Cara proses telinga, bibir, hidung dan kaki lembu | Baru-baru ini mommy irra ada kongsikan gambar telinga, bibir, hidung dan kaki lembu di media sosial. Hanya seorang sahaja yang pernah makan dan kebanyakannya tak pernah tengok apatah lagi makan.
Mommy irra sendiri tak pernah jumpa sebelum berkahwin dengan suami yang berasal dari Kelantan. Sekarang ni, setiap kali pulang beraya haji di Kelantan akan ada menu eksotik ini.
![]() |
Telinga, bibir, hidung dan kaki lembu yang sedia dimakan |
Cara proses telinga, bibir, hidung dan kaki lembu
Telinga paling mudah. Kerat saja telinga lembu tersebut. Namun bahagian lain terpaksa operate kepala lembu.
![]() |
Kepala lembu diproses |
Bila dah buang kulit di kepala lembu baru dapat keluarkan bibir dan hidung lembu.
![]() |
Keluarkan bibir dan hidung lembu |
![]() |
Bibir dan hidung lembu |
![]() |
Telinga lembu sebelum dicuci |
![]() |
Kaki lembu |
Pertama : Cuci telinga, bibir, hidung lembu. Kaki tak perlu cuci lagi.
![]() |
Telinga lembu setelah dicuci |
Kedua: Bakar telinga, bibir, hidung dan kaki lembu. Tujuan bakar untuk buang bulu pada bahagian tersebut. Tujuan bakar kaki pula untuk cabut kuku kaki lembu.
![]() |
Bakar telinga lembu |
![]() |
Bakar telinga, bibir, hidung dan kaki lembu |
Kena pasang dapur kayu lah nak membakar. Malangnya suami ku punya angkara, hangus kaki lembu ni. Kalau tak daat juga la kita makan sup kaki. Maafkan suami hamba. Beliau tak biasa kerja-kerja begini.
![]() |
Apalah nasib kau kaki hehe |
Ketiga: Selepas dibakar, kikis buang bulu yang terbakar.
Keempat: Potong kecil-kecil
Kelima: Rebus sehingga empuk
Keenam: Akhir sekalli, masukkan air limau nipis bersama cili padi yang ditumbuk. (rujuk gambar pertama)
Sebenarnya ikut pada selera masing-masing. Kalau di Kedah sudah pasti emak masukkan tomato, bawang, sedikit belacan dan kerisik. Jadi air asam. Allahu. Kecur liur.
Yang macam mak mertua buat ni pun sedap. Lagi masam, lagi pedas, lagi sedap. Yumyum!
Kinah biasa makan gear box je mommy. Telinga,hidung,lidah ni tak pernah cuba lagi. Boleh tahan renyah juga yer kerjanya.
ReplyDeletememang eksotik makanan ni. tak pernah tau pulak part tu boleh dimakan. :o
ReplyDeletetetap senyum lembu tu
ReplyDeletefirsttttt time tengok orang masak bahagian lembu yang lain =P
ReplyDelete