Sedapnya bau bahulu kuih tradisional setiap kali ke Tesco. Malam tadi mommy pergi Tesco lagi. Pampers anak-anak dah nak habis. Masa nak balik tu, anak-anak wajib singgah di kawasan mainan. Berhadapan dengan tempat tu la ada orang jual bahulu. 
Bahulu kuih tradisional
Bahulu ni mommy request nak yang panas-panas. Jadi makcik tu ambil dari dalam ketuhar. Ya ampun... Sedapnya.... Lembut dan tak terlalu manis.. 

Assalamualaikum..hai awak...awak yang membaca coretan mommy ni...thank you tau awak...haaa awak pernah guna tak kapas muka? Mommy gunakan kapas muka untuk sapu Toner.. Teruk benar muka bila tak dijaga..

Mommy selalu beli kapas muka jenama Premier je. Dah cuba yang lain tak best. Kali ni kapas muka siap ada zip locked. Wahh terjaga kebersihan sungguh dengan kapas muka hygienic zip locked ni.
Kapas muka Hygienic Zip-Locked
Kita bukan nampak molekul habuk kecil-kecil yang kotor tu. Entah-entah muka kita bermasalah sebab habuk di sekeliling sahaja.
Cuba tengok air tapis je sudah. Kita nampak air tapis putih. Tapi setelah di tapis, ya Allah. Kotornya... 

Itu yang mommy nak share dengan awak semua. Sebab ini kali pertama mommy jumpa kapas muka yang ada zip locked. 

Moga terjagalah kebersihan muka ni sebaiknya. Sedih mommy muka ada jerawat ni. Ke umur 30an akan mengalami masalah macam ni? Apabila kolagen semakin berkurang dalam badan..hmmmm
Kalau dulu nak bayar parking kereta, kena cari mesin dan bayar guna duit syiling. Rupanya sekarang tak perlu guna mesin lagi dah. Hanya beli kupon letak kereta yang perlu digores sahaja. 

Kupon letak kereta gores ni mommy beli di kedai runcit. Memang akan ada papan tanda bertulis ada jual kupon letak kereta. 

Kupon Gores MBSA
Dah beberapa kali juga la kereta ni kena saman parking. Part yang best tu, kau hanya terlambat seminit sahaja. Serik mommy serik. 
Jadi mommy beringat lah kononnya. Rugi oi kalau kena saman lagi. Mommy pun beli lah kupon gores ni. 

So ini merupakan pengalaman pertama mommy. Rasa agak leceh nak kena cari syiling untuk menggores dan tengok kalendar dan jam. Takpelah! Asalkan tak kena saman lagi..
Anis bawa beg Dugro ke Sekolah. Seronok dia ada beg nama sendiri. Masa mommy dapat tahu pasal kempen Dugro ni, mommy pon sama naik excited nak join. Nak dapatkan beg seorang satu untuk anak-anak mommy.

Nak dapatkan beg Dugro ni mommy kena beli enam pek 900g susu Dugro semasa tempoh kempen. Dugro Backpack, So Much More roadshow sudah bermula sejak 1 Mac sehingga 30 April di seluruh negara.. Layari http://www.dugro.com.my/promosi_dan_acara/backpack/roadshow

Dugro backpack ada nama Anis

Saya suka Dugro Backpack

Beg Anis pilih sendiri gambar di atas beg

Anis bawa pergi sekolah

Tapi, sebelum beg ni jadi belacan, mommy dah simpan.. Eheee beberapa hari je Anis bawa ke sekolah... 
Yang best lagi tentang beg ni, mommy ada selitkan kata-kata untuk Anis. Siap jahit macam nama kat luar tu.. Moga suatu hari nanti, Anis dah besar, Anus boleh baca nukilan hati mommy daddy untuk Anis. 

So sekarang ni tak sabar tunggu beg Adam sampai.. Untuk penebusan online mengambil masa selama 4-6minggu.. Bertabah lah abang Adam..
Ini kisah menyayat hati. Mommy temui Anis di rumah jiran, Mama Nor. Pukul 4.29 petang mommy tengok jam "Ya Allah, Anis!", Anis selalu sampai rumah 4.20 petang, menggelupur mommy lari pulang ke rumah. Pada masa itu, mommy, Adam dan Amal berada di rumah Mak Ani. 

Hari ini, balik je dari sekolah Adam mengamuk sakan. Amal pon sama naik mengamuk juga. Jadi mommy bawa la mereka berjalan-jalan ke rumah jiran setelah mereka reda. 
Mengamuk sebab mommy pakaikan gaun
Mengamuk sebab nak beli buku
Yang mommy kata mengamuk sakan sebabnya Adam menangis dari pukul 12.30 sampai pukul 2. Mengamuk teruk lah.. Mommy pon tak sangka Adam nak mengamuk macam tu. Pada awalnya mommy rasa geli hati. Adam mengamuk sebab nak beli buku. Daddy dah janji hari Sabtu. Tunggu je la hari Sabtu. Adam tetap nak beli buku hari ini juga. 
Bila Adam dah ok, mommy pon cakap baik-baik dengan Adam. 
"Kan daddy dah janji hari Sabtu. Daddy kerja mana boleh balik awal."
Adam pon dah rasional masa ni. Dia angguk je.

Di rumah Mak Ani, Adam main dengan Azim. Mommy buat kerja [melalui handphone] sambil sembang-sembang. Nak angkat baby Syafiq [anak mak ani berumur seminggu] tak berani lagi sebab mommy selsema. Tengok ja dari jauh.. Hari-hari mommy pergi tengok baby.. 

Adam seronok sungguh bermain. Amal tertidur atas riba mommy. Mengantuk sangat la tu. 

Berbalik kepada mommy yang terlupa anaknya tu, sampai di rumah yang selang 3 buah rumah sahaja, ANIS TAK ADA!

Mana Anis ni. Nampak kereta CikSal dah meluncur laju ke rumahnya. Kak Wati jiran India sebelah kanan kata, " Dia dah bawa anak you ke sana. Akak call awak tak angkat."

Ini bukan kali pertama berlaku. Ntah la kenapa boleh terlupa, sedangkan dah pesan pada diri sendiri. 

Aku berlalu pergi tanpa kata apa-apa pada kak Wati. Boleh pulak hari ni aku tukar simkad. So handphone yang mereka hubungi aku tu ada dalam rumah. Huwaaaa why mommy why..

Anis ada di rumah Mama Nor. Masa ni mommy rasa diri teruk sangat. Awat jadi lagu ni haaa... Nak melayan abang, adik pulak mommy lupa... 

Pengajarannya, aku dah set alarm repeat setiap hari sekolah. Semoga tak berlaku lagi macam ni. Mommy dah pesan juga pada Anis. Kalau mommy tak ada, Anis pergi lah rumah Mama Nor.. 

"Anis nangis la mommy tak ada"
"Alaa sorry... Anis kan dah besar, kalau mommy tak ada, Anis pergi lah rumah mama.."

Bukan minta benda jadi lagi. Aku harap tak berlaku lagi. Tapi sekiranya terjadi lagi, Anis dah boleh fikir apa dia patut buat. Pergi rumah mama ke, rumah mak Ani ke..

Sorry sayang