Jiran-jiran india suruh letak daun semambu bawah alas tilam. Sapukan air daun semambu dan mandikan dengan air daun semambu. Sebenarnya herbalist nizam pon suruh cari daun semambu. Tapi mommy sibuk sangat kan. Rupanya ada je pokok tu depan rumah. Tapi tinggi... Nasib la rumah jiran sebelah yang selang beberapa buah rumah ada pokok semambu.


Selepas guna daun semambu. Hari rabu 23.0.2016

20.03.2016 masa ni campak dia macam bahagia je naik merata.

18.03.2016 baru tau Adam kena demam campak sebab adam tak merengek atau demam.

Rupanya Adam mula naik bintik-bintik campak tu 14.03.2016 lagi. Tapi naik seketul sahaja di leher. Daddy kata kena gigit semut. Esoknya naik seketul lagi. Hari ke 5 tu baru nampak lain macam dan daddy suruh mommy whatsapp doktor. Punya la canggih kan whatsapp je dengan doktor. Hahaha. Lepas whatsapp je, doktor call suruh g klinik.

Kakak mommy pesan, jangan marah-marah Adam. Okey mommy tak marah. Sebab kesian tengok Adam macam tu. Adam pon jadi tak mengusik adik-adik. Tapi, bila adam dah sihat, dia terus buat adik menangis. T_T

Sekarang fasa dah kering. Cepat-cepat baik eh. Doktor kata campak ambil masa 14 hari nak sembuh. Jadi minggu ni Adam sambung cuti sampai Jumaat. Cuti sakan la awak ye! 

Semoga kulit Adam cantik macam biasa!
Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Perancangan gathering EFG sejak hujung tahun 2015 berakhir dengan suatu memori indah. Tarikh 19.03.2016 dipilih supaya semua ahli EFG dapat mengosongkan agenda pada tarikh tersebut.

Cerita mommy yang lebih indah adalah kami berpindah ke rumah sendiri. Pada 15.03.2016 kami mendapat kunci rumah. Dan hasrat hati kedua ibu bapa kami untuk berpindah ke rumah sendiri dipenuhi. Proses pindah barang menggunakan lori 3 tan pada dilakukan pada 17.03.2016. 

Mommy hanya ada masa kurang 1 hari untuk mengemas, mommy mengosongkan rumah dengan menyorok semua barang di bilik ketiga. Haha bijak bijak. Rumah menjadi kosong.

Petang 18.03.2016, blogger SayidahNapisah.com , inaniHazwani.com dan Amysyeera.com datang bersama kak EnyAbdullah.com . 

Jumpa je terus peluk. Selama ni bersembang di group whatsapp je kecuali Amysyeera.com. Bila suami kak EnyAbdullah.com turun kereta je, terus mommy menyapa.

"Hai DH!", dan di sambut ketawa kak Eny dan lain-lain. 

DH tu "darling husband", panggilan ringkas kak eny buat suami beliau. Kak eny pernah cerita dulu. Tapi tak ingat lah mommy pon. Adehhh malu panggil suami orang begitu. Nyorok bawah meja 10 saat!

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Lepas sembang-sembang, kak Eny balik hotel. Yang lain tidur rumah mommy malam ni. Meriah rumah mommy, walhal baru 3 orang. Macam mana ni esok ni ada 30 orang. 

Selepas isya, blogger anak dara ni dikerah mencuci halaman rumah mommy. Hahaha. Tenaga anak dara kuat kan. Terima kasih korang!


Dalam masa yang sama, sponsor kanopi datang memasang kanopi. Lama juga lah proses memasang khemah ni. 

Kak EnyAbdullah.com dan suami belanja kami makan di kedai makan dekat kawasan taman rumah mommy. DaddyG tunggu rumah sebab kanopi tak siap pasang lagi. 

Dekat kedai, mommy kena bahan lagi sebab "DH". Hahaha pecah ketawa semua orang. Lepas tu siap meeting nak panggil apa dekat papaglamz.com. Papaglamz dah biasa di panggil papa. Tapi kang mama dhia jeles macam mana? Hahaha

Papa sampai, kami minta papa terus ke kedai makan. Lama juga la makan sambil berborak. Macam dah lama kenal. 

Bila kami balik rumah, kanopi tak siap lagi. MajesticEvent Sdn Bhd sangat komited dalam memasang khemah dan kerusi meja. Cantik, kemas dan sangat eksklusif. 


Sementara menunggu tu kami makan brownies kak eny dan berborak lagi. Masa menulis ni dah mula merindui mereka. Ukhuwah alam maya bertemu di alam nyata. 

Papaglamz.com mommy dah banyak kali jumpa. Mommy dah pesan jangan nak segan-segan. Tidur je rumah mommy. Memang dah rupa macam kenduri kahwin je. Meriah sangat. Boleh kenal lebih rapat lagi. 3 pagi semua dah mula tidur. Cerita hari gathering mommy sambung next entry.

Alhamdulillah program yang diadakan ini mendapat sponsor yang sangat mengujakan semua. 

Biobax Cool Therapy
Biobax Cool Therapy 
#biobaxcooltherapy

Kelantan City Tour Xcelltravel
Kelantan City Tour Xcelltravel 
#xcelltravel

Alludra International (Jus Orlin)
#orlin

Kotak Lensa Instant Photo Booth
Kotak Lensa 
#kotaklensa #instantphotobooth
IG: kotaklensa 

The Violet Sofia
The Violet Sofia
#thevioletsofia
#almumayyazbyvioletsofia

Fennelle Beauty
#fennellebeauty 
#fennellerenewalserum

VCO NUTRASENSE
VCO NUTRASENSE
#VCO #Nutrasense
IG: nizam84

Nizar Faez Studio
Nizar Faez Studio
#nizarfaezstudio

VanLela Hiphoody
VanLela Hiphoody
#hiphoodyvanlela

Balloon Decoration
Majesticevents Sdn Bhd
Majesticevents Sdn Bhd
#khemahkahwin

Cafe Cerita Kambing
Cafe Cerita Kambing
#cafeceritakambing #kambingbakar

Produk Kesihatan Forever
#aloeveraklang0136283485
#aloeverashahalam0136283485

Qaseh Zamri Collection
Qaseh Zamri Collection 
 #qasehzamricollection

Yusmizee Naturopathic Center,  Alor Gajah Melaka

#yusmizeenaturopathic

Qesyamin
#qesyamin

RaisahRafhanah
#headchain #flowercrown

Hazirah
#muchochocolatechips

Sakura Sasuke
#sakurastyle

Acit Guest Book
#hantaranmurahsaya

LadyDaissy Pastry
#LadyDaissyDoorgift

Design&Printing 
#dexsignprinting

Aniq sya 
#aniqsyaquqiz

Homemade Cookies 
#myhomemadecookies

Jus kedondong asam boi 
#manjavakedondongasamboi
FB: Man Java 

Reqa Creative
#reqacreative
FB: reqacreative 

Terima kasih semua sponsor kerana memeriahkan lagi majlis 1stEFGathering kami.
Alhamdulillah. Kami dah dapat kunci rumah. 


Mommy sibuk packing barang nak pindah rumah ni la. 


Mommy belanja sikit je la. :P 

Rumah tak cuci lagi. Baru dapat kunci. 

Alhamdulillah.

Tahniah daddyG! 
Panas disebabkan elnino telah menyebabkan anak saya naik ruam. Abang Adam naik ruam.


Anis lagi banyak la. Budak-budak bukan ada perasaan malu atau takut. 


Amal pon sama naik penuh ruam di dahi. Tapi terlupa la nak ambil gambar ruam adik. 

Ini hanya ruam. Berlaku kerana peluh. Tidak gatal. Tapi kan, kesian la tengok. Kita orang tua ni pandai la cari kipas. Budak-budak tahu apa? 
Tiba-tiba mommy rasa nak tukar diapers Amal dan Anis. Mommy tergerak hati nak guna diapers Zugotrix SuperDry. Sedang mommy jalan-jalan dekat instagram, jumpa la ig mereka @zugotrix_official. Wah pemilik syarikat Drypers Zugotrix SuperDry ini adalah Mastura Mohamed. Mommy cukup kagum melihat kaum sendiri membangun dalam bidang masing-masing seperti Dato Seri Vida, Dato Maznah Abdul Hamid dan ramai lagi. Mommy bila nak jadi usahawanita? Ermm kena bagi pandai adjust masa dengan DoReMi(panggilan seseorang untuk 3A mommy) dulu.

Diapers Zugotrix SuperDry

Diapers Zugotrix SuperDry selesa di pakai
Amal memakai Diapers Zugotrix SuperDry
Cerita bab diapers ni, sejak zaman kelahiran Adam Rayyan lagi mommy menggunakan Drypers dan Mamipoko. Mamipoko untuk tidur malam kerana masa yang panjang untuk tidur supaya tidak mengganggu tidur lena anakku. Bab ni memang mommy kena ambil prihatin. Mommy juga nak kena berjaga tengah malam tukar diapers anak.

Selain daripada itu, daddyG pernah membeli diapers jenama lain. Tapi semua daddyG tak suka. DaddyG seorang yang menitikberatkan kualiti sesuatu barangan walaupon diapers anak. Bila mommy nak mencuba Zugotrix ni, daddyG diam sahaja. Ya la, benda kalau belum depan mata macam mana hendak menilainya.

diapers zugotrix
Amal gembira dengan Diapers Zugotrix SuperDry
Alkisah mommy nak mencuba Zugotrix SuperDry ni, mommy hanya membeli saiz L untuk Amal. Si kakak pon merajuk nak juga pakai Zugotrix ni. Bila mommy test pakai pada kakak, muat rupanya. Jadi Amal lepas ni boleh pakai saiz M lah. Anak-anak bijak mommy pon memilih Zugotrix. 

Kelebihan Zugotrix SuperDry

Diapers Zigotrix adalah diapers berkualiti tinggi sama seperti jenama diapers berkualiti tinggi yang lain. Berbeza di sini adalah harga yang ditawarkan lebih murah. Hanya RM29.90. 

Sebelum mencuba mommy dah siap buat siasatan. Harga Mamipoko M38/L32 adalah RM32 - RM38. Harga Drypers Touch pula RM33- RM35.

Diapers Zugotrix SuperDry murah
Saiz yang available buat masa ni. Boleh rujuk di instagram @zugotrix_official 

Antara ciri-ciri lain adalah cepat menyerap, kering dan lembut. Ya memang betul diapers Zugotrix SuperDry ni kalau mommy pegang lembut sangat. Anak-anak nampak sangat selesa.

Amal nampak sangat selesa dengan Zugotrix SuperDry

Bahagian pinggang diapers Zugotrix juga sangat elastik. Anda boleh tengok dalam gambar di bawah. Tape dia juga boleh guna banyak kali. 

Bahagian pinggang Zugotrix SuperDry yang elastik

Orang zaman sekarang nak mudah kerana kekangan masa. Nah untuk maklumat anda, harga postage untuk Zugotrix Superdry ini.

Harga postage untuk penghantaran ke depan rumah

Tak perlu bersiap cantik-cantik. Tak perlu pakai makeup. Tak perlu berjalan dalam Mall. Tak perlu tolak trolley penuh diapers. Zass hanya satu hari sampai depan rumah. Terkejut mommy tau. Mommy order hari ni, esoknya dah sampai depan rumah.

Pilihan di tangan ibu bapa masing-masing. Tepuk poket masing-masing. Taknak pakai diapers boleh guna close diapers. :D