Beulitha Beauty House di Klang SPA Terbaik Pilihan Mommy | Temujanji telah di atur pada jam 1 tengahari. Mommy dari Shah Alam terus ke Beulitha Beauty House di Klang. Perjalanan selama kurang setengah jam menggunakan waze.
Wajib bergambar dahulu di hadapan Beulitha Beauty House
Beulitha Beauty House adalah spa di rumah. Jadi mommy tak boleh imagine lagi macam mana rupa spa tersebut. Sekali bila dah sampai rasa kagum sangat. Spa tersebut dalam kawasan rumah tapi dibuat berasingan. Ada bilik khas untuk spa yang sangat awesome! Jom lihat!
Beulitha Beauty House yang sangat cool
Masuk je dalam Beulitha Beauty House, rasa seperti berada di dalam spa professional. Mommy di jamu dengan Chamomile Tea, relaxing tea sementara mommy mengisi borang untuk Beautician mengenali apa jenis kulit dan apakah kehendak pelanggan.
Spa yang kemas dan tersusun indah
Mommy ada masalah muka yang kusam dan tona kulit tak sekata. Masalah ni mommy tau dah takkan boleh selesai dengan sekali treatment. Maka kita tunggu lah hasilnya nanti ya..
Kerusi untuk foot spa
Selepas minum teh, mommy enjoy pula sea salt infrared foot spa. Foot spa ini bertujuan untuk pelanggan rasa tenang dan selesa dengan persekitaran spa.

Sea salt dengan aroma Lavendar juga boleh menghapuskan bau kaki, membantu menyembuhkan kulat dan melegakan kulit kering.
Sea Salt Infrared Foot Spa
Yeahh! Sea salt infrared foot spa sangat best dan ia mengingatkan mommy pada bubble bath. Foot spa ini juga menggunakan bubble dan ada benda bergerak di bawah kaki seolah-olah mengurut tapak kaki.

Seterusnya cuci muka dahulu. Mommy biasa akan memakai foundation dan lipstik sahaja. Kalau ada masa yang lama, mommy sempat la nak pakai eye liner.


#Letscantik
Beulitha menggunakan produk Bioelements yang boleh memenuhi kehendak pelanggan. Ia merupakan produk berkualiti tinggi, tidak mengandungi pewarna tiruan, wangian sintetik atau parabens yang boleh merengsakan kulit.

Bioemelents merupakan satu set lengkap produk penjagaan kulit profesional yang boleh merawat kedutan pada lingkaran bawah mata atau jerawat.

Perkara yang selalu menjadi punca masalah kulit muka kita ni adalah hormon dan tekanan. Walaupon kulit kita ni boleh dipulihkan secara semulajadi, kadang-kadang kita memerlukan bantuan untuk mencapai hasil yang maksimum. Maka, rawatan muka di mana-mana SPA adalah pilihan terbaik untuk memulihkan masalah muka. Pilihan mommy adalah Beulitha Beauty House yang terletak di Klang.

Beautician Beulitha Beauty House bernama Beulah sangat ramah. Beulah melayan je mommy yang suka cakap banyak dan tanya macam-macam. Jadinya walaupon baru pertama kali jumpa, rasa macam dah lama kenal.
Selepas muka bermake up di cuci
Di dahi mommy ada satu jerawat yang baru mommy picit semalam. Tangan gatal mommy ni memang nak kena. Untuk pengetahuan korang, jerawat yang naik jangan diusik. Tangan kita penuh dengan kuman dan ia akan menyebabkan jerawat boleh merebak dan semakin teruk. Jerawat di dagu tu pon baru je naik.

Seterusnya adalah proses deep cleansing. Ini lah rahsia kenapa masa Beulah picit whitehead, mommy tak berasa sakit langsung.
Deep cleanser
Langkah seterusnya adalah Diode Light Theraphy Facial. Ia merupakan rawatan teknologi terkini yang mahal harganya tapi anda boleh lakukan dengan harga yang berpatutan di Beulitha Beauty House. 
Diode Light Therapy Facial
Diode Light Therapy adalah rawatan anti penuaan, meremajakan dan merawat sel-sel kulit. Kesan rawatan ini dapat dirasai sehingga 8 hingga 10 minggu. Ia akan merangsang pengeluaran kolagen yang akan melambatkan kedutan dan mengecilkan pori-pori kulit.
Dah macam iron man pon ada..hihi
Hasilnya selepas treatment, boleh tengok dalam gambar di bawah. Tengok di dagu tu ketara sangat bezanya.
Sebelum dan selepas rawatan muka di Beulitha Beauty House
Mommy kenalkan beautician Beulah bersama mommy tanpa foundation. Hanya memakai secalit lipstik sahaja dah nampak cantik. Waaaa lagi dua minggu mommy akan datang lagi buat treatment. Nanti mommy akan update lagi perbezaan selepas 2 minggu rawatan. Kan dah kata tadi Diode Light Therapy berkesan 8-10minggu..
Mommy dan Beulah, Beautician Beulitha Beauty House
Korang nak juga buat facial treatment macam mommy? Haaa berita baik untuk pembaca blog mommy.

Beulitha menawarkan diskaun 5% kepada pembaca blog mommy untuk pakej RM750. Di mana anda akan menerima:-
-3x facial(RM250/1 facial)
-produk bernilai RM250

Mommy dah kira-kira untuk korang, korang hanya perlu bayar rm712.50 untuk 3x facial treatment dan mendapat produk bernilai rm250. Jadi anda dah jimat rm287.50😱😱😱


No.3, Jalan Dato Abdul Hamid,
Taman Sentosa, 41200 Klang

011-39233585


Ukur baju di badan sendiri. Nak guna barang mahal tapi tak mampu. Kalau baju akan ada clearance sale. Baju dijual pada harga murah untuk menghabiskan stok. Maka dapat la merasa pakai baju mahal. Rupanya pinggan mangkuk dan cawan mahal berjenama Miyao-Toki juga boleh dibeli dengan harga mampu milik. Produk Miyao Toki adalah produk berkualiti tinggi kerana produk ini akan di eksport ke luar negara.

Kilang Miyao-Toki berada di Kulim. Macam mana mommy di Meru boleh beli di Kulim? Ahaaa hari tu member mommy ni hantar gambar kat group whatsapp. Mommy pon minta la dia belikan. Mommy ambil masa balik kampung.
Teko Miyao-Toki
Seronok dan puas hati tengok teko dan set cawan dan piring. Walaupun barang reject, tapi elok sangat di mata mommy. Tak nampak macam barang reject pon. Sampai semua orang yang tengok berkenan sama.
Cawan dan piring dijual berasingan
Minum air menggunakan cawan ni pon feel dia lain sangat. Memang tak rugi lah beli.
Amal dan Anis pon taknak dah guna cawan plastik..hahaa korang ni mengada kan...
Mommy beli ni teko 1.. Cawan dan piring 12 set.
Bulan 5 nanti ada lagi sale. 
Miyao-Toki ada sale lagi..Raya Sale
Mommy pesan teko dan cawan sama dengan kawan mommy..hihi Warga kulim boleh la p Kantin Miyao-Toki eh
Begitulah janji si anak kecil.

"Mommy, Anis nak main. Nanti Anis kemas...", rayu Anis bersungguh-sungguh nak main puzzle.

Tapi kesudahannya, puzzle itu ditinggalkan begitu sahaja.
Satu perkara lagi yang mommy akan amuk adalah menemui pen marker tanpa penutup. Dah janji lepas guna akan tutup. Tapi janji hanya tinggal janji.
Perkara terakhir ni adalah tak sah kalau tak tumpah. Pesan lah macam mana sekali pon. Air tu tetap tumpah...

Walaupon Amal sendiri pandai cari kain buruk nak lap air tumpah, tapi jadi makin teruk jeeee...grrr

Sebenarnya ia satu proses pembelajaran bagi anak. Juga proses menjadi gagah perkasa, rajin dan seorang penyabar...hahahahaa
Amal nak berdikari apabila melihat kakak dan abangnya. Kakak dan abang basuh tangan sendiri, Amal pon taknak kalau mommy nak tolong basuhkan tangan dia. Gigih la dia panjat kerusi dan cuci tangan sendiri. Masalahnya mommy risau kalau dia tiba-tiba tak stabil. Moga dijauhkan dari sebarang kejadian yang tak diingini. Mommy cuba alert sepanjang hari. 
Amal nak berdikari
Amal dah taknak pakai baju mommy bagi. Amal nak pakai baju pilihan hati sendiri. Akhirnya Amal minta baju kawen..hahaha layankan je laaa...
Tak mudah nak memenuhi kehendak anak-anak. Mommy buat yang terbaik untuk anak-anak mommy. Moga membesar dengan sihat dan jadi anak soleh dan solehah.
Babyhood Bloggers’ Event, Babyhood produk nurseri berkualiti | Mommy dapat jemputan di saat akhir ke Babyhood Bloggers's Event yang diadakan di Little Kingdom. Babyhood adalah produk nurseri berkualiti diedarkan di Malaysia oleh Supreme Global Marketing Sdn Bhd sejak tahun 2010 lagi. Jenama Babyhood berasal dari Australia dan mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam industri produk nurseri. 

Babyhood produk nurseri berkualiti

Produk Babyhood dihasilkan di bawah piawaian Australia, di mana piawaian Australia lebih ketat berbanding piawaian Eropah dan Amerika Syarikat. Ia dikendalikan oleh INPAA (Infant & Nursery Products of Association Australia), pertubuhan milik persendirian dan wakil utama dalam industri nurseri Australia. 

Objektif utama adalah untuk menerajui pembangunan produk nurseri yang lebih selamat dan menggalakkan pengguna menggunakan produk yang selamat. Walaupun produk ini tidak dihasilkan di Australia sendiri, namun kilang-kilangnya di sekitar Asia dikawal untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi yang dipatenkan oleh Babyhood Australia.

Babyhood Bloggers' Event di Little Kingdom
Babyhood produk nurseri berkualiti, pastinya produk ini nampak cantik, kemas dan gah. Serius korang pasti akan jatuh hati juga seperti mommy. Jom kita kenali satu persatu produk Babyhood.

5-in-1 Sova Cot (Classic and Clear) white and beech

5-in-1 Sova Cot Clear
Babyhood Kaylula Sova Cot adalah revolusi baru dalam reka bentuk dan konsep katil. Revolusinya dengan clear panel yang unik membolehkan si manja melihat terus keluar dan bangun bebas seperti burung setiap pagi.

Ia merupakan reka bentuk yang serba boleh, kerana katil yang boleh dikembangkan; boleh digunakan oleh si manja dari masa kanak-kanak hingga ke alam dewasa. Selamat, kerana ia diuji oleh Piawaian Australia. Berkualiti, menggunakan kayu kayu gred tertinggi. 

Amani 4-in-1 Cot

Amani 4-in-1 Cot

Classic Sleigh 4-in-1 Cot

Classic Sleigh 4-in-1 Cot 

Classic Curve 4-in-1 Cot

Classic Curve 4-in-1 Cot
Babyhood 4-in-1 Cot di atas direka secara ergonomik yang menjimatkan di mana katil boleh dilaraskan dari buaian, katil bayi dan katil kanak-kanak. Lebih selamat untuk bayi dengan landasan free BPA. Rekaannya tampak mewah dan indah sekali. 

Seterusnya, produk Babyhood yang sangat menarik perhatian mommy adalah kerusi Babyhood Glider yang mempunyai 4 jenis iaitu:-

1. Diva Glider

Diva Glider

2. Manhattan Glider

Manhattan Glider

3. Sovereign glider

Sovereign Glider

4. Savannah glider

Savannah Glide
Kerusi Babyhood Glider dan Ottoman(letak kaki) direka untuk keselesaan ibu menyusu. Dengan gerakan meluncur yang licin dan boleh dikunci ketika baring(tak bergerak), kerusi boleh dilaraskan untuk memastikan ibu berada dalam kedudukan yang selesa. Ibu akan mengalami sokongan yang besar dan keselesaan semasa menyusukan si manja khususnya pada leher, bahu dan kawasan belakang yang akan dibantu dengan sokongan glider yang bersesuaian.

Kerusi glider ini sesuai untuk dewasa sehingga 90 Kg berat badan. 

Ciri-ciri: 
1. backrest yang besar dan luas
2. kerusi empuk besar
3. pusing 360 darjah
4. teknologi berlapik di kedua-dua tempat duduk dan pad Ottoman
Mommy enjoy berada di atas Sovereign Glider Chair

Adam Anis dan Amal turut merasai keenakan duduk di Glider Chair

Bukan sahaja ibu mendapat keselesaan, malah bapa pon boleh menjaga si manja dengan selesa.

Gala Cradle
Sekiranya korang berminat nak dapatkan produk Babyhood boleh ke http://www.supremeglobal.com.my/products/b/babyhood

Berita baik buat pembaca blog irrayyan.com, ada diskaun 15% buat anda. 

voucher code : BLG24
*Voucher sah dari 21/4/2017 sehingga 21/5/2017.
*Pembeli akan menikmati 15% diskaun untuk item di atas sahaja.

Info lanjut boleh layari http://www.supremeglobal.com.my/

Supreme Global Marketing Sdn Bhd (862993-T)
21-2, Jalan USJ 21/1
Subang Jaya
47630 Selangor, Malaysia
+603 8023 3277
Email: admin@babyhood.com.my