B612, boring ke gedik? | Amboi amboi amboi mommy... Mengata diri sendiri ya.. Hahaha.. Mommy masa ambil gambar ni tak boring atau menggedik.. Cuma ada sedikit masa untuk membahagiakan diri sendiri.
Perasan comel letteww
Siapa tak suka tengok diri sendiri yang cantik dan comel..ngee sapa tak suka habaq mai..
Senget kepala ciked
 link
Muah muah
Lagipon tak ada la penuh selfie dalam handphone mommy. Too busy ahh...
Aummm
Bila berkesempatan, maka mommy snap la gambar sendiri buat tatapan masa hadapan... 
Otototttoo
Ini zaman awal 30an aku..heheeee.. Cuba lah install B612 sekali... Muahahaa best wehhh

Assalamualaikum.. Hai korang... Dalam entry sebelum ni mommy ada letak dah gambar mommy memakai tiara. Tiara murah bernilai rm12.90.. Anis yang berjaya memujuk daddynya belikan tiara yang persis tiara original. Nampak kerlass gitu memakai tiara... 
Lawa kan tiara tu
Tapi tiara ni tinggal kenangan je la.. Anis nak pakai masa turun KB Mall... Kemudian daddy yang jaga mereka... Mommy sibuk ada kerja masa tu..
Bila nak balik dari KB Mall, baru perasan tiara tu dah tiada lagi. Sob sob.. Tinggal kenangan je la... Mujur lah sempat selfie sekali.. Jadi lah daripada tak ada..huhuu

Nanti mommy nak g beli lagi kat DIY. Tak kira!
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017 | Salam 1 Syawal buat semua dari Kelantan. Tahun ini mommy beraya di Kelantan. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga.

Tema warna tahun ini adalah hitam. Setelah penat mencari baju berwarna purple, akhirnya kami decide warna hitam sebagai wana tema. Haa senang kalau awal-awal pilih warna hitam. 

"Berkabung kah?", antara soalan yang muncul. Haha hitam itu menawan lah.. Cuba tengok kami sekeluarga bila bergambar bersama.

Adik mommy kata " Wow, eksklusif!", apabila mommy hantarkan gambar kami sekeluarga...
Dato Mommy irra
Hari tu Anis pujuk daddyG belikan crown berharga RM12.90.. Mommy yang ngetest dulu pakai crown masa mereka pergi sembahyang raya.. Hehee boleh jadi Dato Mommy Irra...hahahahaa

Mommy bukan lah berkulit putih, tapi sedaya upaya mommy usaha agar kelihatan cerah dalam gambar. Gigih mommy bergambar menghadap tingkap.. Menagih cahaya dari celahan tingkap..
Amal, Adam, Anis
Lepas je daddy, Adam dan Anis balik dari sembahyang raya, kami terus bergambar di luar..
Mommy & Amal
link
Selfie dengan emak dan ayah mentua serta adik bongsu
Selfie bersama keluarga
Mommy+adik ipar
CheSu dengan anak-anak



Ini cerita tahun lepas--> Balik Kampung Raya 2016. Macam mana pula cerita balik kampung raya 2017?

Malam tadi daddyG kata nak balik pukul 4 pagi. Tapi dah bangun pagi tadi, selesai je sahur daddyG nak sambung tidur. Mengantuk sangat.

Bila dah jaga dari tidur, kemas itu ini pula. Bonet kereta dari kosong sampai penuh barang.. Rasa nak angkut je semua bawa balik.. Senang 
11.18 baru bergerak keluar dari Taman. Sekarang kira dalam perjalanan lah..
Tertidur
Mommy pon sama naik juga lah tidur. Mengantuk oi.. Lama lagi perjalanan... 
Balik raya tahun lepas pon pakai shawl ni. Muahahaa
Semoga selamat lah sampai ke kampung halaman daddyG..

Tukar Shampoo kepada Watsons Treatment Shampoo Yogurt | Masalah kulit kepala mengalami gegatal sangat merunsingkan mommy. Tangan pon gatal menapak di kepala.. Selalu menggaru kepala akan menyebabkan kuku kotor. Sudahnya, persekitaran akan turut menjadi kotor dengan habuk dan rambut yang bertebaran di lantai. Nak pergi buat rawatan rambut di salun memerlukan kos yang agak tinggi dan juga kekangan masa.. Sibuk sangat bulan puasa ni.. Hurmm what should i do? Hati terusik apabila melihat Watson Treatment Shampoo Yogurt setelah mommy google "treatment shampoo". 

Terdapat 5 jenis Watsons treatment shampoo iaitu:-
Treatment Shampoo Yogurt
Treatment Shampoo Avocado
Treatment Shampoo Honey
Treatment Shampoo Milk Portein
Re-energising Treatment Shampoo Pomegranate 
Mommy ingin mencuba Watsons Treatment Shampoo Yogurt kerana rambut mommy yang agak kusut. Kena cuba ni!

Manfaat Yogurt Untuk Rambut

Pasti semua sudah sedia maklum bahawa yogurt asli adalah makanan yang baik. Rupanya suku India Kuno menggunakan yogurt untuk rambut dan kulit.

Yogurt boleh membantu merapikan rambut dan membuat ia lebih mudah diuruskan kerana yogurt mempunyai pelembap. Ia membantu membaiki rambut yang kering dan rosak.

Yogurt mengurangkan rambut gugur. Antara sebab keguguran rambut berlaku adalah folikel rambut tidak menerima khasiat yang betul. Kehadiran vitamin B5 dan D dalam yogurt membantu menyuburkan folikel rambut. Ini akan membantu mengelakkan keguguran rambut.

Yogurt boleh merawat kelemumur. Kelemumur adalah masalah biasa. Salah satu punca utama kelemumur adalah kulat. Jangkitan kulat boleh membuat kulit kepala menghasilkan kulit tidak stabil. Yogurt, yang merupakan anti-kulat semulajadi, membantu membuang semua tanda-tanda kelemumur.

Jadi pilihan yang terbaik buat mommy adalah treatment shampoo yogurt. Selama ni mommy guna Shampoo jenama XX. Beberapa kali bertukar jenama lain. Nampak gayanya XX pon dah kurang memberi hasil apabila mommy mulai kerap gatal kepala. 
Watsons Treatment Shampoo Yogurt
Tukar shampoo kepada Watsons Treatment Shampoo Yogurt

Tukar Shampoo kepada Watsons Treatment Shampoo Yogurt 

Watsons Treatment Yogurt mengandungi bahan-bahan yang melembutkan, menyuburkan dan menjadikan rambut licin secara mendalam. Kehadiran Yogurt untuk lebih menyamankan. Manakala Pro-Vitamin B5 supaya rambut lebih lembut dan licin.

Salon di rumah dengan Watsons Treatment Shampoo Yogurt 

Dengan Watsons Treatment Shampoo Yogurt, mommy boleh buat treatment rambut di rumah sahaja. Caranya:-
1. Basahkan rambut. Gunakan Watsons Treatment Shampoo Yogurt. Urut kulit kepala selama 5 minit.
2. Bilas rambut hingga benar-benar bersih dari buih-buih sabun selama 5 minit
3. Untuk hasil yang optimum, mommy gunakan Watsons Treatment Wax Yogurt. Selepas mencuci rambut, keringkan dengan tuala untuk membuang air yang berlebihan.
Watson Treatment Shampoo & Wax Yogurt
4. Ratakan Watsons Treatment Wax Yogurt ke rambut basah dan urut. Biarkan selama 5-10 minit kemudian bilas dengan teliti. 
5. Siap!

Harga Watsons Treatment Shampoo dan Wax Yogurt sangat berpatutan dan berbaloi dimiliki.

Selalu mommy gunakan shampoo untuk mencuci rambut dan kulit kepala, sekarang mommy boleh buat treatment rambut sendiri di rumah.

Dengan Watsons Treatment Shampoo Yogurt bukan sahaja menghilangkan gegatal di kulit kepala, malah menjadikan rambut mommy lebih segar dan lembut.

Mommy juga boleh buat treatment rambut untuk suami tercinta. Merawat rambut dan kulit kepala suami di samping dapat bermanja-manja(ahhh jeles la tuuu hahahaa)
Shopping spree dengan fasha sandha

Kempen Tukar dan Jimat dengan Jenama Watsons

Watsons juga memberi peluang kepada semua untuk memenangi peluang eksklusif shopping spree dengan Fasha Sandha. Mommy punya exicted siap terus mendaftar sebagai ahli Watsons. Kali ini mommy tukar shampoo kepada Watsons Treatments Shampoo Yogurt sahaja dulu. Mommy dah rancang nak buat belian barang lain seperti mandian dan macam-macam lagi keperluan harian di Watsons. Harganya pon lebih murah.

Kalau korang tak sempat nak menjejaki Watsons, boleh lah beli secara online http://www.watsons.com.my