Baju KBBA mommy dah banyak. Baju EFG pon ada banyak. Sebagai Sahabat Projek Travel, mommy pon ada jugak baju Projek Travel. Mommy dah pakai beberapa kali. Malangnya shawl yang mommy pakai menutup keseluruhan trademark Projek Travel di baju jersi tersebut. 

Sahabat Projek Travel
Jersi Projek Travel

Baju merupakan salah satu cara nak promote sesuatu branding. Ini apa yang mommy dapat masa join kursus Make Me a Blogger hari tu.

Sahabat Projek Travel
Projek Travel di Blue Wave Hotel

Mommy pon nak buat baju irrayyan dan irralicious la juga suatu hari nanti. 


*tengah fikir design baju yang sesuai
Aisyah Raihanna in the house! Aisyah sampai lewat petang tadi. 


Aisyah muda 2 bulan dari Amal. Tapi Aisyah lagi bambam dari Amal. 


Putih gebu anak mommy long ni. 

Ipad mommy dah tak boleh pakai. Tinggal ipad mini ni je la untuk kegunaan blog. Tu pon Adam dan Anis nak juga buat harta. 

ipad mini case rm15 dari MYSALE
ipad mini case rm15 dari MYSALE

Mommy daddy belajar komputer sains, setahun lebih lagi Adam dan Anis dah pandai buka youtube pilih cerita kegemaran sendiri.

Apa yang mommy perasan, minat mereka akan berubah dari masa ke masa.  Yang paling penting mereka tidak telalu obsess dengan gadget. Bila tak ada kawan nak bergaduh, baru la mencari gadget.


Sebolehnya mommy tak bagi anak-anak main ipad mini memandangkan ipad dah tak boleh guna. Sedih la kalau berlaku sesuatu pada pemberian suami tercinta ni.

Cantik tak ipad mini case tu? Haa itu yang mommy nak cerita sebenarnya. RM15 sahaja di MYSALE.my . Untuk handphone atau gadget jenama lain ada tak? Ahaa kena usha tengok ye. eheee
Semalam sepupu mommy selamat bernikah dengan pasangan hati di Tanah Merah, Kelantan. Nikah ore kelate jugok sepupu mommy ni. 

Selamat Pengantin Baru Paksu
Selamat Pengantin Baru Paksu

Amir ni anak bongsu, jadi di panggil paksu. Kak kalau tengok amir teringat "Siti Hanurliza". Amir ni peminat Siti Nurhaliza. Dah besar sekarang tak tahu la minat lagi ke tidak. Dulu masa kecil Amir panggil "Siti Hanurliza". Hahahaa


Majlis perkahwinan akan menyatukan sebuah keluarga yang besar. Sanak saudara berkumpul bersama. Majlis di Kelantan mommy tak dapat join. 


Abah dan adik beradik berkumpul bersama di hari bersejarah anak-anak mereka (diapit pengantin). 

No.1 Ayah (sebelah pengantin perempuan)
No.2 PakNjang (abah pengantin lelaki)
No.3 Abah mommy
No.4 Paksu (sebelah pengantin lelaki)

Bila ada majlis kenduri sepupu, kami anak-anak WAJIB balik. Kenduri sebelah lelaki 12-12 insyaAllah mommy akan balik. Sambut anniversary mommy dan daddyG sekali yang ke lima. Tahun lepas sambut di hari pernikahan adik Nadiah. Tahun ni kita celebrate sekali ye. Pejam celik hampir 5 tahun mommy dan daddyG bernikah. Anak dah tiga.

Bila mommy membebel, jauh dah lari topik. Tahniah Amir! Selamat pengantin baru! Semoga kekal hingga hujung nyawa. 
Mommy la ni rajin benar masak italian food seperti spiral dan makaroni menggunakan sos spageti Kimball dan oblong.


Tengok mengancam je kan. Rasa pon best tau. Kalau tak best, takde daddyG nak makan bertambah-tambah.


Mommy buat pon tak pedas sangat. So Adam dan Anis boleh makan sekali.


Yummy. Nak resepi? Boleh tengok Resepi Makaroni Oblong Goreng