Mommy jumpa tikus kat ikea! Huh. Last time g ikea jumpa kaler putih. Jumpa seekor je atas pinggan.


Kali ni jumpa tikus kaler dark brown dekat timbunan cadar.


Adoi geli lah tikus ni.


Walaupon tikus dah mati. Hahahahaa. Nasib la tak real sangat. Kalau tidak, menjerit melompat dan segala macam aksi la. 
Semalam mommy pergi Tesco nak beli pampers murah. DaddyG memang alert sangat dengan pampers murah. 

Adam Rayyan pula sibuk nak bawa beg duit syiling. Berapa duit dalam tu mommy tak tengok pon. Mommy tak bagi Adam bawa. Risau la Adam tinggal merata nanti. Tapi Adam berkeras nak bawa juga beg duit tu. Daddy kata nanti simpan dalam kereta.

Dah sampai Tesco, Adam nak bawa juga beg duit syiling tu. Mommy gelakkan jela. Bawa duit nak beli apa? Mommy daddy kalah kali ni. 

Kami masuk ke Tesco beli barang. Tujuan utama adalah beli pampers. Maka daddyG menuju ke pampers. Mommy pergi beli barang lain. 

Dah habis shopping barang dapur, jom balik! Apabila sampai dekat mainan kereta joget, Adam keluarkan beg duit dia. 

"Laaaaa ini ke tujuan Adam bawa beg duit tu", mommy daddy tersenyum pandang masing-masing. 


Selalu daddy bagi alasan tak ada duit syiling. So Adam tak dapat la nak rasa kereta ni menyanyi dan berjoget.


Kali ini, Adam lagi bijak! Dia dah standby syiling siap-siap. Good boy sayang!
Alangkah bahagianya jika mempunyai 15 ribu ringgit Malaysia. Berangan dalam mimpi je la nak memiliki RM15k tu. Mommy hanya ada 15k follower instagram.


Mommy:-
-suka bergambar tapi tak ada orang nak tolong ambil gambar. Kadang-kadang jela bila berjaya pujuk Adam ambil gambar. Bila pergi event suami jadi mangsa. Hihi
-suka ambil gambar. Anak-anak la yang utama. Ambil gambar apa sahaja. Tapi bila jiwa tak tenteram dan kesibukan melanda, lupa juga nak ambil gambar.
-suka gambar cantik-cantik je. Thank you daddyG bagi mommy handphone yang dapat ambil gambar cantik. Walaupon gambar tak cantik kalau tak ada cahaya #syukurselalu
-ambil gambar anak-anak sebab daddyG selalu pesan simpan buat kenangan. Gambar dan video mereka banyak sungguh!
-ada masa mommy upload dekat instagram dan shared to facebook. Padahal jarang buka facebook. Huwaaa mommy busy sangat.


Sekarang ni masa macam tak cukup sungguh. Tu yang sekejap ada gambar sekejap tak ada gambar. 
Malam ni episod akhir drama bersiri Tuan Anas Mikael. Mommy suka la tengok cerita ni. Comel sangat mommy daddy dalam cerita ni. 


Episod sebelum ni daddy nak selamatkan mommy dari Datuk Azhar dan sebaliknya mommy pon nak selamatkan daddy dari Datuk Azhar.


Banyak persoalan sebelum cerita ni berakhir:-
-siapa wanita yang pakai cincin besar


Confirm la Tuan Anas takkan kawen dgn Safra. Hero mesti lah bersatu dengan heroinnya. Cuma macam mana la wedding yang dah diketahui umum tu akan berakhir.


Bila segala kejahatan selama ni yang dilakukan oleh Datuk Azhar terbongkar, boleh la Tuan Anas batalkan perkahwinan mereka kan. Kemudian kahwin dengan Ayu Maisarah.


Cuma yang tak terjawab, siapa yang memakai cincin besar itu? Hahaha jom la kita tengok episod akhir malam ni. 
Semalam mommy ada share kalendar cuti umum Malaysia 2016 berformat ical / ics. Ok hari ni mommy nak share pula kalendar cuti sekolah Malaysia untuk tahun 2016.

Kalendar cuti umum n cuti am malaysia 2016
Cuti umum dan am May 2016

Tarikh cuti sekolah sangat penting buat ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah bagi memudahkan perancang masa untuk bercuti dan berlibur dengan anak-anak.

Tarikh cuti sekolah juga penting buat mereka yang merancang untuk mengadakan majlis pertunangan, pernikahan atau berkhatan kerana biasanya kenduri-kendara bergantung pada tarikh cuti sekolah.

Di sini mommy irra nak kongsikan cara-cara untuk masukkan/import/subscribe kalendar ini ke peranti iOS, juga ke Yahoo dan Google Calendar. Selepas itu semua cuti-cuti sekolah di Malaysia 2016 akan terpapar secara automatik di kalendar masing-masing.


Automatic Method:
Klik link di bawah.
     iOS

Manual Method:
Untuk langkah-langkah setting/tetapan secara manual, boleh rujuk pada posting sebelum ini. Pastikan url ditukar kepada url baru l.irrayyan.com/malaysiaschoolholidays2016.