dilengkapi dengan sejadah, selipar serta tempat wuduk untuk menunaikan solat Maghrib & Isyak dengan selesa selepas berbuka puasa.  

Bilik penginapan ekslusif juga disediakan bagi pengunjung musafir yang ada urusan lanjut di Negeri  Melaka Bandar Bersejarah. 



Buffet Ramadhan 2019 @ Villa Istana Melaka akan berlangsung pada 10 Mei hingga 1 Jun 2019.

HARGA  

Harga yang ditawarkan adalah RM45.00 untuk dewasa dan RM29.90 untuk kanak-kanak.  

Murah tau harga Buffet Ramadhan jika dibandingkan dengan tempat lain. Jom tempah awal sebelum kehabisan tempat. Kecewa nanti. 

Tempahan untuk keluarga, korporat dan berkumpulan juga di sediakan dengan tawaran pakej yang  sangat menarik.  



Tempahan awal untuk majlis korporat amat digalakkan bagi memastikan majlis berbuka tersebut berjalan  dengan lancar dan selesa.  

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:  
VILLA ISTANA MELAKA  
Lot 11319 PM1313  
Jalan TU1, Taman Tasik Utama  
Ayer Keroh, Melaka.  
06 - 233 0205 / 017 - 340 8715 / 016 - 790 0804 / 010 - 794 0115 / 017 - 335 7466 
Instagram: www.instagram.com/villaistanamelaka

Apa lagi warga Melaka Bandar Bersejarah, bawa keluarga atau ajak rakan berbuka bersama di Villa Istana Melaka.
5 sebab berbuka puasa dengan Buffet Ramadan| Bulan puasa dah dekat. Emak-emak pasti sudah mula berfikir menu apa nak dimasak untuk berbuka. Tak kurang juga ada yang mencari Buffet Ramadan. Ini antara 5 sebab mommy memilih berbuka puasa dengan Buffet Ramadan;-

1. Family bonding

Buffet Ramadan sangat lain dengan berbuka puasa di rumah. Kalau berbuka di rumah, si isteri memasak. Anak-anak riuh rendah. Ada yang bergaduh. Dengan penat layan anak dan berpuasa. Jadi berbeza bila kita berbuka puasa di luar, dapat mengeratkan silaturrahim antara keluarga. (Gaduh pon mengeratkan juga. Haha)

2. Si isteri boleh berehat

Ia memberi kelebihan kepada isteri untuk berehat. Cuti memasak atau angkat kuali. Cuma kena angkat makanan dekat Buffet Ramadan sahaja. 

3. Boleh jalan-jalan

Surirumah macam mommy, dapat jalan-jalan jauh atau dekat adalah satu kegembiraan. At least keluar tengok dunia. Haha!  Ingat anak-anak sahaja bersorak kegembiraan? Mommy sorak dalam hati la.

Bulan puasa nanti mommy dah ada satu tempat untuk berbuka. Dekat sangat dengan office daddyG iaitu Buffet Ramadan Laman Kayangan Shah Alam. 
Suasana Laman Kayangan Shah Alam
Nampak menarik kan?

4. Boleh makan aneka jenis makanan

Buffet Ramadan di Laman Kayangan Shah Alam menyediakan lebih kurang 80 menu. Antara yang menjadi tarikan mommy adalah Laksa Ikan Sekoq. Perghh! 

Laksa Ikan Sekoq
Tak makan laksa? Okey jangan risau ada juga Thaiyani Chicken, Pattani Grilled Beef, dan pelbagai menu menarik dari Utara.
Menu berbuka puasa di Laman Kayangan Buffet Ramadan









Tengok menu menarik yang bakal disediakan untuk Buffet Ramadan 2019, mommy tak sabar nak tempah sekarang. 

5. Makan free
Makanan percuma untuk 6 tahun ke bawah. Walaupun anak mommy ada 4, mommy cuma perlu bayar untuk Adam seorang. Yeay! 

Mari mommy kongsikan harga Buffet Ramadan 2019. Jom lah sama-sama bawa keluarga atau ajak kawan-kawan gathering kat sini. 

Early Bird ( pembelian awal sehingga 28 April 2019 )
RM 59 Dewasa
RM 35 Kanak-kanak dan warga emas

Harga Normal
RM 69 Dewasa
RM 39 Kanak-kanak / warga emas

Untuk gathering office ramai-ramai boleh tempah Pakej Korporat (cepat inform dekat boss tu)

Kalau nak tanya apa-apa terus sahaja hubungi En Azahari atau Pn Hasmal, laju je mereka akan reply. 

En Azahari
019-2331351

Pn Hasmal
019-2503090 / 012-2533973

Follow di Facebook: Buffet Ramadhan Malaysia
Instagram: @buffetramadhanmalaysia

Yeay! Jom rancang waktu berbuka puasa tahun ini. Moga puasa kita dipermudahkan dan diberkati. Aaminnn...

#BufetRamadan
#Ramadanbuffet
#bufetramadanshahalam
#lamankayanganshahalam
#ramadan2019
Kebiasaan anak akan protes bila ada adik baru. Sebenarnya ikut pada kematangan anak tersebut. Amal(4 tahun) pandai layan adik berbanding kakaknya Anis(6 tahun). Amal minta adik sejak dia berumur 3 tahun. 

"Mommy daddy beli la adik.", permintaan kelakar Amal suatu ketika dulu. Dia ingat adik boleh dijual beli. Haha!

Amal kalau terjaga 2-3 pagi, dengar baby nangis, dia terus datang. Dia nak bagi adik susu.

Amal suka sangat dapat riba adik
Amal beri Ayra minum susu

Sebelum pergi sekolah pun sempat

link

Lenguh kanan, pegang kiri

Selfie dengan Ayra

Amal sayang Ayra

Amal pandai jaga Ayra

Amal pandai pujuk Ayra

Jaga Ayra sampai besar ya

Amal yang paling rajin jaga adik. Amal pandai layan adik. Amal pandai pujuk adik. Amal rajin tolong mommy ambil barang adik.

Cuma, Amal akan lari bila adik berak. Hahaha!
Tengok perkembangan harian anak, membuak rasa nak tahu berapa berat anak 1 bulan. Eh berat 2 bulan pun tak sabar juga nak tahu.

Perkembangan berat dan tinggi bayi sangat penting. Kalau berat atau tinggi tak normal, sahih kena refer dengan pakar.

Tapi sekarang ni senang. Semua info ada dalam buku bayi. Cuma rajin tak rajin sahaja nak baca. Kalau malas tunggu sahaja lah nurse tanya setiap kali checkup. Haha! Dengar dan tadah sahaja apa yang nurse cakap.

Ayra lahir 2.99 kg
9   hari      3.00 kg
14 hari      3.30 kg
19 hari      3.50 kg


link

Berat Bayi 1 Bulan

Ayra lahir 12 Mac 2019. Ayra 1 bulan pada 12 April bersamaan 32 hari. Berat Ayra 1 bulan adalah 4.12 kg

Berat Ayra 1 bulan



Tempat aku antara 577 kawasan KL, PJ, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor mengikut dalam berita akan mengalami gangguan bekalan air selama 3 hari; 24 April sehingga 27 April.

Kajian menunjukkan purata di Malaysia menggunakan jumlah air yang paling banyak di dalam tandas dan untuk cucian. Sungguh la kan. Baby boleh la cuci dengan baby wipes. Setakat beberapa bulan sahaja, kemudian dah kena guna air untuk melancarkan cucian. Baby boleh la sebab minum susu sahaja. Kalau orang dewasa? Siap kena flush baru hilang bau. 

Tips jimat air semasa gangguan bekalan air

Ini adalah antara tips yang aku praktikkan bagi menjimatkan air semasa gangguan bekalan air:-

1. Kurangkan flush jamban dengan menggunakan spray pencuci. 
Spray untuk hilang bau. Aku guna pencuci lantai sahaja. Kalau dah buang air besar, flush je la. Ada datang penyakit pula nanti. 

link

2. Cebokkan anak
Anak-anak tahu saja lah. Nak main air. Nak tak nak, kena lah emaknya rajinkan diri selepas ini. Banyak hari tak ada air ni. 

3. Guna cawan dan pinggan pakai buang
Cara ini boleh la mengurangkan sedikit penggunaan air. Namun, periuk belanga dan jag kena cuci pakai air juga. 

4. Cuci pinggan guna air dalam water dispenser. 
Boleh la gantikan paip dan memudahkan kerja. Susah kan nak cebok air membasuh. 
Dispenser yang asalnya isi air masak

5. Air cuci pinggan guna semula untuk cuci jamban
Haha! Kitar semula untuk penjimatan. Kena lah berjimat-jimat supaya cukup bekalan air 74 jam. 

Buat masa ni, itu sahaja tips yang aku buat untuk menjimatkan air. Moga semua ok.

Risau sangat air tak cukup sampai guna kotak dan raga baju anak

#AirSelangor
#Meru 
#Kapar